Sekolah Menengah Agama Setiu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Agama Setiu
Lencana Sekolah Menengah Agama Setiu.jpg
Lokasi
Putera Jaya , Permaisuri , Malaysia, Permaisuri, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Agama, Sekolah kerajaan
Moto"Genggam Gemilang"
Ditubuhkan1983
Nombor sekolah6096097521
Kod sekolahTFT6001[1]
PengetuaEn.Haji Amir Hussin bin Ali @ Mat Ali
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikEn.Anuar bin Mohd Amin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn.Rosman bin Daud
SingkatanSEMASE
KemasukanTingkatan 1 - 5
Faks6096097012


Sekolah Menengah Agama Setiu atau nama ringkasnya SEMASE , merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama yang terletak di Putera Jaya , Permaisuri , Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Agama Setiu memiliki 240 pelajar lelaki dan 348 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 588 orang. Ia mempunyai seramai 59 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sepertimana kata-kata ulama' tersohor yang bekas penasihat Sultan Kelantan Tok Kenali, "sekironyor ingin maju...teber huter wat skoloh".  Tempias kata-kata itu seakan terasa saban tahun tentang betapa pentingnya pendidikan.  Maka, atas kesedaran rakyat dan keprihatinan pemimpin-pemimpin tempatan tentang betapa pentingnya pendidikan agama khususnya di daerah Setiu, maka tertubuhlah sebuah sekolah yang asalnya diberi nama SEKOLAH MENENGAH AGAMA KAMPUNG BULOH pada Januari 1983.  Ianya mula beroperasi di sebuah dewan yang uzur yang disekat-sekat untuk dijadikan beberapa kelas.  Jumlah pelajar pada masa itu ialah sekitar 109 orang.  Tuan Haji Abdullah bin Ibrahim merupakan pengetua pertama bersama empat orang guru yang iaitu Ustazah Maznah Ismail, Cikgu Awang Mohd Ali dan Cikgu Pauzi Mustaffa.  Empat buah rumah disediakan bagi kemudahan tempat tinggal pelajar iaitu masing-masing dua untuk lelaki dan dua untuk perempuan.  Pada tahun 1984, sebuah bangunan mula dibina di tapak yang baru dan siap digunakan pada 3 Januari 1989.  Perpindahan tapak dan pembinaan bangunan baru sekaligus menukar nama Sekolah Menengah Agama Kambung Buluh kepada Sekolah Menengah Agama Setiu.  Ustaz Yusof mengambil alih tugas pengetua dari Tuan Haji Abdullah bin Ibrahim setelah beliau tamat tempoh perkhidmatannya.  Kini Sekolah Menengah Agama Setiu yang mempunyai bilangan pelajar seramai 608 orang berada di bawah pengawasan KPM & MAIDAM setelah MOU ditandatangani pada tahun 2006.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

2015 - Juara Bola sepak MSSD Setiu Menengah Atas.

2016 - Juara Bola sepak MASMAT Menengah Atas

- Naib Juara Ping Pong Perempuan Menengah Bawah

2019- Tempat Ke-2 Dikir Arab YDSM peringkat Zon

   - Tempat ke-5 Dikir Arab YDSM peringkat Negeri

2019- Naib Juara Bola sepak MASMAT Menengah Atas dan Menengah Bawah

2020- Tempat Ketiga Bola sepak MASMAT Menengah Atas

Kelas[sunting | sunting sumber]

  • Taqwa
  • Siddiq
  • Amanah
  • Tabligh
  • Tamayyuz

Mata pelajaran menengah atas[sunting | sunting sumber]

1) Bahasa Melayu

2) Bahasa Inggeris

3) Prinsip Perakaunan (SIDDIQ)

4) Matematik

5) Sejarah

6) Matematik Tambahan (TAQWA / SIDDIQ)

7) Fizik (TAQWA)

8) Kimia (TAQWA)

9) Biologi (TAQWA)

10) Bahasa Arab Tinggi

11) Pend. Quran Sunnah

12) Pend. Syariah Islamiah

13) Perdagangan (TABLIGH)

14) Ekonomi Asas (AMANAH)

15) Sains (SIDDIQ / AMANAH / TABLIGH)

Mata pelajaran menengah rendah[sunting | sunting sumber]

1) Bahasa Melayu

2) Bahasa Inggeris

3) Bahasa Arab

4) Sains

5) Matematik

6) Sejarah

7) Geografi

8) Pendidikan Islam / Usuluddin / Syariah

9) Kem. Hidup (1 @ 2)

Kemudahan di sekolah[sunting | sunting sumber]

Pada masa kini, Sekolah terdiri daripada sebuah Dewan besar, 3 Blok bangunan yang mempunyai 23 buah bilik darjah, 2 Makmal Sains, 2 bilik ERT, 1 Pusat Sumber, dan 1 Pejabat, 1 blok Makmal Kemahiran Hidup Bersepadu, 1 blok Mini Studio, 1 blok Kantin, 1 blok Aspuri dan 1 blok Aspura, 2 dewan makan, dan 2 buah rumah guru. Kemudahan-kemudahan sukan terdiri daripada padang permainan, 2 gelanggang sepak takraw, 2 gelanggang bola tampar, 1 padang bola jaring, padang bola sepak, 2 padang bola baling, dan 3 gelanggang badminton yang terdapat di dewan sekolah. Lain-lain kemudahan adalah seperti bilik rawatan pergigian dan bilik rehat bagi pelajar-pelajar yang sakit.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Agama Setiu
Putera Jaya , Permaisuri , Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096097521
Fax = 6096097012

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]