Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam
Lokasi
Km 13 Jalan Kuala Berang,, Kuala Terengganu,, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoMenjana Kecemerlangan Jati Diri
Ditubuhkan2000
Nombor sekolah96227211
Kod sekolahTBA3023
Faks6096243700
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam atau ringkasnya dikenali sebagai SK Wakaf Mempelam merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Terengganu, Malaysia. Sekolah ini terletak di Kilometer 13 Jalan Kuala Berang dalam kawasan perkampungan Kampung Wakaf Mempelam dalam Daerah Kuala Terengganu.[1][2][3] SK Wakaf Mempelam merupakan salah satu sekolah yang terletak di bawah authoriti Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Terengganu.[2][3]

Kod sekolah bagi SK Wakaf Mempelam ialah TBA3023. Status sekolah ini merupakan sekolah yang terletak di kawasan bandar dan merupakan sekolah kerajaan. Pada Julai 2021, SK Wakaf Mempelam memiliki jumlah keseluruhan pelajar sebanyak 667 orang.[2] Ia terdiri daripada pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Terdapat sebanyak 51 orang guru yang bertugas di SK Wakaf Mempelam pada bulan Julai 2021.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu terletak lebih kurang 7 kilometer dari bandar Kuala Terengganu. Ia terletak di tepi jalan Kuala Terengganu ke Kuala Berang. Sekolah ini terletak di bawah Pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu dan dikelompokkan di bawah Sekolah-sekolah Kuala Terengganu Selatan.

Nama sekolah ini diambil sempena nama kampung Wakaf Mempelam yang penduduknya 100% berbangsa Melayu. Mempunyai 711 murid dari Pra Sekolah hinggalah tahun 6, yang datangnya dari beberapa buah kampung berhampiran iaitu Kampung Wakaf Mempelam, Kampung Tok Jamal, Kampung Gelugor Raja, Kampung Wakaf Beruas, Kampung Panji, Kampung Kubang Tangga, Kampung Pengadang Baru dan Kampung Gong Pauh. Keseluruhan murid sekolah ini adalah murid Melayu dan beragama Islam. Kebanyakan ibu bapa atau penjaga murid bekerja sebagai kakitangan awam, buruh dan berniaga.

Sekolah ini mempunyai lima buah bangunan dari bangunan setingkat hinggalah empat tingkat. Mempunyai sebuah surau, bangunan ICT dan kedai sekolah. Sekolah ini dilengkapi dengan pusat sumber, dewan,kantin dan bilik bimbingan dan kaunseling. Sekolah ini mempunyai dua kawasan yang dipisahkan oleh satu parit awam yang dihubungkan laluan berbumbung.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam
Km 13 Jalan Kuala Berang , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 96227211
Fax = 6096243700

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Peta Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d "Senarai Sekolah Rendah dan Menegah Jun 2021". Kementerian Pendidikan Malaysia. 30 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 24 September 2022. Dicapai pada 30 Disember 2023.
  3. ^ a b "Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu". APAC Directory (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Februari 2024.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]