Sekolah Menengah Holy Trinity

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Holy Trinity
Lencana Sekolah
Lencana Sekolah
Alamat
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
 Malaysia Peti Surat 60918, Jalan Melati
91019, Tawau, Sabah
Malaysia
Koordinat4°15′16.1″N 117°53′29″E / 4.254472°N 117.89139°E / 4.254472; 117.89139Koordinat: 4°15′16.1″N 117°53′29″E / 4.254472°N 117.89139°E / 4.254472; 117.89139
Maklumat
Nama lainHoly Trinity Secondary School (bahasa Inggeris)
Nama lamaSekolah Menengah Kebangsaan (M) Holy Trinity
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan, Sekolah Mubaligh Kristian
MotoBersatu Berusaha Berbakti
Ditubuhkan1957; 67 tahun yang lalu (1957)
PengasasRev. Father Bekama
Autoriti pendidikanPejabat Pendidikan Daerah Tawau
Nombor sekolah089-772609
Kod sekolahXFE3017
Faks089-751228
Laman sesawang


Sekolah Menengah Holy Trinity (bahasa Inggeris: Holy Trinity Secondary School; singkatannya SMHT) atau nama ringkasnya SM Holy Trinity, merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di Tawau, Sabah.

Sekolah ini juga terletak berdekatan dengan dua sekolah iaitu, Sekolah Kebangsaan Holy Trinity dan Sekolah Menengah Konven St. Ursula di Jalan Melati.

Nama sekolah ini diambil sempena nama Gereja Katolik yang berdekatan iaitu Holy Trinity Catholic Church. Menurut kepercayaan penganut Agama Krisitian, Holy Trinity atau Suci Tritunggal membawa maksud "Tiga Peribadi, Satu Tuhan". Sekolah ini, bersama SM Konven St. Ursula, terletak di bawah naungan Keuskupan Sandakan.

Sekolah ini secara rasminya telah ditubuhkan sekitar tahun 1957 selepas sekolah rendahnya mengalami peningkat jumlah pelajar yang mendadak.

Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Holy Trinity memiliki 521 pelajar lelaki dan 280 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 801 orang. Ia mempunyai seramai 49 orang guru.

Walaupun sekolah ini berasaskan Sekolah Mubaligh Kristian, namun separuh daripada jumlah pelajarnya adalah beragama Islam.

Sejarah Sekolah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan Sekolah Rendah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1922, masyarakat setempat di bawah seliaan Mill Hill Fathers yang berpusat di Sandakan telah menubuhkan sebuah sekolah rendah. Pengasas sekolah itu ialah Rev. Father A. Sotter dari St. Joseph’s Foreign Missionary Mill Hill Society.

Setelah mengalami peningkatan jumlah pelajar, Guru Besar sekolah tersebut iaitu Rev. Fr. Bekama, telah membina lapan blok bilik darjah pada tahun 1957. Enam daripada lapan bilik darjah tersebut adalah untuk pendidikan di sekolah menengah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Holy Trinity (M)
Peti Surat 60918
91019, Tawau
Sabah, Malaysia
Telefon = 6089772609
Fax = 6089751228

Pautan luar[sunting | sunting sumber]