Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua
| Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua 山打根中华国民型华文中学 | |
|---|---|
| Lokasi | |
Malaysia | |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Sekolah Kerajaan |
| Moto | 忠孝仁愛, 信義和平 |
| Ditubuhkan | 1938 |
| Nombor sekolah | 089-216166 |
| Kod sekolah | XFE2032 |
| Pengerusi PIBG | Tn.Liew Heng Chong |
| Pengetua | Cik Huang Lee Yung |
| Jumlah penuntut | 1,342 |
| Faks | 6089229759 |
![]() | |
| SMJK Tiong Hua | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Tulisan Cina Tradisional | 山打根中華國民型華文中學 | ||||||
| Tulisan Cina Ringkas | 山打根中华国民型华文中学 | ||||||
| |||||||
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua atau nama ringkasnya SMJK Tiong Hua, merupakan sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak di Peti Surat 407.
Pada 2025, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 1,342 orang. Ia mempunyai seramai 67 orang guru.Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua juga mempunyai satu kumpulan yang dikenali sebagai Suzuran.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua, Sandakan berasal dari Oversea Chinese Secondary School Sandakan dan mula ditubuhkan pada tahun 1938 oleh 2 orang adik-beradik iaitu Encik Lo Hai Ming dan Encik Lo Hai Keo dengan bantuan sekumpulan masyarakat Cina yang bergiat dalam lapangan pendidikan Cina. Guru besar ketika itu ialah Encik Lo Hai Ming dengan kakitangan sekolah yang berjumlah 5 orang dan pelajar seramai 30 orang sahaja. Tapak asal sekolah terletak di dalam bangunan Sam Sen Kong Persatuan Kwong Tong. Semua perbelanjaan adalah daripada bantuan masyarakat Cina ketika itu.
Pada tahun 1940, jumlah murid yang semakin bertambah menyebabkan perbelanjaan yang agak besar diperlukan. Semenjak itu, Persatuan Peniaga-peniaga Tiong Hua di bawah pimpinan Encik Kwan Lok Ming bersama ahli-ahli jawatankuasanya telah mengambil ahli pentadbiran dan menukarkan namanya kepada Sandakan Chinese Secondary School.
Menjelang tahun 1941, bilangan pelajar mencapai 100 orang dan tiga buah kelas telah dibuka dengan tenaga pengajar seramai 8 orang. Di akhir tahun 1941, Perang Dunia Kedua telah meletus dan askar-askar Jepun telah menyerang Sandakan mengakibatkan sekolah yang ada terpaksa ditutup.
Pada tahun 1955, Datuk Khoo Siak Chiew yang dipilih sebagai Pengerusi Persatuan Peniaga- peniaga Tiong Hua Sandakan telah mencadangkan supaya Sandakan Chinese Secondary School dibuka semula memandangkan ramai pelajar dari Sandakan yang terpaksa melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah di Sekolah Menengah Tinggi Kota Kinabalu dan Chinese Secondary School di Tenom. Beliau telah membentuk sebuah jawatankuasa pada 14 Oktober 1955 untuk merancang penubuhan sekolah ini lagi.
Pada tahun 1956, Encik Chong Chee Sun telah terpilih menjadi Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Tiong Hua Sandakan dan sekolah ini telah berjaya didaftarkan semula pada 22 Februari 1956. Pada mulanya sekolah ini meminjam sebuah bilik darjah daripada Sekolah Menengah St. Michael dan Encik Ho Yu Lin telah dilantik menjadi guru besar pada masa itu.
Encik Ho telah meletakkan jawatan atas sebab peribadi pada 1957 dan tempat beliau telah digantikan oleh Encik Lee Kui Thau. Pada masa yang sama pihak Persatuan Peniaga-peniaga Tiong Hua telah berjaya mendapatkan bekas tapak rumah orang-orang tua seluas 7 ekar sebagai tapak sekolah dan di tapak inilah terletaknya bangunan Sekolah Menengah Tiong Hua yang ada sekarang.Datuk Khoo Siak Chiew telah terpilih sebagai Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah pada tahun 1958. Hasil usaha beliau bilik darjah, makmal, dewan dan rumah guru telah dibina.Menjelang 1959, sekolah ini telah mempunyai 7buah bilik darjah dan bilangan pelajar mencapa i280 orang. Mulai 1961, Sekolah Menengah Tiong Hua menjadi sekolah bantuan kerajaan. Semua gaji guru dan pekerja sekolah serta pentadbiran dibayar oleh pihak kerajaan.
