Sekolah Menengah Agama (Arab) Parit Raja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SMA Parit Raja
Alamat
Pos 2, Jalan Sekolah Arab,
 Malaysia, 86400, Batu Pahat, Johor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Agama, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
MotoTerus Unggul dan Cemerlang
Autoriti pendidikanBatu Pahat
Nombor sekolah07-4542639
Kod sekolahJFT0001
PengetuaEncik Nordin bin Yusro
LaguMaahadku Inspirasiku
GPK Pentadbiran dan AkademikTuan Haji Muhammad bin Othman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Muhammad Abdul Samat bin Hashim
Penolong Kanan KokurikulumTuan Haji Khairul Anuar bin Khair
Faks07-4542639


Sekolah Menengah Agama Parit Raja atau SMA Parit Raja ialah sebuah sekolah menengah agama yang terletak di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Nama asal sekolah ini ialah Madrasah Tarbiah Islamiah (MAI).

Pada Ogos 2012, sekolah ini telah menyertai Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Kini, ia dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama Parit Raja (SABK), Batu Pahat.

Sejarah ringkas[sunting | sunting sumber]

Madrasah Tarbiah Islamiah Parit Raja telah diasaskan penubuhannya oleh Allahyarham Tuan Haji Nawawi yang pada masa itu menjadi ketua kampung Parit Raja. Bangunan asal MAI terletak di pekan Parit Raja, telah disempurnakan pembukaan rasminya oleh Allahyarham Dato Abdullah bin Abdul Rahman, Yang Dipertua Jabatan Agama Johor pada 6 Jun 1941.

Pada zaman pemerintahan Jepun, sekolah ini telah ditutup pada tahun 1942. Sekolah ini telah dipindahkan ke Parit Raja Darat dan telah dibuka semula pada 4 April 1949. Sekolah ini berpindah ke tapak yang ada sekarang dan pembukaan rasminya disempurnakan oleh Menteri Besar Johor ketika itu, Y.A.B. Tan Sri Dato Hj. Hassan Yunus pada 27 November 1965.

Walaubagaimanapun, sekolah ini telah ditutup semula pada tahun 1989. Sekolah ini dibuka semula pada sesi persekolahan tahun 1992/1993 dengan nama Sekolah Menengah Agama (Arab) Tarbiah Islamiah, Parit Raja.

Semasa sekolah ini ditutup pada tahun 1989, bangunan sekolah ini digunakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) untuk dijadikan bengkel kemahiran bagi melatih penduduk tempatan.

Semasa sesi persekolahan tahun 1992/1993 dijalankan, sekolah ini mempunyai satu kelas Tingkatan Satu (Akademik) dengan bilangan murid seramai 20 orang dan satu lagi kelas Tingkatan Satu (Arab) yang terdiri daripada murid-murid yang telah mempunyai SRP dan SPM. Bilangan tenaga pengajarnya terdiri daripada seorang Pengetua dan tiga orang Guru Penolong, dua daripadanya khas mengajar mata pelajaran sebagaimana yang diajar di sekolah-sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pada 18 Januari 1996 bersamaan dengan 27 Syaban 1416 Hijrah, sekolah ini dirasmikan semula pembukaannya oleh Y.B. Tuan Haji Abdul Kadir Bin Anuar, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor setelah tiga tahun beroperasi.

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Bangunan sekolah ini dibina di atas tapak tanah wakaf seluas 4E. 3R. 37P. Penggunaan tapak adalah seperti berikut:

  • Bangunan sekolah - 1 ekar
  • Padang Permainan - 1.2 ekar
  • Rezab - IE. 1R. 37P
  • Lain-lain - 1 ekar

Hal-hal berkenaan bangunan:

  • Hak milik bangunan: Bantuan kerajaan, bangunan tetap.
  • Jenis bangunan: Batu dan kayu, ukuran bangunan 240 X24.
  • Bilangan bilik darjah : 3(ting.1)+ 3(ting.2)+ 3(ting.3)+ 3(ting.4)+ 3(ting.5)
  • Bilangan bilik bacaan : 1 buah
  • Bilangan asrama : 1 (lelaki) + 2 (perempuan)

Akademik[sunting | sunting sumber]

Akademik di SMAPR dibahagikan kepada dua bidang utama yang mencakupi mata pelajaran yang ditawarkan oleh kementerian ditambah dengan pelajaran agama dan bahasa Arab yang diajar dalam bahasa Arab. Hal ini memberi peluang seluas-luasnya kepada pelajar untuk memajukan kebolehan dan bakat intelek mereka dalam pelbagai bidang.

Bagi menangani masalah keciciran dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab, pelajar tingkatan satu diberikan kursus intensif bahasa yang dimuatkan dalam jadual harian kelas selama 4-5 bulan. Pada penghujung bulan Mei, pelajar akan diuji bagi melihat keberkesanan atau pencapaian KIB. Peperiksaan ini akan dibuat serentak di semua sekolah-sekolah menengah agama/Arab dan diselengarakan oleh bahagian pendidikan Jabatan Agama Islam Johor.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Pos 2,
Jalan Sekolah Arab,
86400 Parit Raja,
Batu Pahat, Johor.
Telefon = 07-4545710 (sekarang)
E-mel = smapr@johordt.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]