Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Juhar Sandakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Juhar Sandakan
Lokasi
Peti Surat 151,, 90307, Sandakan, Sabah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah agama, Sekolah kerajaan
MotoTauhid Asas Iman
Nombor sekolah+6089632158
Kod sekolahXRA2001
Pengerusi PIBGEn Mesdor@ Masdor bin Malde
PengetuaEn Roslan bin Diming
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Zainab binti Datuk Hj Ahmad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Siti Norbayah Binti Samion
Penolong Kanan KokurikulumEn Anwar bin Madsalani
Faks+6089632697
Laman sesawang
Map


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Juhar Sandakan atau nama ringkasnya SMKA Tun Juhar Sandakan, merupakan sebuah sekolah menengah agama yang terletak di Peti Surat 151. Sebelum ini ia dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sandakan.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Juhar Sandakan memiliki 217 pelajar lelaki dan 261 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 478 orang. Ia mempunyai seramai 50 orang guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sek. Men. Keb. Agama Sandakan (SMAS) merupakan sebuah sekolah aliran agama yang diwujudkan di kawasan Sandakan. Ia secara rasminya dilancarkan pada 28 November 1989 dengan pengetua pertamanya iaitu Ustaz Hasbullah Awang Naib. Pengambilan pelajar pertama adalah seramai 105 orang pelajar dan pemilihan ini dibuat oleh Jabatan Pendidikan Sabah sendiri. Pendaftaran pelajar bermula pada 28 Disember 1989 dan 3 kelas untuk Tingkatan 1 diwujudkan.

Sebagai permulaan SMAS beroperasi di bangunan kilat SMK Elopura Bestari Batu 11 sementara bangunan baru dibangunkan. Atas keperihatinan pihak Kementerian Pendidikan, akhirnya sekolah ini mendapat tapak dan bangunan kekal bernilai RM25 juta di Taman Mawar, Sandakan yang merupakan bekas paya air tawar. SMAS telah berpindah ke bangunan baru pada 19 April 2002. Manakala tapak SMAS yang lama telah diserahkan kembali kepada pemilik yang asal iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura Bestari Batu 11. Pada tahun 2009 bilangan pelajarnya sudah mencecah 498 orang.Kini setelah penjenamaan semula namanya kepada SMK Agama Tun Juhar Sandakan (SMATJU) bersempena nama Tuan Yang Terutama baru Sabah ke-10 bermula 1 Januari 2011 iaitu Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin (lahir 5 November 1953 di Pulau Tambisan, Sandakan, Sabah).SMK Agama Tun Juhar juga pernah menjadi sekolah yang terbesar di negeri Sabah setelah diambil alih gelarannya oleh MRSM Sandakan Sungai Batang Sandakan

SMK Agama Tun Juhar Sandakan merupakan salah sebuah sekolah berasrama penuh kawalan daripada 8 buah SMKA di Sabah iaitu :

• SMKA Kota Kinabalu • SMKA Tun Juhar Sandakan • SMKA Tun Datuk Mustapa Kinarut • SMKA Inanam • SMKA Limauan Kimanis • SMKA Tun Said Kota Belud • SMKA Mohd Ali Ranau • SMKA Tun Sakaran Semporna

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2007, kumpulan nasyid dari sekolah ini telah diangkat menjadi johan pertandingan nasyid peringkat negeri di dalam Majils Tilawah al-Quran bertempat di Sekolah Menengah Teknik Lahad Datu. Sekaligus kumpulan ini mewakili negeri Sabah ke Festival Nasyid Kebangsaan 2007 yang berlangsung di Lumut, Perak.

Kumpalan nasyid ini diberi nama Shoutul Mujahidin. Dibimbing oleh Ustaz Asmin Mohd Amin. Beliau juga turut terlibat sebagai penggubah lagu dan lirik untuk kumpulan ini. Antara lagu ciptaan beliau adalah "Insan Cemerlang Ummah Terbilang"[1] dan "Kasih Sejati"[2]. Kedua - dua lagu ini turut dipertaruhkan di dalam Festival Nasyid Kebangsaan 2007.

Shoutul Mujahid (2007) terdiri daripada :-

  1. Mohd Syukri Abdul Rauf (Vokal)
  2. Mohd Hisyamuddin Lois (Vokal)
  3. Mohd Ridzuan Junaidi (Vokal)
  4. Mohd Hasyim Said (Vokal)
  5. Mohd Zuhairi Mohd Noor (Vokal)
  6. Mohd Syafiq Faiz Nasip (Perkusi)
  7. Mohd Firdaus Mohd Yaakub (Perkusi)
  8. Mohd Khairulanwar Abdul Rashid (Conga)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Juhar Sandakan
Peti Surat 151
PPJU 90307, Sandakan
Sabah, Malaysia
Telefon = 6089632158
Fax = 6089632697

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]