Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Almashoor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Almashoor
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Sekolah Kluster Kecemerlangan
Pengetua Pn. Hajah Solehah Binti Awang
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Pn. Che Maznah Binti Jaafar
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn. Mazanah Binti Yusoff
Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Norizah Binti Ahmad
Pengerusi PIBG Tuan Haji Ismail Bin Haji Mustaffa (2016)
Kod sekolah PRA1002
Lokasi Jalan Sultan Ahmad Shah 10050, Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia
Nama singkatan AIGS (Almashoor Islamic Girls School)
Telefon 04-2274363
Faks 04-2299363


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Almashoor (SMKA (P) Almashoor) atau nama lainnya Almashoor Islamic Girls School (AIGS), merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan agama yang terletak di Jalan Sultan Ahmad Shah, berhampiran dengan PPDTL (Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut) dan bersebelahan SK Perempuan Island. Pada tahun 2017, SMKA (P) Almashoor telah dianugerahkan dan sekaligus menjadi Sekolah Kluster Kecemerlangan (fasa 10).

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Almashoor memiliki 536 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 536 orang. Ia mempunyai seramai 47 orang guru.2009

Pada tahun 2016, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Almashoor memiliki 541 orang pelajar perempuan. Ia mempunyai seramai 51 orang guru serta 12 orang staf sokongan. Pada tahun yang sama, sekolah ini bersama-sama dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (Lelaki) telah menjangkau usia 100 tahun.

SMKA (P) Almashoor merupakan sekolah yang berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 1916 oleh segelintir ulama dan pejuang kemerdekaan dan agama Islam suatu ketika dahulu. Al-Mashoor merupakan nama tokoh ulama keturunan Yaman Habib al-Mashoor bersama-sama Syeikh Syed al-Hadi yang berusaha memperkembangkan ilmu-ilmu agama di kalangan anak-anak penduduk Pulau Pinang awal 1920-an.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Agama (P) Almashoor mula diasaskan atas kesedaran segolongan bangsa Arab di Pulau Pinang yang bimbang akan anak-anak yang kurang mendapat didikan agama. Pada tahun 1916 bersamaan tahun 1335H, suatu mesyuarat telah diadakan khusus mengenai penubuhan sebuah sekolah agama. Dengan usaha gigih dan semangat kerjasama semua pihak maka tertubuhlah sebuah sekolah agama yang dikenali dengan nama Madrasah Al-Quran di Lebuh Acheen (Masjid Melayu Pulau Pinang) dengan guru pertamanya Al-Syed Abdul Rahman Alhabshee dan guru besar pertamanya Al-Syed Al-Shaikh Al-Hadi.

Madrasah ini terus mendapat sokongan yang menggalakkan daripada masyarakat Pulau Pinang, khususnya yang mementingkan pendidikan agama. Pada tahun 1918, sekolah ini telah berpindah ke kawasan yang lebih besar di Kampung Jawa Lama dengan nama Madrasah Al-Mashoor Al-Islamiah sempena nama Tuan Habib Al-Mashoor, seorang penghulu yang terkenal di Pulau Pinang pada masa itu.

Pada tahun 1920, madrasah ini telah berpindah ke Lebuh Tek Soon di mana tapak sekolah ialah kepunyaan Tuan Haji Bachik. Pada masa ini, perkembangan sekolah berlaku dengan pesat sekali dan yuran sebanyak RM2 dikenakan kepada setiap pelajar. Semasa pemerintahan Jepun, Madrasah Al-Mashoor telah ditutup selama 3 tahun 8 bulan dan dibuka kembali pada tahun 1945 setelah British kembali ke Tanah Melayu. Usaha-usaha berterusan dijalankan untuk mendirikan bangunan baru bagi sekolah dan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan.

Pada tahun 1957 sempena kunjungan YTM Tunku Abdul Rahman ke Madrasah Al Mashoor, beliau telah berjanji akan mendirikan bangunan baru bagi kedua-dua buah sekolah. Sebuah jawatankuasa binaan telah ditubuhkan dan mereka telah bekerja keras untuk penubuhan sekolah baru. Waris-waris Almarhum Tuan K.M.S Sultan Alaudin mewakafkan sekeping tanah dan rumah di Jalan Lunas bagi tapak sekolah perempuan.

Pada tahun 1979, Kementerian Pelajaran telah mengambil alih Madrasah Al-Mashoor lelaki dan perempuan lalu telah mendirikan sebuah bangunan baru di Jalan Air Itam untuk pelajar lelaki. Selepas tiga tahun kerajaan mengambil alih SMKA (P) Almashoor, ada cadangan untuk membina bangunan baru bagi menggantikan bangunan lama yang telah uzur dan tidak dapat menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Sementara menanti bangunan baru siap, pelajar-pelajar perempuan telah menumpang di SMKA Al-Mashoor (Lelaki) dari tahun 1982 hingga tahun 1984.

Pada bulan Oktober 1984, para pelajar perempuan mula berpindah ke bangunan baru dan tersergamlah bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Almashoor di Medan Lim Cheng Teik, Pulau Pinang.

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

SMKA (P) Almashoor terus berkembang dengan jumlah pelajar yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Bilangan bilik darjah yang terhad serta bangunan sekolah dan asrama yang kecil tidak mampu lagi untuk menampung permintaan yang tinggi.

Pada tahun 2015, sekali lagi SMKA (P) Almashoor berpindah ke bangunan baharu yang terletak di Jalan Sultan Ahmad Shah. Kawasan sekolah baru yang lebih luas ini mempunyai 3 blok bangunan iaitu 2 blok bangunan sekolah lapan tingkat beserta 1 blok bangunan asrama yang juga lapan tingkat dan kuarters guru. Sekolah ini juga mempunyai sebuah bangunan bersejarah (heritage) yang belum dibuka, sebuah bangunan dua tingkat yang menempatkan makmal sains di tingkat bawah dan pejabat PPD di tingkat atas dan sebuah bangunan dua tingkat yang menempatkan dewan utama sekolah.

