Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Pahang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib
1999 - kini
1999 - kini

1970 - 1998
1970 - 1998
Alamat
Jalan Alor Akar, 25250 Kuantan, Pahang
Malaysia
Maklumat
MotoSMART MANTAP BERKUALITI
Nombor sekolah09-5602244
Kod sekolahCEA4022
SloganSAYA INSAN CEMERLANG, SMART PASTI GEMILANG
Laman sesawang
Map


  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib atau nama ringkasnya SMART.
  2. SMART merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Alor Akar, Kuantan.








Sejarah SMART[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMART) diasaskan pada 12 Januari 1964
  2. Nama sekolah sempena nama Menteri Pelajaran Malaysia yang ke-2 iaitu Dr Abdul Rahman Talib.
  3. Perasmian sekolah SMART adalah pada 12 Jun 1967 oleh YB Encik Mohd Khir Johari, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.
  4. SMART merupakan antara sekolah aliran Melayu yang terawal di Malaysia.
  5. Pada tahun 1972, SMART dijadikan dua buah sekolah berasingan, SMART 1 dan SMART 2.
  6. SMART 1 terdiri daripada murid tingkatan 4, 5 aliran Sains dan tingkatan 6 aliran Sastera.
  7. SMART 2 pula terdiri daripada murid tingkatan 4, 5 aliran Sastera dan tingkatan 6 aliran Sains.
  8. Mulai tahun 1973, sekolah SMART disatukan semula.
  9. Pada 11 Oktober 1980, perasmian bangunan tambahan (blok B dan C) oleh KDYMM Pemangku Sultan Pahang iaitu Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah.
  10. Mulai tahun 1981, dua kelas Rancangan Khas (RK) untuk tingkatan 1 telah dibuka.
  11. SMART menjadi Sekolah Bestari pada tahun 1999.
  12. SMART dianugerahkan Augerah Kualiti Menteri Pendidikan (ke-2) pada tahun 2001.
  13. SMART terpilih sebagai Sekolah Kluster pada 30 Mac 2007.
  14. SMART terlibat dalam Microsoft Showcase School pada tahun 2015.
  15. SMART juga terlibat secara langsung dalam Dual Language Programme (DLP) School pada tahun 2016.

Senarai Nama Pengetua SMART[sunting | sunting sumber]

Tahun Nama

1964 - 1966 ZULKIFLI BIN MOHD HASHIM

1966 MOHD GHAZALI BIN HANAFIAH

1967 - 1968 ERIC YEOW TECK SIANG

1968 - 1969 TAN SRI DR WAN ZAHID BIN MOHD NORDIN

1970 - 1971 NAWAWI BIN MOHD PAIT

1972 - 1974 AHMAD BIN HASSAN

1975 - 1982 MOHD HASHIM BIN ABDUL KADIR

1982 - 1985 HJ MOHD FADZIL BIN HJ ABD MALIK

1986 - 1987 HJ OTHMAN BIN BUSU

1988 DATO HJ ZAINUDDIN BIN HJ JUMAAT

1988 - 1989 DATO HJ ABDUL RAHIM BIN HJ MOHAMMAD

1989 - 1992 HJ IBRAHIM BIN YAACOB

1992 - 1993 DATO HJ A RAHIM BIN NOH

1993 - 1995 HJ MD NASIR BIN HJ ABDULLAH

1995 - 1997 HJ ABD RASHID BIN HJ ABDUL SAMAD

1997 - 2004 HJH RUBIAH BINTI HJ SIDIN

2004 - 2006 DATIN MAIZIDAH BINTI RAJA MOHD ALI

2006 - 2011 DATIN HJH NORMAH BINTI HJ ABU BAKAR

2011 - 2017 HJ BAHTIAR BIN SANUSI

2017 - 2020 HJH NOR NASEHA ROSNI BINTI MOHD ARSHAD

2020 - 2022 HJ MOHD AZMI BIN OTHMAN, AMP

2022 HJH MAZNAH BINTI ARIFFIN, SMP

2023 HJ MOHD BIN CHE IBRAHIM

Lagu Sekolah SMART[sunting | sunting sumber]

(SEJAK TAHUN 2000 SEHINGGA KINI)

