Sekolah Kebangsaan Ulu Tungku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Ulu Tungku
Lokasi
Peti Surat 61149, 91120, Lahad Datu, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSKM
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahXBA3133
PengetuaENCIK ASNAN B. LABATU
GPK Pentadbiran dan AkademikPN. ASINA HJ. MAKAJAL
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEN. MOHD. ISHA HJ. JUTOR
Penolong Kanan KokurikulumENCIK AWANG ISWAN ISMAIL
FaksTIADA
Laman sesawang


LAMAN WEB SK ULU TUNGKU : http://skutawesome.wixsite.com/skut

Sekolah Kebangsaan Ulu Tungku atau nama ringkasnya SK Ulu Tungku, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 61149.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Ulu Tungku memiliki 48 orang pelajar lelaki dan 34 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 82 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.Pada tahun 2020 JUMLAH murid ialah 115 orang dan bilangan guru dan kakitangan seramai 18 orang. 2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Ulu Tungku didirikan di sebuah kampung yang letaknya kira-kira 78km dari Bandar Lahad Datu, iaitu di kampung Kuala Teburi. Sekolah ini diilhamkan oleh seorang pemimpin kampung yang terkenal pada masa itu, iaitu Panglima Gudang bin Simon. Pada mulanya, kebanyakan penduduk kampung mempunyai tahap pendidikan yang sangat rendah, sehingga bilangan golongan buta huruf di kampung Kuala Teburi sangat tinggi. Keadaan ditambah lagi oleh kemudahan asas yang sangat daif pada masa itu. Menyedari betapa pentingnya pendidikan kepada generasi masa hadapan, akhirnya pada tahun 1961, Panglima Gudang telah menemui Penyelia Pendidikan Daerah pada ketika itu lalu beliau menyarankan agar diwujudkan sebuah sekolah di kampung Kuala Teburi. Hasrat Panglima Gudang agar diwujudkan sekolah di kampung Kuala Teburi tidak sia-sia apabila pihak Jabatan Pendidikan meluluskan permohonan tersebut dan di atas tanah seluas 5 ekar, impian itu menjadi kenyataan kepada penduduk kampung.

Pada awal tahun 1962, pembinaan bangunan sekolah yang pertama (untuk sebuah kelas), sebuah rumah guru dan padang sekolah dimulakan. Sekolah ini juga telah melalui pertukaran nama sebanyak tiga kali, misalnya pada tahun 1963, sekolah ini menggunakan nama Native Voluntary School (NVS), yang ditukarkan kepada Government Primary School (GPS) pada tahun 1966 dan setahun kemudian, nama sekolah tersebut ditukar lagi kepada Sekolah Kebangsaan Ulu Tungku. Bermula dari tahun 1967 sehingga tahun 2005, nama Sekolah Kebangsaan Ulu Tungku dikekalkan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Ulu Tungku
Peti Surat 61149
91120, Lahad Datu
Sabah, Malaysia
Telefon = TIADA
Faks = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]