Pergi ke kandungan

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Kai Chung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Kai Chung
开中国民型华文中学
Alamat
KM 1/2 Jalan Kelupu, Bintangor.
Bintangor, 96507, Meradong, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoMenuju Kegemilangan
Ditubuhkan1922
Autoriti pendidikanPPD Meradong
SesiPagi
Nombor sekolah6084-693252
Kod sekolahYFB6301
Pengerusi PIBGEn Teo Chai Tik
PengetuaEn. Nguang Seng
Tenaga pengajar69
Jumlah penuntutLelaki : 470 Perempuan : 464
Kelas ditawarkanAliran Perdana ( STEM dan Sastera Kemanusiaan )
Bahasa pengantarBahasa Melayu
SloganForward Kai Chung
GPK Pentadbiran dan AkademikCik Kuok SIng Ling
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Tang Hung Kiong
Penolong Kanan KokurikulumEn. Hasminie Hussen
Faks6084-691311
Map
Kali terakhir dikemaskinikan: 12.03.2025
SMJK Kai Chung
Tulisan Cina Tradisional開中國民型華文中學
Tulisan Cina Ringkas开中国民型华文中学

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Kai Chung atau nama ringkasnya SMJK Kai Chung, merupakan sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak di KM 1/2, Jalan Kelupu, Bintangor, Sarawak.

Penggunaan peti surat telah dihentikan bermula Mac 2025. Sebarang urusan surat-menyurat boleh dituju ke PPD Meradong (u/p SMJK Kai Chung).

Pada 2025, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Kai Chung memiliki 470 pelajar lelaki dan 464 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 934 orang. Ia mempunyai seramai 69 orang guru dan 8 orang AKP.2025

Sekolah Menengah Bantuan Kai Chung merupakan gabungan dua buah sekolah. Ia dimulakan dengan penubuhan sebuah sekolah rendah Cina yang pertama yang bernama Sekolah Kai Wen pada 1922 berhampiran Industri Lim Chui Seng di Binatang (kini Bintangor). Ia kemudiannya berpindah ke sebuah rumah kedai yang dibeli di sebuah Bazaar Baru Binatang pada 1930 (terletak berhampiran Jabatan Hutan Bintangor, kini kawasan ini telah terhakis).

Pada 1932, Sekolah Wak Nam Primary School ditubuhkan oleh komuniti Hock Kien (Amoy) di Binatang. Sekolah ini berpindah ke satu kawasan lebih kurang setengah batu dari Kai Wen (iaitu kawasan di antara pejabat Telekom dengan flat polis sekarang). Ia memulakan pendidikan Junior Middle Cina dan Inggeris. Selepas Perang Dunia Kedua, sekolah ini telah diberi nama baru iaitu Chung Kwok pada 1946.

Memandangkan jarak Kai Wen Primary School dan Chung Kwok Public School agak jauh, ditambah pula keadaan bangunan yang kurang baik serta kemudahan yang tidak sempurna, lebih-lebih lagi bilangan murid yang amat sedikit, maka timbullah usaha-usaha untuk menyatukan kedua-dua sekolah ini pada tahun 1951.

Akhirnya pada 1953, kedua-dua sekolah ini disatukan menjadi Kai Chung Secondary and Primary School yang diletakkan di bawah satu pengurusan sahaja. En. Ling Jeng Tu dilantik sebagai pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, En. Teng Tung Hsin sebagai penyelia manakala En. Ting Kwong Yii sebagai guru besarnya yang pertama.

Tiga tahun kemudian iaitu pada tahun 1956, sekolah ini menyertai Skim Bantuan Kerajaan. Dengan itu Lembaga pengurus telah membuat keputusan menjadikan sekolah ini sebagai sebuah sekolah berbilang kaum. Maka bermulalah kemasukan masyarakat Melayu dan Iban serta bangsa-bangsa lain kesekolah ini.

Pada tahun 1968, Kai Chung Secondary dan Primary School menghadapi masalah kekurangan kelas akibat pertambahan bilangan pelajar. Maka timbullah usul agar sekolah rendah dan menengah dipisahkan. Pada tahun yang sama sebuah bangunan berasingan telah dibina untuk menempatkan kelas-kelas sekolah rendah iaitu di seberang Jalan Kelupu itu juga (tapak sekolah rendah Kai Chung sekarang). Dengan itu terbentuklah Sekolah Menengah Kai Chung dan Sekolah Rendah Kai Chung secara berasingan hinggalah sekarang.

Dengan berbekalkan semangat juang yang hebat serta kesungguhan dan pengorbanan yang tinggi, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Kai Chung muncul sebagai sekolah menengah yang terbesar di bahagian Keenam pada 1973.

Sekolah ini terus berkembang seiring dengan pertambahan bilangan pelajar saban tahun. Bangunan-bangunan baru muncul satu demi satu yang akhirnya memenuhi hampir ke seluruh ruang tapak sekolah seluas 3.97 hektar (2015).

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Kai Chung (YFB6301)
KM 1/2 Jalan Kelupu
96507, Bintangor
Sarawak, Malaysia
Telefon : 6084693252
Fax  : 6084691311

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Amaran: Kunci susunan asali "Kai Chung" membatalkan kunci susunan asali "Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Kai Chung" yang sebelumnya.