Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Lokasi
Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Wilayah Persekutuan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
MotoBerilmu Beramal
Nombor sekolah03-91713661
Kod sekolahWFT 0001
Pengerusi PIBGEncik Syamsulazman bin Mat Zahari
PengetuaPuan Gamarofizan binti Zainal Abidin
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Tuan Zaidi bin Raja Ismail
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Saharrudin bin Yusof
Penolong Kanan KokurikulumPuan Nor Anida binti Shamsuri
Faks03-91712661
Laman sesawang

Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) ditubuhkan dan dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Objektif penubuhan sekolah ini ialah bagi membuka peluang kepada para pelajar lulusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) menyambung pelajaran di peringkat Menengah. Selain itu, ia juga bagi menampung permintaan masyarakat Islam yang tinggi terhadap sekolah menengah agama yang tidak dapat dipenuhi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tanggal 27 Oktober 2005 melalui mesyuarat MAIWP yang ke-94, tertubuhlah SMA-MAIWP sebagai sebuah Sekolah Menengah Agama yang pertama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. SMA-MAIWP merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang mendapat bantuan kerajaan serta mencontohi model Sekolah Menengah Agama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang diperakui bersistematik komprehensif dan bersepadu. Dasar yang dilaksanakan di sekolah ini berteraskan kurikulum KBSM yang diintegrasikan kurikulum Thanawi.

SMA-MAIWP mula beroperasi pada 22 Januari 2007. Sehingga 2011, tenaga pengajarnya adalah seramai 38 orang manakala staf seramai 10 orang. Sesi pertama persekolahan pada tahun 2007 menyaksikan seramai 183 orang pelajar terpilih ke SMA-MAIWP diikuti 128 orang pelajar pada tahun 2008. Hanya 29 orang pelajar terpilih masuk ke SMA-MAIWP pada tahun 2009 berikutan bilangan kelas terhad. Setelah terbinanya sebuah bangunan baru, seramai 73 orang pelajar terpilih masuk ke SMA-MAIWP pada tahun

2010 diikuti 93 orang pelajar pada tahun 2011. Jumlah keseluruhan pelajar pada tahun 2011 ialah 413 orang.

Pengetua[sunting | sunting sumber]

Pengetua pertama SMA-MAIWP ialah Tuan Haji Mohd. Shahidin bin Tinik. Beliau telah berkhidmat selama 3 tahun bermula Jun 2007 hingga Mei 2010. Tugas beliau telah digalas oleh pengetua kedua SMA-MAIWP iaitu Tuan Haji Mohd Adnan bin Abdullah yang mula menerima amanat pada Mei 2010.

Pada November 2012, tiba seorang pengetua baru bagi menggantikan pengetua yang kedua. Beliau yang bernama Tuan Haji Mohamad Abdul Aziz bin Mahmud berpindah dari SMK Agama Yan Kedah dan berkhidmat di SMA-MAIWP sebagai pengetua sekolah. Pada tahun 2016, seorang pengetua baharu yang bernama Tuan Haji Ismail Bin Rosdi telah menjadi pengetua SMA MAIWP. Beliau ialah bekas pengetua di SMKA Johor Bahru, Johor (SABK).

Pada tahun 2017, Tuan Haji Norazam Bin Abdullah, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian, Kerian, Perak telah menjadi pengetua SMA MAIWP bagi menggantikan tempat Tuan Haji Ismail bin Rosdi yang berpindah ke SMK Ayer Baloi, Pontian, Johor.

Pada 03 September 2019, Encik Nurul Amali bin Mohd Shamsudin telah dilantik menjadi pengetua yang baharu apabila Tuan Haji Norazam bin Abdullah berpindah ke SBPI Rawang, Selangor.

Pada 5 November 2022, Puan Gamarofizan binti Zainal Abidin yang merupakan bekas penolong kanan hal ehwal pelajar di SMA MAIWP pada tahun 2020 telah menggantikan Encik Nurul Amali Binti Mohd Shamsudin sebagai pengetua setelah beliau telah dipindahkan ke Maahad Hamidiah Kajang.

Bangunan SMA-MAIWP[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2007 hingga bulan Jun 2013, SMA-MAIWP menumpang di dalam kawasan Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Para pelajar ditempatkan di sebuah bangunan baru yang mula dibina pada Mei 2008. Bangunan ini dipersetujui oleh pihak MAIWP dengan meluluskan peruntukan sebanyak RM 2.5 juta manakala pejabat sekolah dan bilik guru terletak di sebuah bangunan bersebelahan dengan SRA SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN atau lebih dikenali SIRAJ SUBA.