Selain itu, bangunan sekolah yang baharu ini mempunyai kemudahan dan prasarana yang mencukupi berbanding sekolah lama dahulu. Antaranya ialah padang, pejabat, bilik guru, surau (Musolla Riyadhil Jinan), 2 pusat sumber, 2 makmal biologi, 2 makmal kimia, 2 makmal fizik beserta 3 makmal sains, 7 bengkel Kemahiran Hidup di mana 4 bengkel untuk Kemahiran Hidup Teras manakala 3 lagi untuk Kemahiran Hidup elektif iaitu Ekonomi Rumah Tangga (ERT), kedudukan asrama dalam kawasan sekolah, kewujudan bilik-bilik khas yang lain dan 26 buah kelas.

Sekolah ini juga dilengkapi dengan prasarana dan kemudahan yang berorientasikan pembelajaran abad ke-21. Sebagai contoh, penggunaan papan pintar (smartboard) diimplementasikan oleh guru-guru di sekolah ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah. Pentadbiran dan pengurusan yang teratur di samping komitmen daripada guru-guru dan para pelajar menyebabkan SMKA (P) Almashoor mencipta kejayaan dan kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Oleh hal yang demikian, segala kemudahan yang dibekalkan ini mampu untuk meningkatkan lagi pencapaian pelajar-pelajar SMKA (P) Almashoor dalam pelbagai bidang sama ada akademik mahupun kokurikulum.

Lencana sekolah[sunting | sunting sumber]

Lencana sekolah menitikberatkan tema “Beriman Dan Berilmu"

Simbol-simbol yang terkandung dalam lencana ini adalah berdasarkan tema ini:

  1. Buku: Melambangkan kepentingan ilmu pengetahuan untuk mencapai kejayaan.
  2. Obor: Melambangkan ilmu boleh menyinarkan masa depan pelajar.
  3. Pohon padi: Melambangkan bahawa ketabahan dan kesabaran adalah perlu bagi pelajar untuk dicapai.
  4. Bulan sabit dan Bintang: lambang agama Islam
  5. 1916: Melambangkan tahun penubuhan sekolah Almashoor di Pulau Pinang.
  6. Warna:
    • Kuning diraja – lambang kemuliaan
    • Merah – bersemangat waja
    • Putih – motif niat yang suci
    • Hijau – lambang warna Islam

Misi sekolah[sunting | sunting sumber]

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Visi sekolah[sunting | sunting sumber]

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Slogan sekolah[sunting | sunting sumber]

Ke Arah Kemerlangan Ilmu Dan Kesempurnaan Akhlak

Piagam pelanggan[sunting | sunting sumber]

Kami warga SMKA (P) Almashoor dengan penuh iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

1. Memastikan murid mencapai prestasi akademik yang tinggi.

2. Memperkembang potensi murid dalam kokurikulum ke tahap maksimum.

3. Membentuk akhlak mahmudah bagi melahirkan individu Muslim yang memiliki ciri-ciri Ummatan Wasatan.

4.Mengutamakan keselamatan, kebajikan dan layanan adil kepada semua.

5. Meningkatkan kualiti perkhidmatan yang cekap, sistematik dan berkesan.

6. Mewujudkan hubungan mesra dan berkesan antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan komuniti.

Sistem pembelajaran dan organisasi sekolah[sunting | sunting sumber]

Sistem pembelajaran di SMKA (P) Almashoor adalah mengikut kurikulum dan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis pengurusan SMKA (P) Almashoor adalah seperti berikut:

Jawatan Nama guru
Pengetua Puan Hajah Solehah Binti Awang
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Puan Che Maznah Binti Jaafar
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Mazanah Binti Yusoff
Penolong Kanan Kokurikulum Puan Norizah Binti Ahmad
Guru Kanan Tingkatan 6 Puan Sakinah Binti Ahmad
Guru Kanan Bahasa Puan Jalilah Binti Shaikh Abdullah
Guru Kanan Sains dan Matematik Puan Zaharah Binti Tharim
Guru Kanan Teknik dan Vokasional Puan Norenjah
Guru Kanan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Puan Zulaikha Binti Jusoh
Guru Kanan Kemanusiaan Puan Noraini Binti Shaari
Guru Kaunseling Puan Noraida Binti Shuib
Puan Siti Khadijah Binti Makhsin

Senarai Guru Cemerlang[sunting | sunting sumber]

1. Puan Che Faridah Binti Maina (Matematik Tambahan)

Kebitaraan[sunting | sunting sumber]

Penanda arasan bagi SMKA (P) Almashoor yang menerima anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) ialah:

Pembahagian kelas[sunting | sunting sumber]

Terdapat 5 kelas bagi tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Kelas-kelas tersebut ialah:

  • Iltizam
  • Istiqamah
  • Intisor
  • Imtiyaz
  • Itqan

Terdapat 4 kelas bagi tingkatan 4 dan tingkatan 5. Kelas-kelas adalah seperti yang berikut:

  • Akhtar (Sains Tulen)
  • Abqar (Sains Akaun)
  • Abrar (Akaun)
  • Akhyar (Sastera Ikhtisas)

Terdapat 2 kelas untuk tingkatan 6 iaitu:

  • Irfan (tingkatan 6 bawah)
  • Itqan (tingkatan 6 atas)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Almashoor
Jalan Sultan Ahmad Shah
10500, Georgetown
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 04-2274363
Faks = 04-2299363

Pautan luar[sunting | sunting sumber]