Pergi ke kandungan

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Triang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Triang
直凉国民型华文中学
Fail:SMJK Triang
Alamat
Jalan Mengkuang
Triang, 28300, Bera, Pahang
Malaysia
Maklumat
Nama lainSMK Triang
Nama lamaJit Shin, Sekolah Rendah Awam Cina, Sekolah Rendah & Sekolah Menengah Triang
Jenis sekolahSekolah Kerajaan
MotoUsaha Jaya Bakti
Ditubuhkan1922
Autoriti pendidikanBera
SesiPagi
Nombor sekolah09-250 7351
Kod sekolahCEBA072
Pengerusi PIBGEn. Ang Kian Ming
PengetuaEn. Chang Kok Soon
JantinaLelaki & Perempuan
Jumlah penuntut1,167
Kelas ditawarkanTingkatan Menengah Atas
Bahasa pengantarMelayu, Inggeris & Mandarin
LaguUsaha Jaya Bakti
AlumniPersatuan Alumni Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Triang (直凉国民型华文中学校友会)
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Oh Kuang Siong
Penolong Kanan KokurikulumCik. Heng Sze Ying
SMJK Triang
SMJK Triang dalam Tulisan Cina Ringkas (atas) dan Tulisan Cina Tradisional (bawah)
Tulisan Cina Tradisional直涼國民型華文中學
Tulisan Cina Ringkas直凉国民型华文中学



Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Triang atau nama ringkasnya SMJK Triang, merupakan sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak di Triang.

Pada 2025, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Triang memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 1,167 orang. Ia mempunyai seramai 98 orang guru.2009

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Triang telah ditubuhkan pada tahun 1922. Semasa itu, sekolah dinamakan Jit Shin. Pengasas sekolah adalah En. He Zi, En. Su Xian Bei, En. Ling Bang Jun, En. Chen Sheng dan En. Xin Hua. Ketika itu, sekumpulan warga emas yang bersemangat ini amat mencintai pendidikan. Mereka telah menjadi pengelola sekolah dan berjaya menubuhkan sekolah ini di Jalan Besar. Pada masa itu, sekolah hanya mempunyai 20 orang pelajar.

Pada 1924, sekolah telah dinamakan semula sebagai Sekolah Rendah Awam Cina. Memandangkan bilangan pelajar telah meningkat dengan cepat, sekolah baharu telah siap di bina pada tahun 1931. Bangunan ini terletak di tapak Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Triang yang ada sekarang.

Pada tahun 1941 - 1945 tahun semasa pendudukan Jepun, sekolah telah berhenti beroperasi. Selepas Jepun menyerah diri, sekolah telah kembali beroperasi. Pada tahun 1950 disebabkan penubuhan kampung baru dan pertumbuhan penduduk yang pesat, kerajaan telah memperuntukkan tanah di tapak sekolah sekarang untuk memperbesarkan sekolah. Selepas tahun 1951 selepas perbincangan, sekolah telah di namakan semula Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Triang. Sekolah ini merupakan sekolah yang pertama menawarkan tingkatan menengah atas di negeri Pahang.

Pada tahun 1957, sekolah rendah dan sekolah menengah telah di pisahkan. Selepas itu, sekolah telah menerima peruntukkan daripada kerajaan dan di tukar nama kepada " Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Triang ". Pada tahun 1984, kelas aliran sains bermula. Pada tahun 2001, selepas pengetua dipindahkan ke Mentakab, jawatan kosong pengetua telah di pangku oleh GPK 1, En. Abdul Hamid untuk sementara waktu. Pada 16 Mei 2004, secara rasmi menjadi sekolah menengah yang menawarkan tingkatan 6. Menjelang tahun 2005, sekolah telah mendapat Anugerah Sekolah Selamat Peringkat Pahang bagi sesi 2005 / 2006. Sekolah ini terus merangkul kejayaan yang hebat dalam akademik mahupun kokurikulum. Sekolah ini berharap dapat melaksanakan cita-cita untuk menjadi sebagai sekolah contoh di negeri Pahang.

PIBG sekolah ini telah banyak menyumbang dalam penambahbaikan sekolah daripada pelbagai segi. Sekolah ini telah mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Laman 1 Malaysia pada tahun 2012. PIBG ini juga telah mendapat Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Daerah Bera pada tahun 2012 dalam kategori sekolah menengah.

Pada tahun 2014, sekolah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam akademik. Sekolah telah memperolehi Anugerah Lulus Penuh dengan 100 % dalam STPM dan Anugerah Kecemerlang Kokurikulum Terbaik STPM, PNGK Terbaik Daerah dan PNGK 3.06 Terbaik dalam bilangan prinsipal 66 orang 4P. Pada tahun 2014, sekolah telah mendapat Anugerah Gangsa dalam Pertandingan Landskap Laman Bestari.Pada tahun 2016, demi menjaga kebajikan dan keperluan warga Melayu di sekolah ini, surau sekolah telah diubahsuai, dan telah mendapat tempat pertama dalam Anugerah Musalla Inarah kategori sekolah-sekolah menengah negeri Pahang. Pada tahun 2019, pihak sekolah telah melancarkan majalah sekolah dalam talian E-Majalah akibat covid-19.

Kelab tarian sekolah telah dijemput oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyertai International Children's Folkore Dance Festival Friendship Without Border. Selain daripada itu, ahli Kelab Taekwondo juga telah mendapat pencapaian yang cemerlang dalam The World Taekwondo, Hanmadang, Korea Selatan pada tahun 2015. Pada tahun 2016, Pasukan Pancaragam sekolah telah menyertai World Championship Of Marching Show Bands. Sekolah ini telah mempunyai sejarah lebih daripada 80 tahun.

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]


Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Triang
Triang
28300, Triang
Pahang, Malaysia
Telefon = 6092507351
Fax = 6092506935

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]