ILMU IHSAN BESTARI


S - M - A - R - T,

ILMU IHSAN BESTARI,

MENDIDIK INSAN BERKUALITI,

DI BIDANG, SAINS DAN TEKNOLOGI


S - M - A - R - T,

ILMU IHSAN BESTARI,

MELAHIRKAN INSAN BERTAKWA,

DEMI BANGSA DAN NEGARA


C/O


AKADEMIK DAN SUKAN,

ASPIRASI WAWASAN,

AGAMA DAN BUDAYA,

TERAS INSAN MULIA

S - M - A - R - T,

ILMU IHSAN BESTARI

ULANG C/O

Lagu dan lirik dicipta dan digubah oleh :

YM MULIA TENGKU AHMAD FATHI BIN TENGKU ALI P.J.K


(SEJAK TAHUN 1980 - 1999)

KAMI PELAJAR,

S M A R T,

BERAZAM, BERSEDIA, BERJANJI,

TINGKAT USAHA BERGANDING BAHU,

AGAR BERJAYA SELAMANYA,

TEGUHKAN AZAM BULATKAN TEKAD,

BELAJAR DAN USAHA TAK JEMU,

BERDISIPLIN BERAKHLAK MULIA,

MOGA JADI INSAN BERGUNA


PADAMU GURU,

DIDIKLAH KAMI DENGAN TEKUN DEDIKASI,

AGAR TERBELA MASA DEPAN KAMI,

JASAMU TERSIMPAN DIHATI,


S M A R T,

MENABUR BAKTI,

MENDIDIK, MEMBIMBING KAMI,

DENGAN ILMU DAN PENDIDIKAN,

PENGETAHUAN SINARAN JIWA.


Lagu dan lirik dicipta dan digubah oleh :

TUAN SYED ABDUL WAHID BIN SYED HASHIM

SK BUKIT SEKILAU KUANTAN

Misi & Visi SMART[sunting | sunting sumber]

MISI

" Memberi Pendidikan yang holistik untuk

Melahirkan insan terbilang melalui

Pemuafakatan bestari "


VISI

" SMART

PENDIDIKAN CEMERLANG,

MODAL INSAN TERBILANG "


COGAN KATA

" ILMU IHSAN BESTARI "


SLOGAN

" SAYA INSAN TERBILANG "


MOTO

" SMART MANTAP BERKUALITI "


PRIMERS

  1. PRogram Inovasi MEningkatkan Reputasi SMART
  2. Melalui Akademik, Sahsiah & Kokurikulum

Logo SMART[sunting | sunting sumber]

  1. SMKART adalah singkatan untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib.
  2. Aksara  "K" dan "A" disatukan dengan ringkasan sebutan "SMART";
  3. Sesuai dengan aspirasi dan kedudukannya sebagai Sekolah Bestari.
  4. WARNA
    • MERAH - Pemikirian yang kritis dan kreatif.
    • BIRU - Aspirasi yang tinggi.
    • EMAS - Kecemerlangan dan keunggulan insan
  5. BENTUK -
    • BULATAN - Kesempurnaan dan globalisasi dari segi perkongsian maklumat.
    • BINTANG EMAS (tengah/kecil) - Keunggulan insan menjadi inspirasi murni.
    • BINTANG ARABES (luar/besar) - Penekanan kepada sains dan teknologi yang berpaksikan tauhid.
  6. JALUR GEMILANG -
    • Perpaduan harmonis 3 kaum utama.
    • Bentuk Buku dan gelombang komunikasi sebagai sumber maklumat.
    • Tangan yang memohon doa, restu dan mengucapkan kesyukuran.

Pencapaian SMART[sunting | sunting sumber]

  1. SMK Abdul Rahman Talib telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 5 Tahun 2014.
  2. Pengiktirafan diumumkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 30 Oktober 2014.[1][2]
  3. Salah seorang pelajar sekolah SMART telah menerima Biasiswa Kijang Emas iaitu biasiswa tertinggi di Malaysia.


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib
Jalan Alor Akar
25250, Kuantan
Pahang,  Malaysia
Telefon = 6095602244

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dan Perdana Menteri terkini MalaysiaHussaini Amran (30 Oktober 2014). "13 sekolah diiktiraf SBT Kohort 5". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-24. Dicapai pada 24 Julai 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ Super User (12 September 2012). "SEJARAH SMART". smart.edu.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-24. Dicapai pada 24 Julai 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]