Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Mizan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

{{Infobox Sekolah Malaysia}}

|Nama Sekolah         = Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Mizan
|Slogan               = Menjana Insan Zahirkan Amanah Nabi (MIZAN)
|Jenis Sekolah        =   Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Kerajaan
|Pengetua             = Encik Abd Malek bin Awang
|GPK 1                = Encik Alimshah bin Zulkafri
|GPK HEM              = Puan Hjh Faridah binti Sulaiman
|GPK KOKO             = Encik Mohamad Kamalul Abrar bin Hj Zakaria
|PK STAM              = Encik Nor Fadzli bin Mohamed Tajuddin
| Pengerusi PIBG      = IDR Dr. Othman bin Mohd Nor
|Kod sekolah          = AFT4002
|Bandar               =  Malaysia Jalan Badak Jeliang
|Daerah               = 33800, Manong, 
|Negeri               = Perak Darul Ridzuan
|Negara               =  Malaysia
|Telefon              = 6057431431
|Faks                 = 6057431193
|PPD=Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar]] 

Sejarah Penubuhan Al-Mizan[sunting | sunting sumber]

Maahad Al-Mizan merupakan sekolah agama rakyat yang terletak di Manong, Kuala Kangsar, Negeri Perak, Malaysia. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1994.

Pada peringkat awalnya, penubuhan sekolah ini telah diilhamkan oleh beberapa orang Ustaz seperti Tuan Haji Megat Ridzuan Bin Megat Taib, Tuan Haji Zakaria Bin Haji Sulaiman dan beberapa orang lagi yang begitu penting dalam menjayakan penubuhan sekolah agama ini.

Blok tiga tingkat (Blok A) merupakan blok pertama dibina dan boleh menampung pelajar seramai lebih kurang 150 orang termasuk asrama. Pada sekitar tahun 1997-2003, sekolah ini menyaksikan pertumbuhan prasarana yang begitu pesat yang mana, beberapa blok lagi bangunan dibina bagi menampung jumlah pelajar yang mencecah hampir 500 orang dari tingkatan satu hingga lima. Bilangan tenaga pengajar serta kakitangan pada masa itu cuma lebih kurang 18 orang sahaja.

Sepertimana masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah agama rakyat pada ketika itu iaitu masalah kekurangan tenaga pengajar, Maahad Al-Mizan juga tidak terkecuali. Namun begitu, masalah ini berjaya diatasi dengan kesediaan tenaga pengajar pada masa itu berkhidmat dengan jadual waktu yang sedikit padat dan mengadakan kelas-kelas tambahan.

Pelajar-pelajar sekolah ini juga bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti di peringkat daerah dan negeri contohnya, pertandingan Nasyid Sekolah Sekolah Agama Rakyat Peringkat Negeri Perak, Pertandingan Tilawah Al-Quran dan sebagainya. Bermula dari awal penubuhanya sehingga sekarang, sekolah ini telah melahirkan ramai pelajar-pelajar berpotensi yang telahpun melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir dan di universiti-universiti tempatan.

Apa yang menariknya tentang sekolah ini adalah, kaedah dan pendekatan antara guru dan murid pada masa itu lebih mirip kepada sebuah institusi keluarga besar. Kaedah ini telah memberikan satu suasana pembelajaran yang selesa dan harmoni meskipun alatan bantuan mengajar masih belum sempurna. Bagi sesorang guru, tiada yang lebih manis selain dari melihat kejayaan anak didiknya.

Sekarang, status sekolah ini telah dinaiktaraf menjadi sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) bermula dari tahun 2005.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pencapaian SMAMAM 2022

  • Kawad kaki KRS peringkat Daerah Kuala Kangsar (Tempat Pertama)
  • Kawad kaki KRS peringkat Negeri Perak (Tempat ketiga)

Pencapaian SMAMAM 2023

  • Kawad kaki KRS peringkat Daerah Kuala Kangsar (Tempat Pertama)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Mizan
Jalan Badak, Jeliang
33800, Manong
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6057431431
Fax = 6057431193

Pautan luar[sunting | sunting sumber]