Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Taman Petaling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Tmn Petaling
Lokasi
Jalan 5/52, Taman Petaling, PETALING JAYA, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah377827923
Kod sekolahBEB8658[1]
Faks377828414
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Tmn Petaling atau nama ringkasnya SMK (P) Tmn Petaling, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan 5/52, Taman Petaling.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Tmn Petaling memiliki 0 pelajar lelaki dan 1138 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1138 orang. Ia mempunyai seramai 76 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Taman Petaling telah dibina pada tahun Oktober 1965 Pada mulanya sekolah ini terdiri daripada 3 kelas Peralihan untuk pelajar perempuan dan 2 kelas Tingkatan 1 untuk pelajar lelaki. Semasa itu SMK Perempuan Taman Petaling mempunyai hanya seramai 270 pelajar diketuai oleh Cik Alberta Dawson dan 7 kakitangan.

Hanya pada Januari 1966, pelajar-pelajar lelaki dipindahkan ke Sekolah Menengah Abdul Samad dan dengan itu, dikenali Sekolah Menengah Perempuan Taman Petaling, manakala pada tahun 1983, Persatuan Ibubapa dan Guru ditubuhkan dan hanya mempunyai bangunan asal terdiri daripada Blok A, B dan C Antara tahun 1980-1985, rancangan 5 tahun bagi perkembangan fizikal sekolah telah dimulakan dan Blok D telah dibina pada tahun 1982 yang terdiri daripada 4 buah bilik darjah, 3 buah makmal sains dan sebuah perpustakaan

Pusat Sumber pula hanya dibuka secara rasmi pada 5 April 1984 dan pada tahun 1985, dewan serbaguna siap dibina. Sekolah juga telah membina Anjung Bestari dibina pada tahun 2000. Pencapaian sekolah adalah pada 18 Mei 1999 , SMK(P)TP dianugerahkan “ Sekolah Harapan Negara Peringkat Negeri ” dan pada tahun 2003, makmal komputer telah siap dibina.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Juara Pertandingan Bercerita - 2013 dimenangi oleh Trimann Raj Kaur Johl
  • Tempat Ketiga Pertandingan Elocution anjuran PPD 2014 - Trimann Raj Kaur Johl
  • Juara Pertandingan Public Speaking anjuran HELP University - Trimann Raj Kaur Johl
  • Finalis Public Speaking Peringkat Negara anjuran MIDP - ESU 2016 - Trimann Raj Kaur Johl
  • Ahli WSDC Development Squad untuk World Schools Debating Championship (WSDC) 2016/2017 - Trimann Raj Kaur Johl

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Tmn Petaling
Jalan 5/52, Taman Petaling
Selangor, Malaysia
Telefon = 377827923
Fax = 377828414

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]