Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang
Lokasi
 Malaysia Ladang, Jalan Sultan Zainal Abidin, , Kuala Terengganu , Malaysia, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Agama (SABK), Sekolah kerajaan
MotoAl-Ilm An-Nur (Ilmu Cahaya)
Ditubuhkan13 November 1932
Autoriti pendidikanPPD Kuala Terengganu
SesiPagi sahaja
Nombor sekolah6096221618
Kod sekolahTFT3003[1]
Bahasa pengantarBahasa Melayu dan Arab
Faks6096313069
Laman sesawang

Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang, akronim SMASZAL, merupakan sebuah sekolah agama (SABK) yang terletak di kampung Ladang Sekolah, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Malaysia. Pada 2009, sekolah ini memiliki 484 pelajar lelaki dan tiada pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 484 orang. Ia mempunyai seramai 55 orang guru.

Sekolah ini menggunakan pengantar bahasa Melayu dan bahasa Arab.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tarikh Penubuhan[sunting | sunting sumber]

1925 - Menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga, kemudian berpindah dan menumpang pula di Sekolah Melayu Bukit Jambol
1932 - Bangunan baru sekolah didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu
1933 - Perasmian bagunan sekolah yang baru
1943 - Bangunan tambahan dibina / pembesaran sekolah
1958 - Penubuhan SMAASZA Batu Burok (pengasingan peringkat persekolahan)

Pengasas/Tokoh Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu diasaskan oleh Allayarham Ustaz Sheikh Ahmad Mohd Noor Pattani dari Mekah. Sekolah ini ditubuhkan pada 1925, hasil kesedaran orang ramai dan respon terhadap sekolah aliran Inggeris, Sultan Sulaiman English School yang ditubuhkan pada 1920. Penubuhan sekolah ini adalah di atas inisiatif beberapa orang tokoh/pegawai tinggi Melayu (pendidikan agama) seperti Datuk Sri Amar Di Raja, Menteri Besar ketika itu, Datuk Bentara Luar, Ketua Pegawai Pelajaran, Datuk Andika Di Raja dan lain-lain ahli agama ketika itu.

Pada peringkat awal, kelas diadakan menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga 1925, kemudian menumpang pula di Sekolah Melayu Bukit Jambol bermula tahun 1932. Manakala pelajaran bahasa Inggeris diadakan di dalam satu bilik di Istana Maziah, bermula 1923.

Satu inisiatif pembinaan bangunan tetap dimulakan oleh golongan berpendidikan agama, dan peletakan batu asas sekolah dilakukan oleh Baginda Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada pagi ahad 13 November 1932 dalam satu istiadat bersejarah. Pembinaan bangunan adalah hasil derma khairat orang ramai.

Setelah Ustaz Sheikh Ahmad Mohd Noor Pattani bersara sebagai Pengetua, tempat beliau diambilalih oleh Ustaz Haji Abd Rahman Daud Al Makki. Pada tahun 1932, Sekolah Menengah Agama Ladang telah didirikan hasil bantuan DYMM Sultan Zainal Abidin, Kerajaan Negeri Terengganu dan derma orang ramai. Sekolah ini kemudiannya telah dirasmikan pada 15 Rejab 1353H bersamaan 13 November 1932 oleh Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. Pada peringkat awal, penubuhannya mendapat tentangan daripada Penasihat British. Sekolah ini secra rasmi menggunakan nama ‘Madrasah Sultan Zainal Abidin Al-Arabiah,' sempena nama ayahanda baginda Al Marhum Sultan Zainal Abidin III yang menjadi ikon penddidikan.

Pemisahan menengah atas[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1958 berlaku perubahan dasar pelajaran sekolah, iaitu dibahagikan kepada dua:-

  • Bahagian Ibtidai (rendah) – pengajian selama 5 tahun
  • Bahagian Thanawi (menengah) – pengajian selama 4 tahun

Pelajar yang menamatkan darjah 6 sekolah kebangsaan akan dimasukkan ke pengajian Ibtidai selama 5 tahun, setelah lulus akan dianugerahkan Sijil Ibtidai dan ini membolehkan mereka me nyambung pelajaran ke peringkat Thanawi selama 4 tahun lagi untuk memperoleh Sijil Thanawi (Sijil Thanawi ini diakui setaraf dengan Sijil Thanawi Azhar, dan pemegangnya boleh menyambung pengajian ke tahun pertama di Universiti Azhar, Mesir)

Pada tahun 1958 ini juga berlaku pemindahan peringkat pembelajaran di mana bahagian Ibtidai kekal di Kampung Ladang manakala bahagian Thanawi dipindahkan ke sebuah bangunan lama di atas sekeping tanah seluas 8 ekar di Kampung Batu Burok iaitu bekas rumah Allahyarham Datuk Sri Amar Di raja, bekas Menteri Besar Terengganu yang sebelum itu dijadikan Rumah Persinggahan.

Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk atau ringkasnya adalah SMAASZA pada hari ini.

Pengembangan Kolej Agama Sultan Zainal Abidin[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Oktober 1980, kerajaan Negeri Terengganu meluluskan Enakmen Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Enakmen Bil. 3 1981) bagi penubuhan sebuah kolej Universiti. Kumpulan pertama mahasiswa KUSZA memulakan pengajian dan ditempatkan di Sekolah Menengah Agama (ATAS) Sultan Zainal Abidin di Batu Buruk, Kuala Terengganu. Kolej itu dinamakan sebagai Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin atau KUSZA.

KUSZA kemudiannya ditempatkan di Jalan Hiliran Kuala Terengganu pada tahun 1981 sebelum berpindah ke kampus tetap di Gong Badak, Kuala Terengganu pada akhir Disember 1982. Kampus KUSZA seluas 144 hektar telah diletakkan batu asasnya oleh Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah pada 17 Mac 1981. Pustakawan pertama mula berkhidmat pada bulan Oktober 1982.

Pada 2006, KUSZA telah dinaiktarafkan sebagai Universiti penuh. Untuk waktu yang singkat, ia dinamakan semula sebagai Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) namun, ditukar kembali kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 2010.

Akademi[sunting | sunting sumber]

Pakaian seragam lengkap harian pelajar Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abdin Ladang adalah kemeja putih, seluar panjang putih, kasut hitam, talipinggang hitam dan songkok hitam. Pelajar diwajibkan memakai tali leher dengan logo sekolah bwarna hijau.


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Senarai Alumni[sunting | sunting sumber]

  • Dato' Perdana Menteri Di Raja Dato' Seri Setia Raja Kamaruddin bin Idris (bekas Menteri Besar Terengganu)
  • Mohd Daud bin Abdul Samad (bekas Menteri Besar Terengganu)
  • Tan Sri Ibrahim Fikri bin Mohammad (bekas Menteri Besar Terengganu)
  • Dato' Mahmood bin Sulaiman (bekas Menteri Besar Terengganu)
  • Dato' Nik Hassan bin Wan Abdul Rahman (bekas Menteri Besar Terengganu)
  • Dato Seri Amar Diraja Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad (bekas Menteri Besar Terengganu)
  • Dato' Seri Abdul Hadi Awang (bekas Menteri Besar Terengganu)
  • Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (bekas Menteri di jabatan Perdana menteri hal ehwal agama)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin
Ladang, Jalan Sultan Zainal Abidin,
Kuala Terengganu , Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096221618
Fax = 6096313069

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]