Sekolah Menengah Agama Maarif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SMA Maarif, Besut
Sekolah Menengah Agama Maarif
SMA Maarif, Besut
Lokasi
 Malaysia Km 1 Jalan Tembila Kampung Raja , Besut , Malaysia, Besut, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Agama, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
MotoSederap Memacu Kecemerlangan
Nombor sekolah6096955300
Kod sekolahTFT0003[1]
Pengerusi PIBGYB. Mahdi bin Musa
PengetuaHaji Termezi bin Jusoh
GPK Pentadbiran dan AkademikAzami bin Abd Ghani
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridSharbi bin Ali
Penolong Kanan KokurikulumSukeri bin Ibrahim
Faks6096955301


Sekolah Menengah Agama Maarif atau nama ringkasnya SMA Maarif merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama yang terletak di Km 1 Jalan Tembila Kampung Raja , Besut , Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Agama Maarif memiliki 331 pelajar lelaki dan 532 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 863 orang. Ia mempunyai seramai 70 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Agama Maarif merupakan sebuah sekolah agama yang terawal wujud di Daerah Besut. Sekolah ini telah diasaskan oleh Tuan Guru Abas bin Haji Mohamad. Nama asalnya ialah "madrasah rokki al-arif" yang diwujudkan pada tahun 1942. Al-Maarif adalah nama yang telah diberikan oleh Tuan Haji Mohamad bin Haji Awang iaitu Pengetua yang pertama. Nama tersebut diambil sempena dengan nama Madrasah Al-Maarif di Singapura yang pernah menjadi tempat beliau menimba ilmu pengetahuan. Sukatan pelajaran berasaskan Al-Quran dan Al-Hadis. Sistem pembelajaran tersebut pada waktu itu ialah para pelajar Sekolah Melayu mempelajari pelajaran agama pada waktu petang. Terdapat juga sebahagian pelajar yang menyambung pelajaran agama di pondok-pondok yang wujud ketika itu. Antaranya ;

  1. Pondok Tuan Guru Hj Omar di Kg Raja
  2. Pondok Tuan Guru Hj Wan Latif di Jerteh (1939)
  3. Pondok Tuan Guru Hj Abas b Mohamad di Bukit Puteri (1936)
  4. Pondok Tuan Guru Hj muhammad b Hj Hassan di Kuala Besut (1918)

Pada 5 November 1942, lahirlah Madrasah Al-Maarif di Palembang yang merupakan sebuah bangsal yang didirikan berhampiran dengan sungai Kampung Raja. Bangsal tersebut kepunyaan Sheikh Salim yang dihadiahkan kepada penduduk kampung yang dahagakan pelajaran agama ketika itu. Kemahiran yang diajar seperti membaca, menulis, dan mengira dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan tulisan jawi.

Pentadbiran sekolah ini berada dibawah Pejabat Agama Bahagian Zakat (Pejabat Hal Ehwal Agama Terengganu) yang ditubuhkan pada tahun 1921. Diawal pembukaan, hanya seorang sahaja guru iaitu Tuan Haji Mohammad bin Haji Awang, manakala jumlah pelajar seramai 16 orang yang kesemuanya adalah pelajar lelaki. Menjelang pada tahun 1945, sekolah ini mula menerima kehadiran pelajar perempuan. Sesi pembelajaran pelajar lelaki belajar pada waktu pagi manakala pelajar perempuan belajar pada sebelah petang. Kelengkapan pembelajaran serba kekurangan kerana pelajar terpaksa bersila dengan sebuah bangku yang panjang sebagai tempat menulis. Pada akhir tahun 1944, jumlah guru bertambah seramai tiga orang.

Pendapatan para guru pada awal penubuhannya adalah sumbangan ikhlas daripada penduduk tempatan. Kemudian pendapatan guru dibayar oleh Pejabat Agama Bahagiaan Zakat. Selepas perang dunia kedua, para pelajar dikenakan yuran RM1.00 sebulan untuk membayar gaji guru.

Pada zaman pendudukan Jepun, sistem pembelajaran masih diteruskan juga. Salah seorang pelajar sekolah ini pada zaman Jepun ialah Tan Sri Salleh bin Abas (bekas Ketua Hakim Negara). Pada tahun 1946, sekolah ini berpindah ke Padang Kandis iaitu berhampiran jalan raya yang menghubungkan Jerteh ke Kuala Besut dan dikenali sebagai Asrama Datuk Bentara Luar yang diguna sementara oleh SMA IMTIAZt kini (SM IMTIAZ, Besut) dan Madrasah Moden Maidam Besut yang berdekatan dengan Pejabat Pentadbiran dan nama "madrasah rokki al-arif telah diganti dengan nama baru iaitu Sekolah Menengah Agama Maarif.

Pada tahun 1973, Sekolah Menengah Agama Maarif telah berpindah sekali lagi ke tapak yang ada sekarang. Dari bangsal kayu Sekolah Menengah Agama Maarif telah berubah pada bangunan batu berjumlah 17 bangunan. Kemudahan yang ada termasuk asrama lelaki dan perempuan, dewan sekolah, surau, makmal komputer dan kantin sekolah. Jumlah pelajar juga meningkat lebih daripada 800 orang pelajar manakala jumlah guru seramai 60 orang. Mulai pada tahun 2008, Sekolah ini telah diserap ke dalam pentadbiran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sekolah ini terus mencapai kejayaan demi kejayaan.

Berikut ialah Senarai Pengetua yang pernah bertugas di sekolah ini.

Bil Nama Pengetua Tempoh Bermula Tempoh Berakhir
1 Haji Mohamad bin Haji Awang 02.11.1942 06.06.1954
2 Encik Abd Rahman bin Omar 01.06.1954 31.12.1954
3 Encik Wan Hassan bin Wan Ahmad 01.01.1955 28.02.1955
4 Puan Azizah bt Haji As'ad 01.03.1955 10.03.1956
5 Puan Azizah bt Hashim 11.03.1956 09.02.1958
6 Puan Sufiah bt Abbas 15.02.1958 31.01.1961
7 Haji Ismail bin Abdullah 01.02.1961 14.01.1962
8 Puan Zubaidah bt Haji Mohd Ali 15.01.1962 06.06.1963
9 Haji Salleh bin Ismail 09.06.1963 01.01.1964
10 Haji Abd Rahman bin Haji Ibrahim 14.01.1964 04.01.1975
11 Haji Wan Yusof bin Haji Wan Nik 06.01.1975 31.12.1981
12 Haji Muhamad bin Mohd Zin 02.01.1982 15.11.1986
13 Haji Sulaiman bin Ali 15.11.1986 30.12.1989
14 Haji Nik Wan bin Nik Hassan 01.01.1990 24.01.1991
15 Haji Muhamad bin Mohd Zin 15.07.1991 31.01.1996
16 Haji Wan Yusof bin Haji Wan Nik 02.05.1996 28.02.1997
17 Encik Hashim bin Embong 09.03.1997 15.03.2001
18 Haji Deres bin Deraman 15.03.2001 20.02.2005
19 Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail 07.03.2005 02.11.2015
20 Haji Azizol Rahman bin Lope Pihie 14.04.2016 12.03.2017
21 Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail 02.04.2017 31.12.2019
22 Haji Termezi bin Jusoh 01.01.2020 SEKARANG

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Johan-Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2015

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Agama Maarif
Km 1 Jalan tembila Kampung Raja, Besut ,
Terengganu Darul Iman, malaysia
Telefon = 6096955300
Fax = 6096955300

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]