Sekolah Menengah Badrul Alam Shah
Dirasmikan | 15 Januari 1967 |
---|---|
Jenis | Sekolah bantuan penuh kerajaan |
Lokasi | Jalan Kuala Terengganu - Kuantan, Kemasik, Kemaman, Terengganu |
Laman sesawang | http://www.smkbas.edunet.my |
Sekolah Menengah Badrul Alam Shah atau ringkasnya SMKBAS merupakan sebuah sekolah menengah harian, bantuan penuh kerajaan yang terletak di Kampung Kemasek, Kemaman, Terengganu. Sekolah ini dibuka dengan rasminya pada 23 Ogos 1969, oleh YB Dato’ Hj. Abdul Rahman Yaakub, Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu.
Isi kandungan
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Semasa ditubuhkan pada 15 Januari, 1967 sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Kemasek. Bilangan pelajar pada ketika itu adalah seramai 103 orang, dengan 77 orang pelajar Tingkatan 1 (dipecahkan kepada dua kelas) dan 25 orang pelajar Tingkatan 2. Bilangan gurunya pula adalah 7 orang. Pada akhir tahun 1968, kumpulan pertama seramai 28 orang calon dari sekolah ini telah menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (kini setaraf dengan Penilaian Menengah Rendah). Pada tahun 1971, kumpulan pertama pelajar sekolah ini menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]
Badrul Alam Shah sekolah berwawasan
Beramal Berbakti slogan utama
Nasihat guru dijadikan amalan
Patuh pada Rukunegara
Murid membuat guru membimbing
Untuk mencapai kecemerlangan
Disiplin berteraskan keimanan
Realisasikan impian negara
Disiplin berteraskan keimanan
Realisasikan impian negara