Sekolah Menengah Agama Ma'Ahad Tahfiz Al-Abidin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Agama Ma'Ahad Tahfiz Al-Abidin
Lokasi
Kampung Ceruk Manggis Pokok Tai, 06720, Pendang,, [Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah agama, Sekolah kerajaan
MotoAl-Quran Sumber Kejayaan Menjana Kecemerlangan Ummah Berwawasan
Ditubuhkan06 Jun 2013
Nombor sekolah6044619696
Kod sekolahKFT7002[1]
PengetuaAnas Bin Hj Zainol Abidin
GPK Pentadbiran dan AkademikSayuthi Bin Hj Zainol Abidin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridRidzuan Bin Abd Kadir
Penolong Kanan KokurikulumAzlan Bin Omar
Faks6044619696
Laman sesawang



Sekolah ini dikenali dengan nama Ma’ahad Tahfiz al-Quran Al-Abidin (MATA). Telah ditubuhkan pada 26 Januari 2001. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini mempunyai kelas cawangan pendidikan Al-Quran di Taman Kota Jaya, Kota Sarang Semut, Alor Setar Kedah Darul Aman. Bilangan murid-murid ialah seramai enam puluh empat orang (64) iaitu 30 lelaki dan 34 perempuan.

           Guru terdiri dari guru yang berkelulusan Ijazah Sarjana Agama serta Tahfiz Al-Quran. Mesyuarat penubuhan MATA, pada mulanya dihadiri oleh lima orang ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada Haji Zainol Abidin Bin Sudin, Ahmadi Bin Zainol Abidin, Mokhtar Bin Ayob, Anas Bin Zainol Abidin, Omar Bin Haji Ibrahim dan Sayuthi Bin Zainol Abidin.

           Satu kertas kerja telah disediakan untuk dibahaskan. Selepas itu majlis mengambil keputusan bersetuju menubuhkan Ma’ahad Tahfiz Al-Abidin (MATA) di atas tapak tanah Lot No 1794 yang terletak di kampong Ceruk Manggis Pokok Tai, Pendang, Kedah. Pada 12 September 2006 satu Memorandum Persefahaman Pendaftaran Ma'ahad Tahfiz Al-Quran Al-Abidin sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) antara Jemaah Pengurusan Ma"ahad Tahfiz Al-Abidin dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah ditandatangani. MOU tersebut ditandatangani oleh Hj Zainol Abidin Bin Hj Sudin, Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah, Di hadapan Anas Bin Haji Zainol Abidin, Setiausaha Jemaah Pengurusan Sekolah. Untuk dan bagi pihak Kerajaan Malaysia: Ditandatangani oleh Dato' Dr Zulkarnain Bin Haji Awang, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Di hadapan Tuan Haji Dangiran Bin Mustafa, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

Sekolah Menengah Agama Ma'Ahad Tahfiz Al-Abidin atau nama ringkasnya SMA Ma'Ahad Tahfiz Al-Abidin, merupakan sebuah Sekolah menengah agama yang terletak di Kampung Ceruk Manggis Pokok Tai. Pada 2009, Sekolah Menengah Agama Ma'Ahad Tahfiz Al-Abidin memiliki 126 pelajar lelaki dan 74 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 200 orang. Ia mempunyai seramai 23 orang guru. 2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Mendapat Anugerah Tawaran Baharu Pengetua dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2013 dan 2014 (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Mendapat Anugerah peningkatan GPS SPM enam tahun berturut turut dari tahun 2011 hingga 2016 (Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia)

Mendapat Anugerah Tahap Kebersihan Kantin Dan Dapur Asrama (85%) Bagi Tahun 2014 - 2017 (Pejabat Kesihatan Daerah Pendang)

Johan Keseluruhan 5 tahun berturut-turut 2011-2016 Karnival Pendidikan Islam Peringkat Daerah

Anugerah Pengiktirafan Pentadbir Terbaik Tuan Pengetua tahun 2014 oleh Yang dipertua Majlis Daerah Pendang Tuan Hj Abdul Rahman Bin Hj Ismail

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pengetua Tahun 2015 oleh Bahagian Pendidikan Islam.

Anugerah Pencapaian Cemerlang Melepasi GP Negeri tahun 2015 oleh Jabatan Pendidikan Kedah

Anugerah Peningkatan Gred Purata Sekolah Melebihi 0.50 tahun 2015 oleh Jabatan Pendidikan Kedah

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Agama Ma'Ahad Tahfiz Al-Abidin
Kampung Ceruk Manggis Pokok Tai
06720, Pendang
Kedah, Malaysia
Telefon = 6044619696
email = smamata.sabk@gmail.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pengetua ialah ustaz Anas Bin Zainol Abidin, lulusan universiti Islam negeri Ar-Raniry Aceh 1998, jurusan perbandingan hukum dan maahad, anak kepada tuan guru Hj Zainol Abidin, yang sebelum ini pernah bersama tuan guru hj Othman al yunusi membuka pondok pak man di kampung Bukit Besar, yang sekarang dikenali dengan nama madrasah an nahdzah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]