Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 1

Lencana Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 1

Alamat Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur,  Malaysia
Telefon 0341493707
Faksimili 0341424392
Klasifikasi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Moto
Slogan
Kod Sekolah WBA0016
Pengetua
Penolong Kanan Akademik
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar
Penolong Kanan Kokurikulum
Tahun dirasmikan

Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 1 merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 1 memiliki 505 pelajar lelaki dan 513 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1018 orang. Ia mempunyai seramai 75 orang guru.2009

Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 1 telah di buka pada tahun 1986 bagi berkhidmat di kawasan perumahan yang terdiri dari rumah pangsa lima tingkat ini telah berkembang pesat seiring dengan perkembangan Bandaraya kuala Lumpur. Memandangkan telah terbentuknya sebuah bandar baru di kawasan ini maka sebuah sekolah didirikan bagi menampung persekolahan anak-anak di sini. maka Sekolah Wangsa Maju telah didirikan.

Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju telah di buka pada tahun 1987. Ianya terletak di Mukim Setapak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang jauhnya lebih kurang 7 kilometer dari pusat bandar. Persekitaran sekolah ini adalah terdiri daripada kawasan perumahan, pejabat-pejabat dan pusat membeli belah yang besar iaitu Alpha Angle Jusco. Di persekitaran ini juga terdapat dua buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah.

Pada mula penubuhan sekolah ini hanya terdiri daripada dua blok bangunan sahaja iaitu Blok A dan Blok B. Apabila matapelajaran Kemahiran Hidup diperkenalkan, satu blok tambahan telah didirikan iaitu Blok C. Blok ini mengandungi tiga bilik darjah dan digunakan untuk Kemahiran Hidup, Makmal Sains dan Bilik Seni. Oleh kerana lokasi yang terletak dalam kawasan perumahan bilangan murid di sekolah ini telah meningkat kepada 2050 orang murid pada tahun 1995.

Tenaga pengajar yang pada mulanya pembukaan sekolah ini diasaskan kepada seorang Guru Besar, seorang Penolong Kanan dan sembilah orang Guru Penolong telah menjangkau 76 orang guru pada tahun 1995. Pada tahun 2006, bilangan murid semakin berkurangan kepada 1030 orang murid disebabkan oleh kemunculan sekolah-sekolah baru di sekitar kawasan ini.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 1
Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur,  Malaysia
Telefon = 0341493707
Fax = 0341424392

Pautan luar[sunting | sunting sumber]