Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah
JenisSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolahRRA0002[1]
Lokasi Malaysia Persiaran Jubli Emas 01000, Kangar,, Perlis Indera Kayangan, Malaysia
Telefon6049760336
Faks6049770834

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah atau nama ringkasnya SMKA (P) Alawiyah, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Persiaran Jubli Emas.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah memiliki 0 pelajar lelaki dan 830 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 830 orang. Ia mempunyai seramai 69 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini dibina pada tahun 1947 iaitu atas hasil cadangan Pejabat Zakat Dan Fitrah Negeri Perlis bagi memenuhi permintaan masyarakat terhadap Sekolah Agama khusus untuk pelajar perempuan. Pada asalnya rumah Imam Masjid Alwi Kangar iaitu Tuan Syeikh Abu Bakar Al- Asy’ari telah digunakan dan berpindah ke Pengkalan Asam Kangar. Semenjak itu,sekolah ini dikenali sebagai Al-Madrasah Al-Alawiyah Lil Banat yang diterajui Ustaz Salleh bin Othman. Pada tahun 1957 pula, sekolah ini sekali lagi dipindahkan ke bandar Kangar berhampiran Masjid Alwi Kangar iaitu bangunan pejabat bekas penasihat British. Dua blok baru telah dibina mula dibina pada tahun 1963 iaitu satu blok untuk sekolah dan satu blok asrama dibina di atas tanah seluas 2.8 ekar. Penuntut-penuntut sekolah tersebut terdiri daripada dalam dan luar negeri Perlis. Kerajaan Pusat telah mula mengambil alih seluruh urusan pentadbirannya pada tahun 1977. Sejak dari itu sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Kangar. Pada 1983, 2 blok bangunan lagi dibina. Pada tahun 1986, kelas bagi tingkatan enam aliran Usuluddin dan Syariah mula diwujudkan. Sekolah tersebut seterusnya telah dinaikkan ke kategori Gred A pada 1987. Pada 1993 dua buah bengkel jahitan dibina diikuti dengan pembinaan sebuah bangunan tambahan dengan 5 bilik darjah pada tahun 1995.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

2000 : Anugerah Asram Cemerlang buat kali Ke-2 Peringkat Negeri, 2002 : Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan (Norhafizah bt Abd. Rahim), 2005 : Johan Kalimatus Sobah peringkat Kebangsaan (Norjannah bt Othman), 2007 : ‘Best Presentation’ Program Toyota Eco Youth Peringkat Kebangsaan, Johan pertandingan Kuiz Pelancongan Peringkat Kebangsaan 2007, Johan pertandingan Pantun peringkat Negeri Perlis

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah
Persiaran Jubli Emas
01000, Kangar
Perlis, Malaysia
Telefon = 6049760336
Fax = 6049770834

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • ^ DIREKTORI SEKOLAH MENENGAH DI PERLIS