Kompleks SMA-MAIWP[sunting | sunting sumber]

MAIWP telah mula membina sebuah kompleks baru bagi menempatkan kesemua warga SMA-MAIWP. Kompleks tersebut dibina di kawasan Bandar Seri Permaisuri. Kompleks yang menelan belanja sebanyak RM 151 juta dan telah siap sepenuhnya pada perengahan tahun 2013. Pada 9 Jun 2013, Kompleks Baru SMA-MAIWP yang bertempat di Bandar Sri Permaisuri telah dirasmikan dan sudah dapat diduduki oleh warga sekolah.

Antara prasarana yang wujud ialah :

  • 1 blok akademik A1 - 7 tingkat
  • 1 blok akademik A2 - 5 tingkat
  • 1 blok akademik A3 - 9 tingkat
  • 1 blok akademik A4 - 9 tingkat
  • 1 blok kuarters guru - 8 tingkat
  • 1 blok asrama B1 - 10 tingkat
  • 1 blok asrama B2 - 10 tingkat
  • 1 blok asrama B3 - 4 tingkat
  • 1 buah banglo pengetua - 2 tingkat
  • 1 buah rumah pengawal
  • 1 unit taman permainan kanak-kanak
  • 1 buah padang bola sepak
  • 1 buah gelanggang futsal

Pengambilan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2018, pengambilan kohort pertama STAM di SMA MAIWP dilakukan atas gagasan bekas pengetua, Tuan Haji Rosdi bin Ismail. Usaha ini diteruskan oleh pengetua seterusnya, Tuan Haji Nor Azam Bin Abdullah sebagai satu langkah yang baik untuk memperkenalkan STAM di Wilayah Persekutuan.

Pada tahun 2018, tempoh pengambilan STAM dimulakan dengan tempoh setahun setengah. Namun, pada 2019, tempoh STAM dipendekkan selama setahun sahaja dan peperiksaan pertama STAM adalah pada tahun 2019.

Dalam Keputusan STAM 2019, SMA MAIWP mendapat Gred Purata Sekolah 2.33 di tempat ketiga belas di Malaysia.

Kohort Pelajar[sunting | sunting sumber]

Kohort Tahun Masuk Tahun Keluar Nama Kohort
1 2007 2011 F1rst Gen
2 2008 2012 Platinum
3 2009 2013 Fir4
4 2010 2014 GenIV - Himmah
5 2011 2015 Jailul Fateh
6 2012 2016 Titanium
7 2013 2017 Millennium
8 2014 2018 Qudwah Hasanah
9 2015 2019 Halawatul Ukhuwah
10 2016 2020 Jauhar Muaqish
11 2017 2021 Rabithatul Qulub
12 2018 2022 Hamalatul Mansyud
13 2019 2023 Jaidul Khairah
14 2020 2024 Rufqatul Faizin
15 2021 2025 Ukhwatul Matinah
16 2022 2026 Jauhar Mustofa
17 2023 2027 Najmul Irsyad

Majlis Perwakilan Murid[sunting | sunting sumber]

Guru-guru dan staf-staf di SMA-MAIWP dibantu oleh pelajar yang dilantik menjadi ahli Majlis Perwakilan Murid seperti :

  • Pengawas sekolah (PENGAWAS)
  • Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)
  • Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
  • Pengawas Pusat Sumber (PPS)
  • Exco Asrama (EXCO)
  • Majlis Perwakilan Kokurikulum (MPK)

Aktiviti pelajar[sunting | sunting sumber]

Rumah Sukan[sunting | sunting sumber]

  • Uqbah Ibnu Nafi' (Biru)
  • Abdullah Ibnu Rawahah (Kuning)
  • Khalid Al-Walid (Merah)
  • Salahuddin Al-Ayubi (Hijau)

Exco Asrama[sunting | sunting sumber]

Exco Asrama terbahagi kepada beberapa biro:

  • Biro Akademik dan Bilik Bacaan
  • Biro Disiplin
  • Biro Sukan dan Riadah
  • Biro Kebajikan dan Keselamatan
  • Biro Dewan Makan
  • Biro Kebersihan
  • Biro Keceriaan dan Pelancongan
  • Biro Tugas-Tugas Khas
  • Biro Teknikal

Badan berkaitan SMA-MAIWP[sunting | sunting sumber]

  • Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
  • Alumni SMA-MAIWP

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]