Sekolah Menengah Agama (Arab) Sultan Zainal Abidin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Agama (ATAS) Sultan Zainal Abidin
Jenis Sekolah Menengah Agama, Sekolah kerajaan
Kod sekolah TFT3002[1]
Lokasi Jalan Sultan Mahmud , Kuala Terengganu , Malaysia
Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Telefon 6096221086
Faks 6096317086

Sekolah Menengah Agama (Arab) Sultan Zainal Abidin atau nama ringkasnya SMA (A) Sultan Zainal Abidin, merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama yang terletak di Jalan Sultan Mahmud , Kuala Terengganu , Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Agama (Arab) Sultan Zainal Abidin memiliki 299 pelajar lelaki dan 489 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 788 orang. Ia mempunyai seramai 74 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tarikh Penubuhan

  • 1925 - Menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga, kemudian berpindah dan menumpang pula di Sekolah Melayu Bukit Jambol
  • 1932 - Bangunan baru sekolah didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu
  • 1933 - Perasmian bagunan sekolah yang baru
  • 1943 - Bangunan tambahan dibina / pembesaran sekolah
  • 1958 - Penubuhan SMAASZA Batu Burok (pengasingan peringkat persekolahan)

Pengasas/Tokoh Penubuhan


Penubuhan sekolah ini adalah di atas inisiatif beberapa orang tokoh/pegawai tinggi Melayu (pendidikan agama) seperti Datuk Sri Amar Di Raja, Menteri Besar ketika itu, Datuk Bentara Luar, Ketua Pegawai Pelajaran, Datuk Andika Di Raja dan lain-lain ahli agama ketika itu.


Tapak / Lokasi Sekolah

Tapak asal adalah rumah bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Sri Amar di Raja Kampung  Batu Burok, Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu


Bangunan Sekolah Peringkat Awal

Pada awal penubuhan, sekolah ini menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudiannya berpindah ke Sekolah Melayu Bukit Jambul, Kuala Terengganu dengan nama “Madrasah Arabiah”

Pada tahun 1932  sebuah bangunan sendiri telah didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu.

Pada tahun 1933 (15 Rejab 1353H), majlis perasmian sekolah telah adakan dan perasminya ialah DYMM Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.  Nama sekolah adalah  Madrasah Al-Sultan Zainal Abidin


Pada tahun 1943 (zaman pemerintahan Jepun) DYMM Sultan Sulaiman telah menghadiahkan sebuah balai Istana Maziah untuk menampung pertambahan bilangan pelajar (atas inisiatif Encik Ibrahim  Fikri bin Muhammad (Tan Sri Ibrahim Fikri))


Pada tahun 1952 sebuah asrama didirikan untuk tempat tinggal pelajar yang jauh dari Kuala Terengganu.


Bangunan yang didirikan pada tahun 1933 dan 1943 telah dirobohkan dan diganti dengan bangunan baru


Pada tahun 1958 berlaku perubahan dasar pelajaran sekolah, iaitu dibahagikan kepada dua:-

·         Bahagian Ibtidai (rendah) – pengajian selama 5 tahun

·         Bahagian Thanawi (menengah) – pengajian selama 4 tahun


Pelajar yang menamatkan darjah 6 sekolah kebangsaan akan dimasukkan ke pengajian Ibtidai selama 5 tahun, setelah lulus akan dianugerahkan Sijil Ibtidai dan ini membolehkan mereka me nyambung pelajaran ke peringkat Thanawi  selama 4 tahun lagi untuk memperoleh Sijil Thanawi (Sijil Thanawi ini diakui setaraf dengan Sijil Thanawi Azhar, dan pemegangnya boleh menyambung pengajian ke tahun pertama di Universiti Azhar, Mesir)


Pada tahun 1958 ini juga berlaku pemindahan peringkat pembelajaran di mana bahagian Ibtidai kekal di Kampung Ladang manakala bahagian Thanawi dipindahkan ke sebuah bangunan lama di atas sekeping tanah seluas 8 ekar di Kampung Batu Burok iaitu bekas rumah Allahyarham Datuk Sri Amar Di raja, bekas Menteri Besar Terengganu yang sebelum itu dijadikan Rumah Persinggahan.


Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Ugama (Arab) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk atau ringkasnya adalah SMAASZA pada hari ini.

Pada tahun 1962, dua blok bangunan batu dua tingkat telah didirikan, mengandungi 16 buah bilik darjah.


Pada tahun 1965 sebuah dewan yang boleh memuatkan 500 orang pelajar/guru telah didirikan untuk kegunaan perhimpunan, majlis syarahan dan sebagainya.

Pada tahun 1966 sebuah bangunan batu 3 tingkat telah didirikan sebagai bangunan tambahan.  Bangunan ini Telah dilengkapi dengan makmal sains dan sains rumah tangga serta bilik darjah.

Sebuah bangunan asrama untuk pelajar puteri telah didirikan dan bangunan ini boleh menampung kira-kira 150 orang  pelajar.


Bilangan murid dan tenaga pengajar di awal persekolahan


Tahun Bilangan Guru Bilangan Pelajar
1958 3 34
1959 6 86
1960 6 79
1961 6 159
1962 7 212
1963 10 250
1964 9 276
1965 15 438
1966 17 531
1967 19 602
1968 27 650
1969 30 773
1970 34 734
1971 34 752
1972 37 740
1973 38 820
1974 39 951
1975 40 1024
2012

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

2017 : SMA(A)SZA telah mendapat gelaran juara dalam pertandingan Dikir Arab Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan.

2018 : SMA(A)SZA telah mendapat gelaran juara dalam pertandingan Kalam Jamai'e Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Agama (Arab) Sultan Zainal Abidin
Jalan Sultan Mahmud , Kuala Terengganu , Malaysia
Terengganu Darul Iman,  Malaysia
Telefon = 6096221086
Fax = 6096317086

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]