Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim
Lokasi
Ulu Gadong, Kota, Rembau, Negeri sembilan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah agama, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6064381411
Kod sekolahNFT3001
Faks6064383025
Map


Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim (disingkatkan SMAHMY) ialah sebuah sekolah agama di Negeri Sembilan, Malaysia. Ia terletak di Ulu Gadong, Kota, dalam daerah Rembau.[1][2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah agama ini pada asalnya sebuah madrasah dengan nama Madrasah Ulu Gadong yang didirikan oleh Tuan Guru Haji Mohd Yatim bin Zainal Abidin. Lokasi asal madrasah ini terletak di Surau Ulu Gadong. Kemudian, ia telah diambil alih oleh kerajaan negeri menjadi sebahagian daripada sekolah menengah agama negeri (SMAN) dan dinamakan dengan Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim.[3] Pada 2008, ia telah ditadbir di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dengan taraf sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Nama sekolah agama ini mengambil sempena nama Haji Mohd Yatim, seorang ulama terkenal di daerah Rembau. Beliau dilahirkan pada 1903 dan meninggal dunia pada 1979. Beliau pernah menetap di Makkah untuk melanjutkan pengajian Islam di Darul Ulum Masjidilharam. Haji Mohd Yatim pernah menerima anugerah Tokoh Ulama Silam Negeri Sembilan sempena Sambutan Maal Hijrah 1423.[3]

Statistik pelajar[sunting | sunting sumber]

Pada 2009, sekolah memiliki 167 pelajar lelaki dan 147 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 314 orang. Ia mempunyai seramai 24 orang guru.2009[perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hasbi, Ahmad (2022-11-19). "PRU-15: Rindu sikit tapi gembira pulang mengundi - KJ [METROTV]". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-21.
  2. ^ Jalil, Mohd Amin (2017-06-20). "Wakili negara ke Sweden". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-21.
  3. ^ a b abdulrahman. "Majlis Pecah Tanah Bangunan Baharu SMA Hj Mohd Yatim – Malaysiaaktif" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-21.