Sekolah Kebangsaan USJ 12

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sekolah Kebangsaan Usj 12)
Sekolah Kebangsaan USJ 12
Lokasi
Jalan Usj 12/1 ,Uep Subang Jaya, SUBANG JAYA, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah356370081
Kod sekolahBBA8252
Faks356370203


Sekolah Kebangsaan USJ 12 atau nama ringkasnya SK USJ 12, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Usj 12/1 ,Uep Subang Jaya.

Pada 2014, Sekolah Kebangsaan USJ 12 memiliki 568 pelajar lelaki dan 504 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1072 orang. Ia mempunyai seramai 65 orang guru.2014

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SK USJ 12 dibina di atas sebidang tanah seluas 1.62 hektar di Jalan USJ 12/1, UEP Subang Jaya. Projek pembinaan ini bermula pada tahun 1998 dan siap pembinaannya pada awal tahun 2000 di mana terdapat tiga blok bangunan dua tingkat. Pada 30 Ogos 2000, peristiwa penting bagi SK USJ 12 di mana penyerahan kunci sekolah kepada Guru Besar yang pertama iaitu Puan Paridah Anum bt. Tajuddin. Dengan itu, secara rasminya Puan Paridah Anum bt. Tahuddin mula berkhidmat sebagai Guru Besar di SK USJ 12 pada 1 September 2000 dan telah menerima perabot serta kemudahan asas yang datang secara berperingkat-peringkat.

Pada pertengahan bulan September sehingga akhir bulan Disember 2000, hanya tedapat lima orang guru yang bertugas tanpa murid. Pada 3 Januari 2001, sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya dengan menerima sejumlah 460 orang murid yang berdaftar dari Tahun Satu hingga Tahun Tiga. Manakala, seramai 24 orang guru yang terdiri daripada 4 orang lelaki dan 20 orang perempuan sebagai guru pengasas sekolah ini. Kakitangan bukan guru terdiri daripada seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Am Rendah. Warga sekolah dan bilangan kelas SK USJ 12 semakin bertambah dari setahun ke setahun sehingga tahun 2006 di mana bilangan murid telah bertambah kepada 1096 orang di mana bilangan guru seramai 60 orang serta bilangan kelas sebanyak 29 kelas.

Seterusnya pada tahun 2007, warga SK USJ 12 mempunyai 51 orang guru, 4 orang kakitangan bukan guru dan seramai 1049 murid. Bilangan kelas pula ialah sebanyak 28 kelas.Kumpulan pertama murid-murid Tahun 6 SK USJ 12 yang menduduki Peperiksaan UPSR adalah pada tahun 2004 di mana mereka telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang. Pada tahun 2008, sekali lagi SK USJ 12 telah menerima Anugerah Emas oleh Majlis Guru Besar Daerah Petaling sempena kejayaan pencapaian melebihi 90% dan gred purata sekolah (gps) kurang 1.50 UPSR dalam Daerah Petaling Perdana. Kemudian sekolah SK USJ 12 telah mendapat Tempat Pertama di Peringkat Negeri Kategori Sekolah Rendah dalam Pertandingan ‘SPELL – IT – RIGHT CHALLENGER 2008’ Anjuran RHB-NST bertempat di Subang Jaya pada 14 Jun 2008.

Begitu juga pada tahun 2009, SK USJ 12 telah menerima Anugerah Kualiti Pencapaian Akademik Pencapaian Tertinggi Keseluruhan (UPSR) sempena Sambutan Hari Guru dan Anugerah Kualiti PPD Petaling Perdana pada 16 Jun 2009. Pada tahun yang sama, SK USJ 12 telah mendapat Tempat pertama apabila menyertai Pertandingan Robotik Kebangsaan Peringkat Zon Kategori Terbuka Sekolah Rendah Anjuran Sasbadi dan Pusat Sains Negara (MOSTI) Anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia. Kemudian SK USJ 12 terpilih menyertai Pertandingan Robotik Kebangsaan Peringkat Akhir Kategori Terbuka Sekolah Rendah Anjuran Sasbadi dan Pusat Sains Negara (MOSTI) Anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dengan menduduki Tempat Ketiga dan mendapat Anugerah Inovasi Terbaik.

Manakala pada tahun 2010, SK USJ 12 telah mendapat kejayaan besar apabila menerima Anugerah Tawaran Baru Kepada Pengetua dan Guru Besar NKRA Pendidikan yang disampaikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Selain itu, SK USJ 12 juga menerima Sijil Penghargaan atas kejayaan menerima Anugerah Khas (Penerima Bai’ah 2010) sempena sambutan Hari Guru dan Hari Kualiti PPD Petaling Perdana Tahun 2011. Kemudian sekolah sekali lagi diberi penghargaan kerana telah memperolehi Sijil Tanpa Teguran (Memuaskan) bagi Pengauditan Tahun Kewangan 2010.

Pada tahun 2011, SK USJ 12 dicalonkan pula sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi kerana mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) 1.7 dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2011.Ini membuktikan kesungguhan warga SK USJ 12 terutama sekali barisan pentadbir yang bertungkus lumus untuk memastikan prestasi sekolah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Di samping itu, hubungan yang erat dan kuat dengan pihak PIBG SK USJ 12 dalam semangat sepasukan serta berdaya saing bagi memastikan kebajikan anak-anak mereka terjaga dan terjamin selesa terutama sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pihak PIBG telah menyumbangkan meja dan kerusi baru kepada sekolah untuk keselesaan guru-guru dan murid-murid. Ini kerana suasana yang selesa dan kondusif dapat memberi tumpuan yang lebih kepada murid-murid semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan. Pada akhir tahun 2011, SK USJ 12 telah mendapat Sijil Penggantian Komputer Baru setelah menunggu hampir dua tahun selepas Pelupusan pada tahun 2009. Ini selaras dengan hasrat kerajaan bagi memastikan Dasar Memperkasakan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) berjalan lancar pada tahun 2012

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan USJ 12
Jalan Usj 12/1 ,Uep Subang Jaya
Selangor, Malaysia
Telefon = 356370081
Fax = 356370203
Email = bba8252@btpnsel.edu.my

Pautan luar[sunting | sunting sumber]