Sekolah Menengah Arab Jaim Al Ahmadi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Arab Jaim Al Ahmadi
Lokasi
Km 18, Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, 76300, Melaka Tengah,, Melaka Bandar Bersejarah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah arab, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu,Beriman, Bertaqwa
Ditubuhkan1963
Nombor sekolah6063531245
Kod sekolahMFT2001[1]
PengetuaNor Shima
GPK Pentadbiran dan AkademikUstaz Mohd Rasidi bin Abd Rahman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTuan Haji Ibrahim bin Mohd Noor
Penolong Kanan KokurikulumUstazah Jumai'ah binti Omar
Faks6063531245


Sekolah Menengah Arab Jaim Al Ahmadi atau nama ringkasnya SMAJAA, merupakan sebuah Sekolah menengah arab yang terletak di Km 18, Paya Rumput Jaya, Sungai Udang.

Pada 2017, Sekolah Menengah Arab Jaim Al Ahmadi memiliki 233 pelajar lelaki dan 67 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 300 orang. SMA Jaim Al-Ahmadi mempunyai seramai 36 orang guru dan 9 orang staf sokongan.

Selamat Datang ke SMA Jaim Al-Ahmadi
Selamat Datang ke SMA Jaim Al-Ahmadi

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Arab Al-Ahmadi ini , telah diasaskan oleh Tuan Haji Abd. Karim bin Haji Mohsin pada tahun 1963. Sekolah ini pada asalnya adalah berkonsepkan sekolah pondok. Pada tahun 1980, sIstem pembelajaran telah diubah kepada pengajian mengikut kurikulum Al Azhar, mempunyai dua komponen iaitu kurikulum akademik mengikut sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran dan kurikulum agama mengikut sukatan pelajaran Al-Azhar.

Pada masa tersebut, sekolah ini mempunyai sistem pendidikan sepadu 50 % bagi matapelajaran Arab dan 50 % matapelajaran akademik. Kemasukan pelajar bermula daripada tingkatan peralihan sehingga ke tingkatan lima. Di  samping itu juga , mereka menduduki peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) diTingkatan Dua, Sijil Menengah Agama (SMA) di Tingkatan Empat, Penilaian Tingkatan 3 (PT3) diTingkatan Tiga dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di  Tingkatan Lima.

Pelajar-pelajar yang telah menduduki peperiksaan SPM dan mendapat keputusan yang baik layak memohon untuk menyambung pengajian ke Universiti tempatan dan luar negeri serta melanjutkan pelajaran di kolej-kolej.

Dalam bidang kokurikulum,sekolah ini terkenal dalam bidang sepak takraw dan menjadi johan dalam setiap pertandingan bahagian kawasan Tanjung sejak tahun 80 an sehingga sekarang

Sekolah Menengah Arab JAIM Al Ahmadi yang terletak di lot 1250, mukim Paya Rumput Jaya (PARUJAS) seluas 10 ekar ialah tapak sekolah dan bangunan baru yang telah siap dibina pada awal tahun 2000. Warga sekolah telah berpindah ke sekolah baru yang ada sekarang pada minggu pertama bulan Februari tahun 2000.

Kompleks sekolah baru ini terdiri daripada dua blok bangunan. Blok A mempunyai tiga tingkat yang mengandungi sembilan bilik darjah darjah, makmal sains, pejabat, bilik guru, pusat sumber sekolah, bilik komputer, koperasi dan tandas guru dan pelajar. Manakala blok B pula setinggi dua tingkat mempunyai dua makmal sains, tiga bengkel kemahiran hidup dan bilik SPBT serta dua buah tandas.Terdapat juga sebuah blok bangunan asrama yang boleh memuatkan 300 orang pelajar. Selain daripada itu, terdapat juga sebuah kantin harian dan juga kantin asrama.

Daripada segi kemudahan untuk aktiviti sukan dan kokurikulum, terdapat sebuah padang bolasepak, dua buah gelanggang sepak takraw dan sebuah gelanggang bola tampar.

Kemudahan-Kemudahan yang terdapat di Sekolah
Kemudahan-Kemudahan yang terdapat di Sekolah
PelajarTerbaik Sekolah-Sekolah Agama Negeri Melaka
PelajarTerbaik Sekolah-Sekolah Agama Negeri Melaka

Pengetua-Pengetua[sunting | sunting sumber]

