Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Jalan Ipoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Jalan Ipoh
Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Jalan Ipoh.jpg

Lencana SMK Perempuan Jalan Ipoh

Alamat  Malaysia Bt 3 1/2, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Telefon 362581664
Faksimili 362573368
Pengelasan Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Cogan kata/slogan Berusaha Tanpa Jemu (Aspire Never Tire)
Kod Sekolah WEB0228
Pengetua Pn Masliah binti Talib
Penolong Kanan Pentadbiran Pn Liew Siew Fong
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn Suzaini binti Abdul Majid
Penolong Kanan Kokurikulum Pn Nor Ayu binti Adni
Tahun dirasmikan -

Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Jalan Ipoh merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Bt 3 1/2, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Jalan Ipoh memiliki 0 pelajar lelaki dan 1720 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1720 orang. Ia mempunyai seramai 123 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum dilahirkan di Jalan Ipoh pada tahun 1973, Sekolah Menengah Perempuan Jalan Ipoh ini pernah menumpang di Sekolah Rendah Datuk Abu Bakar, Jalan Imbi. Pada masa itu, iaitu Mei 1962, S.M.K (P) Jalan Ipoh menggunakan nama Sekolah Pelajaran Lanjutan Pusat Dua dan mempunyai bilangan murid seramai 440 dan guru berjumlah 14 orang. Sekolah yang diadakan pada sesi petang ini mempunyai fungsi utamanya untuk membolehkan murid-murid yang tercicir selepas Peperiksaan Darjah 6 meneruskan pelajarannya ke peringkat sekolah menengah selama dua tahun lagi.

Walau bagaimanapun, sekolah ini berpindah lagi pada tahun 1964 dan menumpang pula di Sekolah Menengah Melayu Kampung Baru dengan menggunakan nama baru iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Kampung Baru. Keadaan ini berlaku kerana pada masa itu Peperiksaan Darjah Enam telah dibubarkan.

Pada tahun 1973, berlaku lagi perpindahan ke tempat baru iaitu di Batu 3 Jalan Ipoh kerana pertambahan pelajar, kekurangan bilik-bilik darjah dan kemudahan-kemudahan lain. Sempena terletak di Jalan Ipoh, nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jalan Ipoh dan pada tahun 1980 menjadi Sekolah Menengah Perempuan Jalan Ipoh pula kerana aliran Inggeris dihapuskan. Dua Blok A dan B untuk menampung jumlah pelajar yang baru berpindah ini ialah bekas Pusat Latihan Telekom.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Jalan Ipoh
Bt 3 1/2, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Telefon = 1300888333
Fax = 362573368

Pautan luar[sunting | sunting sumber]