Sekolah Menengah Kebangsaan Abd. Rahim II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Abd. Rahim II
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 572, 89058, Kudat,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6088615001
Kod sekolahXEA5026[1]
Faks6088615002


Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim II atau nama ringkasnya AR2, merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak melalui jalan masuk Pei Tsin Kudat. Kedudukan sekolah ini sangat strategik kerana berdekatan dengan Balai Polis Kudat, Hospital Kudat, Pejabat Kesihatan Kudat dan taman-taman perumahan. Kebanyakan pelajar adalah terdiri daripada etnik Ubian dan Rungus dengan majoritinya adalah muslim (78%). Pelajar-pelajar adalah dari sekitar kampung yang berdekatan seperti kampung Pengaraban, kampung Tanjung Kapor, kampung Setinggan dan kampung Landung Ayang.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim II memiliki 259 pelajar lelaki dan 287 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 546 orang. Ia mempunyai seramai 40 orang guru.2009

Sekolah ini memiliki kemudahan dan fasiliti yang terbaik di Kudat seperti asrama yang boleh menampung sebanyak 400 orang pelajar, dewan yang memiliki 3 gelanggang badminton, surau yang besar, dataran kawad kaki yang luas, 4 buah makmal sains, 2 buah makmal ICT, 4 buah bengkel kemahiran, bengkel seni, bengkel lukisan kejuruteraan, 4 buah bilik bidang yang dilengkapi dengan LCD monitor dan padang rumput dengan panjang 400m untuk satu pusingan. Pusat Sumber sekolah juga sangat besar dan dilengkapi dengan pendingin hawa serta bilik audio visual.

Terdapat 20 buah bilik darjah yang aktif di ground floor, first floor dan second floor.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pengetua pertama SMK Abdul Rahim II Kudat ialah En. Abdul Wahab bin Maadah. Kemudian, pengetua yang kedua ialah En. Jainim Samaron. Seterusnya pada tahun 2008, pengetua sekolah ialah En. Matrudin bin Radin. Pada Feb. 2012, En Matrudin telah berpindah ke sebuah sekolah di daerah Membakut. Kemudian, Mac 2012, sekolah ini menerima seorang pengetua baru iaitu Mat Ruzaimi bin Mat Rejab.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

AR2 telah melahirkan beberapa orang pelajar yang cemerlang sama ada dalam bidang akademik mahupun sukan. Pada tahun 2009, adik J.J. telah mendapat keputusan 7A dalam PMR dan diteruskan oleh adik Afsah Rahman pada tahun 2011, adik Shahrizan Nizan pada tahun 2012 dan adik Floren Kong pada 2013. Pencapaian keputusan tertinggi SPM pada tahun 2014 pula ialah 6A oleh adik Resnny Maraim.

Pada tahun 2013, adik Nazlan telah berjaya mewakili negeri Sabah ke kejohanan Sepak Takraw MSSM peringkat kebangsaan di Kedah. Ini sangat membanggakan dan mengharumkan nama sekolah.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Abd. Rahim II
Peti Surat 572
89058, Kudat
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088615001
Fax = 6088615002

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]