Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik, Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik, Tanjong Malim
丹绒马林公教国民型华文中学
CATHOLIC HIGH SCHOOL, TANJONG MALIM
Logo CHSTM.jpg
Lokasi
 Malaysia Jalan Slim Lama, 35900, Tanjong Malim,, Daerah Mualim, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah jenis kebangsaan, Sekolah kerajaan
Moto立德,勤学,振人,兴邦
(Berakhlak Mulia, Rajin Berusaha, Sedia Membantu, Berbakti Kepada Nusa Dan Bangsa)
Ditubuhkan1960
Nombor sekolah60-54596241
Kod sekolahAEBA002
Pengerusi PIBGLIE YING HAR
PengetuaCHEAH ENG THIAM
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridZAINUDDIN BIN ABU BAKAR
Faks60-54582376
Laman sesawang


Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik, Tanjong Malim atau nama ringkasnya SMJK Katholik, Tg. Malim merupakan sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan yang terletak di Tanjong Malim, Perak.

Pada 2016, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik memiliki 219 pelajar lelaki dan 213 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 432 orang. Ia mempunyai seramai 39 orang guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dalam tahun 1950an, murid- murid yang tamat persekolahan Cina di Tanjung Malim, Kalumpang, Kerling, Kuala Kubu Bharu, Behrang, Slim River dan Slim Village terpaksa pergi ke Kuala Lumpur atau ke Ipoh bagi melanjutkan persekolahan menengah kerana tiada sekolah di Tanjung Malim.

Justeru itu hanya segolongan mereka yang berkemampuan sahaja melanjutkan pelajaran menengah.

Sebuah sekolah menengah telah dicadangkan untuk ditubuhkan. Ini bertujuan bagi memenuhi hasrat kaum Cina di Tanjung Malim. Dalam tahun 1959, Missionary Catholic telah membeli tanah seluas 6 ekar di Slim Lama dengan tujuan untuk mendirikan sebuah sekolah Konven Menengah. Kaum Cina yang terdiri daripada pemimpin mereka iaitu Tuan Lee Seek Fun (M.P) dan Tuan Chen Chin Long telah menemui pihak Mission Catholic dan merayu agar pihak yang berkenaan dapat mendirikan sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina) bagi murid-murid lelaki dan perempuan.

Pada bulan Februari 1960, pihak Mission Catholic telah bersetuju dan membentuk jawatankuasa yang terdiri daripada beberapa wakil persatuan Eng Choon, Persatuan Kek, Persatuan Kukong Chow, Persatuan Kow Chew dan Persatuan Keng Chew Klan. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mendapatkan sumber bantuan kewangan serta bekerjasama dengan pihak Mission Catholic bagi mendirikan sebuah sekolah yang bakal diberi nama “Catholic National Type Chinese Secondary School” atau “Catholic High School”. Pelbagai bangsa telah ditawarkan untuk menuntut di sekolah ini.

Pada 19 Februari 1960, satu perjumpaan rasmi telah diadakan di Persatuan Niaga Cina (Chinese Merchant Association) Tanjung Malim. Para hadirin terdiri daripada 11 wakil yang mewakili Persatuan Cina Tanjung Malim, 2 wakil dari Slim River,2 wakil dari Slim Village, seorang dari Behrang Stesyen dan seorang dari Kerling. Mission Catholic diwakili oleh Mendiang Francis Chan bersama-sama Rev. Father Ki, Rev. Father Chu, Rev. Father Lim dan Rev. Surjan Singh (J.P). Mendiang Tuan Teh Seh Lan telah mempengerusikan satu jawatankuasa yang dipanggil “Catholic High School Building Fund Committee”.

Perjumpaan kedua telah diadakan pada 13 Mac 1960. Persatuan-persatuan Kek, Eng Choon, Ku Kong Chew, Keng Chew Klan Tanjung Malim, Kaum Cina Slim, Slim River, Behrang Stesyen, Kerling, Kalumpang dan Kuala Kubu Bharu menyumbangkan wang sebanyak RM 3,000.00 manakala pihak Kementerian Pelajaran menyumbangkan wang sebanyak RM 35,000.00.

Pelan-pelan bagi bangunan sekolah ini telah dihantar ke Kementerian Pelajaran pada 31 Mei 1960. Tender iklan bagi bangunan sekolah yang mempunyai 10 bilik darjah, sebuah makmal Sains dan sebuah tandas telah dikeluarkan pada 30 Jun 1960.

Pada 31 Januari 1961, sekolah ini bermula dengan 2 darjah peralihan yang mengandungi 72 orang penuntut. Pengetua pertama sekolah ini ialah Rev. Father Dr. Chu. Bangunan Persatuan Eng Choon dan Persatuan Kek di Jalan Chong Ah Peng digunakan sebagai kelas-kelas sementara.

Perasmian meletak batu asas Catholic High School telah berlangsung pada 1 Ogos 1961 pada pukul 5 petang dan telah dihadiri oleh Y.B Menteri Kehakiman Mendiang Tuan Tun Leong Yew Koh, Y.B. Lee Seck Fun, mendiang Bishop Francis Chan, Lee Mui Yui dari Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Lembaga Pengurus dan lain-lain orang kenamaan.

Sekolah ini telah berpindah dari bangunan Persatuan Eng Choon dan Persatuan Kek ke bangunan baru di Jalan Slim. Seramai 6 orang guru telah mengendalikan seramai 142 orang murid tingkatan 1 dan tingkatan 2

.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

习习 椰 风,和 煦 骄 阳,四 方 学 子,欢 聚 一 堂

Xí xí yē fēng, hé xù jiāo yáng, sì fāng xué zǐ, huān jù yī táng

立 品 德,勤 学 业, 振 人 群, 兴 家 邦

Lì pǐn dé qín xué yè zhèn rén qún xīng jiā bāng

宏 毅 诚 朴,饮 水 莫 忘, 信 望 爱 ,我 所 长

Hóng yì chéng pú yǐn shuǐ mò wàng xìn wàng ài wǒ suǒ cháng

及时努力,莫 负 青春 好 时光 , 努力及时,莫负青春好时光

Jíshí nǔlì, mò fù qīngchūn hǎo shíguāng, nǔlì jíshí, mò fù qīngchūn hǎo shíguāng


Sepoi bayu sinar suria, semua ceria belajar

berakhlak, beriltizam, bersemangat membara


mengenang budi, beramal dan berjasa, yakin dan penyayang

integrasi, menjana jati diri , gemilang terbilang, cinta wawasan kita


Pencapaian Murid[sunting | sunting sumber]

Maklumat[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2019, sekolah ini mempunyai sebanyak 20 buah kelas dan 4 buah bilik sains. Sebuah dewan tertutup, bilik ICT, kantin, perpustakaan juga disediakan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik
Jalan Slim Lama
35900, Tanjong Malim
Negeri Perak, Malaysia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]