Pergi ke kandungan

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
吉华国民型华文中学二校
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa II
Lokasi
Malaysia Taman Seri Abadi, Jalan Kuala Kedah., 06600, Alor Star, Kedah Darul Aman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Nombor sekolah6047722661
Kod sekolahKEA2097
Jumlah penuntut902
AlumniPersatuan Bekas Murid-Murid Sekolah Keat Hwa (吉华校友会)
Faks6047723632
Map
SMJK Keat Hwa II
SMJK Keat Hwa II dalam Tulisan Cina Ringkas (atas) dan Tulisan Cina Tradisional (bawah)
Tulisan Cina Tradisional吉華國民型華文中學二校
Tulisan Cina Ringkas吉华国民型华文中学二校

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa II atau nama ringkasnya SMJK (C) Keat Hwa II, merupakan sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak di Taman Seri Abadi, Jalan Kuala Kedah.

Pada 2009, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa II memiliki 711 pelajar lelaki dan 606 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1317 orang. Ia mempunyai seramai 63 orang guru.

SMJK Keat Hwa II merupakan sebuah sekolah yang dari kalangan sekolah-sekolah Keat Hwa di negeri Kedah.

1985: SMJK KH2 telah ditubuhkan secara rasminya. Namun SMJK KH2 terpaksa menumpang di premis SMJK KH di Jalan Pegawai. Pada waktu ini sessi persekolahan untuk SMJK KH2 adalah di sebelah petang manakala SMJK KH di sebelah pagi. Di awal penubuhannya, SMJK KH2 menerima seramai 180 orang pelajar dengan 6 orang guru. Pentadbiran SMJK KH2 pula adalah masih dikendalikan oleh SMJK KH.

1986, badan pentadbiran SMJK KH2 telah ditubuhkan. Pn.Yap Keow See merupakan Pengetua yang pertama bagi SMJK KH2 pada waktu itu. Jumlah pelajar bertambah kepada 355 orang. Manakala guru pula seramai 15 orang.

1987: Pn.Yeap Keow See telah bertukar ke sekolah lain dan tempatnya diganti oleh En. Yong Hoon Peng.

1988: SMJK KH2 telah membuka 16 kelas dengan 4 kelas untuk setiap tingkatan dari Peralihan hingga ke tingkatan 3. Dan pada waktu ini pelajarnya adalah kumpulan pertama menduduki PMR.

09.06.2004: Premis baru bagi SMJK KH2 yang bernilai RM21 juta telah siap dibina. Pada 19.6.2004, pihak sekolah telah menerima kunci secara rasminya dari pihak kontraktor.

01.07.2004: SMJK KH2 telah berpindah secara rasminya ke bangunan baru di Taman Sri Abadi, Jalan Kuala Kedah.

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Pencapaian yang dicapai oleh SMJK Keat Hwa II termasuklah:

ROBOTIK

1.National Robotic Competition 2012 (Peringkat Kebangsaan) - Pingat Gangsa

2.World Robotic Olympiad di Kuala Lumpur – Pingat Gangsa & Best Participant's Choice Award

3.Ketiga-tiga ahli pasukan telah mendapat anugerah kecemerlangan kokurikulum peringkat Negeri Kedah 2012

4.Ketiga-tiga ahli pasukan telah dikurniakan pingat Bintang Semangat Jerai Kedah oleh DYMM Sultan Kedah.

WUSYU

1.Kejohanan Wusyu Remaja Peringkat Negeri Kedah/Perlis 2013 – 3 Emas(少年刀、少年棍、少年南拳)

2.Singapore International Martial Arts Tournament – 2 Emas( 单工伏虎拳、A组南拳)

3.Akan mewakili Malaysia ke Beijing, China (bulan Julai 2012) untuk pertandingan peringkat antarabangsa

4.Menyertai Kejohanan Wusyu Peringkat Antarabangsa di Genting Highland Kali-4 – 3 emas (对练、刀术、少林拳)

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa II
Taman Seri Abadi, Jalan Kuala Kedah.
06600, Alor Star
Kedah, Malaysia
Telefon = 6047722661
Fax = 6047723632
E-mel = kea2097@ppdkotasetar@gmail.com

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Amaran: Kunci susunan asali "Keat Hwa II" membatalkan kunci susunan asali "Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa II" yang sebelumnya.