Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
SMK Agama Baling
Moto Berilmu Beramal Bertaqwa
Ditubuhkan 1996
Dirasmikan 1 Januari 1998
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) berasrama
Pengetua Pn. Hajah Maznah bt Wadin
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Mohd Fauzi bin Baharom
Penolong Kanan Kokurikulum Tuan Ahmad Syukri bin Ahmad
Kod sekolah KRA0001
Lokasi Batu 42, Pulai, Baling, Kedah, Malaysia
Kemasukan Pelajar Dikawal oleh Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pelajaran Kedah.
Laman sesawang SMK Agama Baling Online [1]


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling (SMKAB) ialah sebuah sekolah menengah agama di Baling, Kedah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Upacara pecah tanah pembinaan telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada bulan Ogos 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini memakan masa selama lebih satu setengah tahun. Sekolah ini mula beroperasi pada 1 Januari 1996 dengan pengambilan pelajar-pelajar tingkatan 1 seramai 259 orang.

Asal usul nama sekolah[sunting | sunting sumber]

Nama sekolah mula digunakan pada 1 Januari 1996. Nama ini diambil kerana sekolah ini yang mempunyai aliran pendidikan agama yang terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Baling.

Senarai pengetua[sunting | sunting sumber]

Nama pengetua Tempoh berkhidmat
Abdul Wahab Bin Jamaluddin 2000—2003
Tuan Haji Abdul Rahim Bin Shaari 2003—2005
Tuan Haji Syed Baharom Bin Syed Husin 2005—2006
Tuan Haji Yahaya Bin Lebai Mat 2006—2011
Tuan Haji Mohamad Mokhtar Bin Md Isa 2011—2014
Pn. Hajah Maznah bt Wadin 2014—sekarang

Misi, visi dan moto sekolah[sunting | sunting sumber]

Visi SMKAB

SMK Agama Baling menjadi sekolah gemilang di negeri Kedah menjelang tahun 2020


Misi SMKAB

• Memimpin, mengurus dan mentadbir sekolah dengan cekap dan berkesan

• Mencapai kegemilangan pelajar dalam kurikulum

• Memantapkan program ko-kurikulum dengan berkesan

• Mempertingkatkan tarbiah dan sahsiah di kalangan pelajar

• Mewujudkan prasarana yang paling selamat, kondusif dan ceria untuk pembelajaran

• Mengekalkan hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti ke arah kegemilangan akademik

Logo Sekolah

SMK Agama Baling.gif
  • Merah = Kerohanian
  • Kuning = Kegigihan
  • Hijau = Semangat keislaman yang jitu
  • 3 Penjuru = Kecemerlangan tiga aspek
  • Bunga Jitu = Negeri Kedah Darul Aman

Moto Sekolah

BERILMU, BERAMAL, BERTAKWA

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Lagu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling ialah "Berilmu Beramal Bertakwa". Lagunya ditulis oleh Arif Muazzim Hj. Abdul Rahman manakala liriknya oleh Siti Munawirah binti Hj. Abdul Rahman.

Lirik[sunting | sunting sumber]

SMKAB

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling,

Pengasas kejayaan dan kecemerlangan,

Melahirkan insan berilmu, beramal, bertaqwa,

Berakhlak mulia cemerlang di dunia, cemerlang di akhirat,

Seimbang dan sempurna,

(2x)

Padamu guru yang mencurah bakti,

Tekun berusaha kami berjanji,

Demi agama dan bangsa juga mencapai wawasan negara.


Pembelajaran dan Pengajaran[sunting | sunting sumber]

Waktu[sunting | sunting sumber]

Sesi Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) di sekolah ini dijalankan pada setiap hari persekolahan. Pada hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7.30 pagi setiap hari, para pelajar akan bergerak ke sekolah dan sesi P&P dimulakan. Pelajar akan diberi masa rehat dari pukul 10.10 pagi hingga 10.40 pagi. Sesi P&P akan berakhir pada pukul 2.10 petang. Manakala pada hari Ahad, sesi persekolahan tamat pada pukul 2.30 Petang dan rehat pada 10.30 pagi.

Kelas[sunting | sunting sumber]

  • Tingkatan 1, 2,dan 3
  1. Abu Bakar
  2. Umar
  3. Uthman
  4. Ali
  5. Shafie
  6. Hanbali
  • Tingkatan 4 dan 5
  1. Al-Khindi(sains tulen agama)
  2. Al-Razi(sains teknologi agama)
  3. Al-Khawarizmi(sains teknikal agama)
  4. Al-Farabi(sains ikhtisas agama)

Prasarana[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan tersebut untuk keselesaan para pelajar untuk kegunaan tertentu. Antaranya:

  • Sebuah Dewan Besar Utama
  • Sebuah Bilik Gerakan
  • 20 bilik kelas
  • 6 bilik Makmal Sains
  • Sebuah Makmal Bahasa
  • Sebuah Makmal Komputer (Makmal Mimos)
  • Sebuah Perpustakaan
  • Sebuah Bilik Kuliah
  • Surau di asrama (Surau Al-Mutaqqin)
  • Sebuah Bilik Kaunseling
  • Sebuah Blok Makmal Kejuruteraan
  • Sebuah Bangunan Kemahiran Hidup
  • 4 Bangunan Asrama
  • Sebuah Kantin & Dewan Makan
  • Kuarters Guru
  • Kompleks Sukan
  • Bilik PPSMI
  • Makmal Bestari

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling,
Batu 42, Pulai,
09100 Baling,
Kedah Darulaman.

Tel : 044705303

Faks : 044705387

Email : smkabss@yahoo.com / smkabss@gmail.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]