Pada tahun 1961, Encik Lee Kui Thau telahmeletak jawatan dan pihak LembagaPengurusan Sekolah telah melantik Encik Chong Kui Yuen dari Taiwan menjadi Pengetua sekolah ini. Dari tahun 1965 hingga1968,keputusan Junior 3 dan Senior 3 telah menempatkan sekolah ini di tempat pertama diseluruh Sabah. Pada tahun 1970, dasar pendidikan sekolah menengah berubah yangmana bahasa pengantar telah ditukar dari Bahasa Cina ke Bahasa Inggeris.
Pihak Jabatan Pendidikan telah menghantar Encik Chia Su Fui menjadi Pengetua Sekolah ini pada tahun 1973. Tempat beliau telah digantikan oleh Encik Chin Yun Chung padatahun 1976. Antara usaha beliau ialah menghantar guru-guru kurang fasih berbahasa Malaysia ke Kolej Perguruan Kent untuk mengikut kursus Bahasa Malaysia memandangkan dasar Pelajaran Kebangsaantelah mengubah bahasa Pengantara kepada Bahasa Malaysia.
Sekolah ini telah diterajui oleh 7 orang pengetua lagi pada tahun-tahun berikutnya ialah
| 1 | Encik Lo Hai Ming 罗开明先生 | 1938 - 1941 |
| 2 | Encik Ho Yu Lin | 1956 - 1957 |
| 3 | Encik Lee Kui Thau 李桂陶先生 | 1957 - 1961 |
| 4 | Encik Chong Kui Yuen | 1961 - 1971 |
| 5 | Encik Wong Tien Sung 黄天送先生 | 1971 - 1973 |
| 6 | Encik Chia Su Fui 谢树辉先生 | 1973 - 1975 |
| 7 | Encik Chin Kong Yin 陈光荣先生 | 1975 - 1976 |
| 8 | Encik Chin Yun Chung 陈永宗先生 | 1976 - 1982 |
| 9 | Encik Andrew Vu | 1982 - 1987 |
| 10 | Puan Girlie Tan Suan Sim | 1987 - 1989 |
| 11 | Encik Lee Tain Siong 李天祥先生 | 1989 - 1997 |
| 12 | Puan Chee Chai Jin 徐彩珍女士 | 1998 - 2006 |
| 13 | Puan Teo Poo Siang 张保霜女士 | 2006 - 2008 |
| 14 | En Leong Kwok Cheong 梁国祥先生 | 2008 - 2009 |
| 15 | Cik Huang Lee Yung 黄丽云小姐 | 2009 - 2022 |
| 16 | En Thien Nyuk Kong 邓玉江先生 | 2023 - Kini |
Pentadbiran yang bersilih ganti membuahkan pelbagai perubahan baik dari segipengurusan, pentadbiran mahupun fizikal.
Kini telah separuh abad berlalu, sekolah ini mempunyai seramai 1295 orang pelajar dari pelbagai latar belakang keluarga yang ditempatkan dalam 35 bilik darjah dalam satusesi sahaja. Penggemblengan tenaga guru seramai 72 orang dan 11 orang anggota kumpulan pelaksana serta 3 orang guru tajaan CCC yang komited dan berdedikasi pula sentiasa gigih berusaha bagi mempertingkatkan lagi prestasi sekolah ini.
Semoga sekolah ini akan terus meningkatkan kecemerlangannya dalam kedua-dua bidang akademik dan kokurikulum sesuai dengan kematangan usianya yang mencapai lebih separuh abad. Hasil kerjasama yang erat semua pihak, hasrat ini pastinya boleh dijadikan suatu kenyataan.
Pencapai
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua
- Peti Surat 407
- 90704, Sandakan
- Sabah, Malaysia
- Telefon = 089-216166
- Fax = 6089229759
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Amaran: Kunci susunan asali "Tiong Hua" membatalkan kunci susunan asali "Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua" yang sebelumnya.
