Pergi ke kandungan

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian

Koordinat: 3°08′39″N 101°41′59″E / 3.1442°N 101.6997°E / 3.1442; 101.6997
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian
尊孔国民型华文中学
Alamat
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian yang terletak di Malaysia
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian
Lokasi di Malaysia
Lorong Hang Jebat,
Bangsar, 50150, Kuala Lumpur
Malaysia
Koordinat3°08′39″N 101°41′59″E / 3.1442°N 101.6997°E / 3.1442; 101.6997
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Jenis Kebangsaan
Sekolah Kerajaan
Moto勤朴勇毅
(Kerajinan, Kesederhanaan, Keberanian, Kecekalan)
Ditubuhkan1906
Autoriti pendidikanBangsar Pudu
SesiPagi: Tingkatan 3-5
Petang: Peralihan-Tingkatan 2
Nombor sekolah03 - 20783364
Kod sekolahWEB0212
PengetuaLee Seng Chuen
Tenaga pengajar78 (2024)
Jumlah penuntut968
Kelas21
AlumniSMJK Confucian Alumni (尊孔华中校友会)
GPK Pentadbiran dan AkademikYong Lai Yeng
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridOng Bee Hwee
Penolong Kanan KokurikulumMek Hong Tian
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangLeong Mei Ying
Faks03 - 20310542
Laman sesawang
Map
SMJK Confucian
SMJK Confucian dalam Tulisan Cina Ringkas (atas) dan Tulisan Cina Tradisional (bawah)
Tulisan Cina Tradisional尊孔國民型華文中學
Tulisan Cina Ringkas尊孔国民型华文中学

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian merupakan sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak di Lorong Hang Jebat, Kuala Lumpur.

Pada tahun 2025, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 968 orang. Ia mempunyai seramai 75 orang guru.2009

Sekolah memulakan servis pada tahun 1963 dan mengunakan bangunan sekolah swasta (Sekolah Menengah Confucian Persendirian) sejak itu.

Lagu Sekolah

[sunting | sunting sumber]
Lagu Rasmi Sekolah SMJK Confucian 《尊孔校歌》
Bahasa Cina

(Lirik Asal)

Cara Bacaan

(Han Yu Pin Yin)

綠蔭如蓋 芳草如茵 巍巍我校氣象新 Lǜ yīn rú gài fāng cǎo rú yīn wéiwéi wǒ xiào qìxiàng xīn
莘莘学子 如旭初升 猛着祖鞭励前程 Shēn shēn xuézǐ rú xù chū shēng měngzhe zǔ biān lì qiánchéng
强健吾身 纯洁吾品 勤修学业进兮进 Qiáng jiànwú shēn chúnjié wú pǐn qín xiūxué yè jìn xī jìn
建設國家 仔肩榧輕 勤樸勇毅當力行 Jiànshè guójiā zǐ jiān fěi qīng qín pǔyǒngyǔ dāng lìxíng

Lirik Lagu di atas merupakan lagu rasmi sekolah SMJK Confucian, SRJK(C) Confucian dan Sekolah Menengah Confucian (Swasta).

Pada tahun 1906, seorang nazir bernama Low Si Ji bercadang mewujudkan sekolah untuk keperluan pendidikan orang Cina di Tanah Melayu. Encik Loke Yew mendermakan RM30,000 untuk menyewa 3 buah rumah baru di kampung Attap untuk dijadikan sekolah yang kemudian dinamakan Sekolah Menengah Confucian. Pada tahun 1942, Sekolah terpaksa ditutup akibat serangan Jepun. Bangunan sekolah diduduki oleh tentera Jepun dan segala kemudahan dimusnahkan. Selepas peperangan pada tahun 1945, Lembaga Pengelola Sekolah melantik Encik Lim Lian Geok sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Sekolah bersama empat orang AJK bertanggungjawab memulihkan sekolah.

Pada tahun 1962, Sekolah Menengah Confucian menerima cadangan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memisahkan sekolah menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan. Namun Sekolah Menengah Confucian (SUWA) diteruskan dengan Moto dan Visi Sekolah Menengah Confucian. Pada tahun yang sama, kerajaan telah memberikan tanah berdekatan Jalan Sungai Besi untuk pembinaan sekolah rendah.

Pada tahun 1963, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian (SMJK Confucian) dengan rasminya dipisahkan daripada Sekolah Menengah Confucian (SUWA, dulu dikenali sebagai SM Confucian).

Oleh kerana Sekolah Menengah Confucian (SUWA) ialah pemilik tanah dan harta Sekolah Menengah Confucian, Lembaga sekolah SUWA dengan murah hati meminjamkan bangunan lama kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian (SMJK Confucian) walaupun sekolah SMJK Confucian ialah hak milik atau sekolah kerajaan.

Untuk membalas kesyukuran, SMJK Confucian juga memberi sokongan sepenuh-penuhnya kepada pemilik tanah SM Confucian (SUWA) dengan membantu mendapatkan dana untuk bangunan sekolah baru yang berada di atas tanah yang sama.

Apa Maksud CF atau sekolah conforming

[sunting | sunting sumber]

Sekolah conforming (CF) juga dikenali sebagai SMJK (Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan). Ia diklasifikasi sebagai sekolah bantuan kerajaan. Kerajaan memberikan gaji kakitangan sekolah, memberi sokongan dan sekolah adalah dalam pentadbiran kerajaan. Sekolah conforming juga ialah hak milik kerajaan. 

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian
Lorong Hang Jebat, Kuala Lumpur

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]