Pergi ke kandungan

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tinggi Sarikei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tinggi Sarikei
泗里街高级国民型华文中学
Lokasi
Peti Surat 78, 96100, Sarikei, Sarawak
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Nombor sekolah6084655686
Kod sekolahYFB6101[1]
Pengerusi PIBGHwang Chiong Ann
PengetuaOng Yew Ming
Jumlah penuntut844
GPK Pentadbiran dan AkademikLeong Siew Choon
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTie Teck Siang
Penolong Kanan KokurikulumWillian Wong
Faks6084655516
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google
SMJK Tinggi Sarikei
Tulisan Cina Tradisional泗里街高級國民型華文中學
Tulisan Cina Ringkas泗里街高级国民型华文中学


Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tinggi Sarikei atau nama ringkasnya SMJK Tinggi Sarikei (juga dikenali sebagai 泗里街高级国民型华文中学), merupakan sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak di Peti Surat 78. SMJK Tinggi Sarikei telah mencapai sekolah kluster kecemerlangan di bawah kepimpinan mantan Pengetua, Encik Vincent Liong Shou Chuan.

Pada tahun 2025, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tinggi Sarikei terdapat jumlah keseluruhan murid seramai 844 orang dan juga seramai 66 orang guru.

SMJK Tinggi Sarikei ditubuhkan pada tahun 1939 dengan nama Hwa Chiew High School (华侨中学). Pengasas-pengasasnya terdiri daripada para peneroka yang berhijrah dari Negeri China pada awal abad ke-20.

Sekolah ini bermula dengan sebuah bangunan papan yang mengandungi 3 buah bilik darjah dan sebuah pejabat. Bahasa Cina digunakan sebagai bahasa pengantar. Sekolah terpaksa ditutup di antara tahun 1942 – 1945 semasa pendudukan Jepun.

Pada tahun 1956, sekolah ini menjadi sebuah sekolah jenis bantuan kerajaan. Mulai 1962, Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar utama. Pada tahun 1971 pula, nama sekolah ditukar kepada SMJK Tinggi Sarikei (Sarikei High School). Pada tahun 1983, Bahasa Malaysia menggantikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama, bermula dengan Tingkatan 1.

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tinggi Sarikei
Peti Surat 78
96100, Sarikei
Sarawak, Malaysia
Telefon - +6084655686
Fax - +6084655516

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Amaran: Kunci susunan asali "Tinggi Sarikei" membatalkan kunci susunan asali "Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tinggi Sarikei" yang sebelumnya.