Sekolah Menengah Arab Assyakirin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Arab Assyakirin
Moto Berilmu, Beramal Dan Bertaqwa
Jenis Sekolah Menengah Arab, Sekolah kerajaan
Pengetua Abdullah Thani Bin Masbar
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Hairul Bariyah Binti Haron
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Fahrurrazi Bin Sulaiman
Penolong Kanan Kokurikulum Zainurin Bin Md Yassin
Pengerusi PIBG Rasidi Bin Yusof
Kod sekolah MFT1002
Lokasi  Malaysia Selandar 77500, Melaka, Melaka, Malaysia

Sekolah Menengah Arab Assyakirin atau nama ringkasnya SMA Assyakirin, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Selandar.

Pada 2017, Sekolah Menengah Arab Assyakirin memiliki 87 orang pelajar lelaki dan 62 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 149 orang. Jumlah guru di SMA JAIM Assyakirin pula seramai 22 orang, dan dibantu oleh staf sokongan seramai 5 orang.2017

Lagu[sunting | sunting sumber]

TAJUK : KAMI PERMATA ASSYAKIRIN


(verse 1)

SM Arab JAIM Assyakirn

Mashur indah seribu cita-cita

Tempat kami mendidik jiwa

Tempat kami menjana jaya

(verse 2)

Kami permata Assyakirin

Berjanji seia sekata

Menjunjung tinggi nilai budi

Seiring harapan ayah bonda

(chorus)

Assyakirin taman ilmu mulia

Murabbi teguh penuh mahabbah

Menanam cinta pada agama

Menuju landasan redha Allah

(verse 3)

Kami permata Assyakirin

Sedia mewarisi ibu pertiwi

Menggapai misi nusa bangsa

Harum cemerlang serata dunia

(chorus)

Assyakirin taman ilmu mulia

Murabbi teguh penuh mahabbah

Menanam cinta pada agama

Menuju landasan redha Allah


Lirik : Muhammad Fakhrurazi Bin Isnin

Lagu : Mohd Nurhakimi Md Yaman/Syukri Sahar

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Arab (JAIM) Assyakirin dahulu dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama (JAIM) Bukit Senggeh pada awal penubuhannya pada tanggal 5 Januari 1998. Penubuhan institusi pendidikan menengah agama ini telah diilhamkan oleh YB Dato' Haji Mohamad Sharif B. Derus, ADUN Batang Melaka merangkap Exco Agama dan Pendidikan Melaka ketika itu. Di awal penubuhannya, sekolah ini menumpang dan menggunakan Sek. Ren. Agama Bukit Senggeh sebagai pusat pengajian.

Ketika awal penubuhan, hanya seramai 4 orang guru yang bertugas iaitu Ustaz Muhammad bin Sharif, Ustazah Rohani bt Jantan, Ustazah Hairul Bariyah bt Haron dan Uatazah Zakiah Hanum bt Md. Johar. Mereka ialah perintis dan peneroka awal yang membangunkan sekolah dengan dibantu oleh Ustaz Muin Bin Tahir (Allahyarham) yang pada ketika itu merupakan Pengetua Sekolah Menengah Agama JAIM Merlimau. Seramai 16 orang pelajar iaitu 6 pelajar perempuan dan 10 pelajar lelaki telah menjadi pelajar sulung sekolah ini semasa pembukaannya. Pada 12 Jun 1998, Ustazah Zakiah Hanum bt Md Johar telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ikhtisas iaitu Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di Maktab Perguruan Raja Melewar, Negeri Sembilan lalu tempat beliau diganti oleh Ustaz Shafiee bin Mohamad pada 1 Julai 1998. Pada 11 Januari 1999, seorang guru lulusan Syria telah dihantar untuk memantapkan lagi barisan tenaga pengajar iaitu Ustaz Adzli Khalid bin Abu Kher. Pada pertengahan tahun 1999, seorang lagi guru baru diserap masuk ke sekolah ini iaitu Ustazah Shaflina Shafie untuk mengisi kekosongan mendesak.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

SMA JAIM Assyakirin

77500, Selandar,

Melaka.

https://www.google.com/maps/place/SMA+Jaim+As-Syakirin/@2.38832,102.3712913,17z/data=!3m1!4b1!4m5!3m4!1s0x31d1e1c167b8cfed:0x45dfe1f0fac11363!8m2!3d2.38832!4d102.37348

Kedudukan sekolah dalam Google Maps

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Laporan Pencapaian Sekolah 01
Laporan Pencapaian Sekolah 02
Laporan Pencapaian Sekolah 03
Sijil Penghargaan Lulus 100% 2015
Sijil Penghargaan Peningkatan GPS SPM 2015
Sijil Penghargaan Cemerlang SPM 2015
Sijil Penghargaan Cemerlang SPM 2015

Nombor Untuk Dihubungi[sunting | sunting sumber]

Telefon = 065252290
Faks = 065253290

Galeri[sunting | sunting sumber]

Sekitar sekolah

Sekitar sekolah

Sekitar sekolah



Tokoh sekolah[sunting | sunting sumber]

Muhammad Syauqi Bin Md Sham

https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Pelajar_Cemerlang_SMA_2015_dan_SPM_2016.jpg

Pautan luar[sunting | sunting sumber]