Bil Tempoh Berkhidmat Nama Pengetua
1 Tahun 1963 - 22 Februari 1976 Tuan Guru Haji Karim bin Haji Mohsin
2 23 Februari - 31Disember 1983 Puan Arifah bt Ahmad
3 01 Januari 1984 - 30 April 1985 Encik Sulaiman bin Daud
4 01 Mei 1985 - 30 April 1987 Encik Mohd Kamal bin Ahmad
5 01 Mei 1987 - 31 Ogos 1990 Encik Jaafar bin Ali
6 01 September 1990 - 10 Jun 1991 Encik Muhammad bin Shariff
7 11 Jun 1991 - 31 Oktober 1991 Encik Mohd Kamal bin Ahmad
8 01 November 1991 - 15 Jun 1994 Encik Suboh bin Ma'soom
9 16 Jun 1994 - 30 Mei 1998 Encik Mohd Kamal bin Ahmad
10 31 Mei 1998 - 01 Jun 1999 Encik Ahyak bin Haji Ibrahim
11 02 Jun 1999 - 01 Februari 2001 Encik Wazali bin Talib
12 02 Februari 2001- 09 Jun 2003 Haji Suboh bin Ma'soom
13 01 Mac 2003 - 31 Disember 204 Haji Baderi bin Saidin
14 23 Jun 2004 - 10 Jun 2009 Cik Kamariah bt Ismail
15 11 Jun 2009 - 19 Disember 2014 Haji Suboh bin Ma'soom
16 19 Disember - 31 Oktober 2016 Hajah Noriah bt Haron
17 01 November 2016 - Sekarang Haji Dahrom bin Haji Hashim

Pencapaian Sekolah[sunting | sunting sumber]

Daripada pelbagai bidang tidak kira dalam bidang akademik,koakademik dan Kokorikulum, SMA Jaim Al-Ahmadi bayak mengukir nama diperingkat negeri dan kebangsaan. Pencapaian terbaik dalam Koakademik ialah pada tahun 2016, adik Muhammad Daniel Syafie mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan syarahan Bahasa Melayu. Pertandingan Kuiz penggunan pula, SMA Jaim Al-Ahmadi mendapat tempat ke-3 peringkat Kebangsaan dan tempat ke-3 Konvensyen Tunas Niaga peringkat negeri Melaka.

Dalam bidang sukan pula, Kebitaraan SMA Jaim Al-Ahmadi ialah bola tampar dan sepak Takraw dimana setiap tahun,SMA Jaim Al-Ahmadi merupakan Johan bagi peringkat daerah Melaka Tengah untuk beberapa tahun. 5 pelajar SMA Jaim Al-Ahmadi berjaya terpilih untuk peringkat kebangsaan. Untuk pertandingan bola sepak pula, SMA Jaim Al-Ahmadi mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan MSSM bola sepak.

Bagi pertandingan badan beruniform pula, Pasukan Pengakap merupakan pasukan yang sering mendapat tempat untuk pertandingan peringkat negeri Melaka.

Keistimewaan[sunting | sunting sumber]

Mata Pelajaran yang ditawarkan di SMA Jaim Al-Ahmadi Ialah berteraskan DINI dimana pelajar menggunakan bahasa Arab dalam mata pelajaran syariah, fiqah dan Lughatul Al-Arabiah. Ini menjadikan pelajar ini menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa ke-2 selepas bahasa Melayu dan Inggeris. Pencapaian terbaik bagi tahun 2016 ialah dimana 2 orang pelajar mendapat pencapaian Mumtaz(cemerlang) dalam peperiksaan SMA(Sijil Menengah Agama).

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Kami berusaha terus berjaya

bersatu menuju cita-cita

Ahmadi perlu menabur jasa

Untuk agama bangsa dan negara


Ahmadi terus maju

Impian sejuta harapan

Kami menuju kealaf baru

Terus gemilang mencapai tujuan


Ahmadi adalah generasi printis

Kita pula generasi pewaris

Bersama menghidupkan perjuangan

Harumkan nama tanpa sempadan


Lama dan baru kami berganding bahu

Visi dan misi terus dituju

Bersama doa terhadap ilahi

Rahmati kami di Ahmadi

Rahmati kami di Ahmadi


........TAMAT.........

Program Sepanjang Tahun[sunting | sunting sumber]

Bil Program/Rancangan Bulan Dijalankan
1 Merentas Desa Januari
2 Program Ahmadi Pasti Cemerlang Januari
3 Majlis Pelancaran Program Nilam Februari
4 Program Keselamatan Jalan Raya Februari
5 Ceramah Israk Mikraj Mac
6 Kem Membaca 1 Malaysia April
7 Pidato Diraja Malaysia April
8 Liga Permainan Mei
9 Sukantara Mei
10 Tilawah Al-Quran Julai
11 Ikhtifal Ilmi Julai
12 Sambutan Hari Kemerdekaan Ogos
13 Petanque Top 30 28/7-29/7

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Arab Jaim Al Ahmadi
Km 18, Paya Rumput Jaya, Sungai Udang
76300, Melaka Tengah
Melaka, Malaysia
Telefon = 6063531245
Fax = 6063531245

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]