Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu
Moto MENJANA KECERMERLANGAN JATI DIRI
Ditubuhkan 2000 (umur 17–18)
Dirasmikan 1 Julai 2000
Jenis Sekolah Berasrama Penuh, SBP, Sekolah Kluster Kecemerlangan
Pengetua Encik Salim bin Ab. Ghani
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Tuan Haji Fauzi bin Ibrahim
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Md. Almeida bin Mohd
Penolong Kanan Kokurikulum Encik Zainudin bin Abdullah
Pengerusi PIBG Puan Rozalina binti Mokhtar
Kod sekolah TEA3122[1]
Lokasi Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Malaysia
Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Nama singkatan SESTER
Telefon 6096311402
Faks 6096266729

Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu atau nama ringkasnya SESTER, merupakan sebuah Sekolah Menengah Berasrama Penuh yang terletak di Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Malaysia.

SM Sains Kuala Terengganu mempunyai guru seramai 31 orang sahaja pada tahun 2018. Pada awal penubuhannya, SESTER hanya mengambil pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 sahaja tetapi mulai tahun 2016, SESTER mula menerima kemasukan pelajar tingkatan 1 dan kini (2018), SESTER telah mempunyai kelas bermula daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu atau SESTER merupakan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang dibuka pada tahun 2000 dengan menempatkan pelajar tingkatan 4, tingkatan 5 dan tingkatan 6. Sebelum sekolah ini dibuka, kawasan sekolah sebenarnya ialah bekas Maktab Perguruan Pasir Panjang (MPPP). Bangunan sekolah ini telah dibina pada tahun 1964. Pada tahun 2000, Maktab Perguruan Pasir Panjang telah dipindahkan ke daerah Besut, Terengganu dengan nama baru iaitu Maktab Perguruan Sultan Mizan Zainal Abidin. Setelah itu, bahagian Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat keputusan untuk membuka sebuah lagi Sekolah Berasrama Penuh yang ke-39 di Kuala Terengganu dan memilih bekas maktab ini dengan menamakan sekolah ini dengan nama Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu atau singkatannya SESTER.

Kini, SESTER didiami oleh pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dan keluasan kawasan menjadikannya Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terkecil di Malaysia.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini hanya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sejak penubuhan sekolah ini, SESTER kekal sebagai sekolah terbaik negeri Terengganu selama 10 tahun berturut-turut. SESTER juga tergolong antara 10 buah SBP terbaik negara berdasarkan keputusan SPM dan pernah menduduki tempat kedua pada tahun 2003. SESTER juga pernah mengatasi sekolah-sekolah hebat yang lain seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar, (MCKK) Sekolah Seri Puteri (SSP) dan lain-lain.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu
Jalan Pasir Panjang, 21100 Kuala Terengganu, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096311402
Faks = 6096266729

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]