Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek
Logo SHAMS
Lokasi
Jln Budiman, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah kerajaan
MotoIqra', Usjud, Iqtarib
Ditubuhkan1984
Nombor sekolah609-6235155
Kod sekolahTRA3002[1]
Pengerusi PIBGEncik Suhaimi
PengetuaEncik Rosli bin Abd Rahman
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Wan Rosli bin Wan Sulaiman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Sulaiman bin Salleh
Penolong Kanan KokurikulumEncik Marzuki bin Musa
Faks609-6264268

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek atau nama ringkasnya SMKA Sheikh Abdul Malek, merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama yang terletak di Jln Budiman, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu terletak di Jalan Budiman, Kuala Terengganu. Ia terletak kira-kira dua kilometer dari Bandar Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar-pelajar bermula pada 2 Januari 1984. Dengan pelajar seramai 84 orang yang terpilih dan ditempatkan secara sementara di Sekolah Menengah Seri Budiman, Kuala Terengganu. Apabila sekolah ini dibuka, nama asalnya ialah Sekolah Menengah Agama Seri Budiman.

Apabila bangunan sekolah siap dibina, pada Februari 1986, kesemua pelajar, guru dan kakitangan sekolah berpindah ke Sekolah Agama Seri Budiman. Oleh kerana nama yang hampir sama dan kekeliruan antara tiga buah sekolah, pihak Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu mencadangkan supaya nama sekolah dapat ditukar. nama ditukar kepada muhammad adam harith bin aminullah

Bertepatan dengan itu, atas cadangan Pengetua Tuan Haji Ibrahim bin Mat @ Muhd bersama-sama dengan seorang Tokoh Sejarah Negeri Terengganu iaitu Dato’ Setia Jasa Haji Mohd Salleh bin Haji Awang telah menamakan semula sekolah dari Sekolah Menengah Agama Seri Budiman kepada Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malek.

SMKA Sheikh Abdul Malek, (SHAMS) adalah sebuah sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan mempunyai Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua yang diajar di sekolah.

Shams juga telah diiktiraf sebagai satu kelompok sekolah yang mempunyai ruang niche seperti Kluster Fizik, Kluster Memanah, Kluster Mutaqqun,Sekolah Bestari serta Frog Champion School.

Pada tahun 2017, SHAMS sekali lagi melakar kecemerlangan apabila berjaya mendapat pengiktirafan dari International Baccalaureate World School dimana SHAMS merupakan satu-satunya sekolah aliran agama yang mendapat pengiktirafan dibawah program Middle Year Program International Baccalaureate (MYPIB).Program ini mensasarkan pelajar berumur 13-17 tahun. Program ini adalah selaras dengan GTP Pelajaran, pelajar SHAMS adalah pelajar abad ke-21, dan graduan dibenarkan masuk ke banyak kolej terbaik di dunia dan universiti.

Program MYPIB menawarkan program dimana pembelajarannya berasaskan pentaksiran berterusan dimana pelajar melakukan pelbagai penyelidikan dan pembelajaran melalui pengalamian sebagai salah satu tugasan bagi setiap Matapelajaran.

Keunikan yang terdapat dalam program MYPIB ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Sheikh Abdul Malek merupakan satu-satunya sekolah aliran agama yang menawarkan Matapelajaran Pendidikan Muzik sebagai salah satu matapelajaran yang diajar kepada para pelajar. Semua pelajar tingkatan 1,2 dan 3 diberi peluang mempelajari Matapelajaran Pendidikan Muzik.

Seterusnya apabila berada di tingkatan 4, setiap pelajar dikehendaki melaksanakan Projek Tahun Akhir iaitu "Personal Project". Personal Project ini memerlukan setiap pelajar menjalankan satu kajian secara individu mengikut minat dan kepakaran mereka. Personal Project ini bertindak sebagai Latihan Penulisan Ilmiah kepada pelajar. Ini akan memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan dengan metodologi dalam menjalankan penyelidikan formal. Seterusnya ini memberi nilai tambah kepada pelajar lepasan MYPIB sebelum melangkah ke alam universiti. 2009

Moto[sunting | sunting sumber]

  • Iqra', Usjud, Iqtarib
  • "Baca, Sujud dan Dekatkan Diri dengan Maha Pencipta"

Singkatan nama[sunting | sunting sumber]

  • SHAMS (Sheikh Abdul Malek School)
  • Bermaksud "matahari" dalam bahasa Arab. Kalimah ini melambangkan harapan warganya untuk melihat anak didiknya menjadi sinar yang bakal menerangi seluruh pelusuk alam dengan ilmu penuh di dada.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek terletak di Jalan Budiman, Kuala Terengganu, kira-kira dua kilometer dari pusat bandar raya Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar-pelajar sulungnya bermula pada 2 Januari 1984. Seramai 84 orang pelajar telah dipilih dan ditempatkan untuk sementara di Sekolah Menengah Seri Budiman, Kuala Terengganu. Sekolah ini pada awalnya diberi nama Sekolah Menengah Agama Seri Budiman. Tanggal Februari 1986, bangunan sekolah ini telah siap dibina dan semua kakitangan dan pelajar-pelajarnya mula berpindah ke bangunan tetapnya yang ada sekarang.

Nama Sekolah Menengah Agama Seri Budiman merupakan satu nama yang sangat lazim dan menjadi kekeliruan disebabkan terdapat tiga buah sekolah yang berdekatan juga diberi nama Seri Budiman maka Jabatan Pendidikan Terengganu meminta dicarikan satu nama lain yang lebih sesuai. Akhirnya, Pengetua Tuan Haji Ibrahim bin Mat @ Muhd bersama dengan seorang tokoh sejarah Negeri Terengganu Dato' Setia Jasa (Dato' Haji Mohd. Salleh bin Haji Awang) telah mencadangkan nama seorang tokoh ulama' Terengganu iaitu Sheikh Abdul Malek bin Abdullah yang terkenal dengan gelaran “Tok Ku Pulau Manis” untuk diabadikan namanya bagi sekolah ini. Cadangan ini diterima dan bermula bulan Ogos 1987 sekolah ini dengan rasminya dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pencapaian untuk SMKA Sheikh Abdul Malek

Pencapaian akademik[sunting | sunting sumber]

Kejayaan SPM = 36 Calon Straight 'A'

  • SMKA Negeri - Pertama
  • SMKA Daerah - Pertama
  • Sekolah Harian Negeri - Pertama
  • Sekolah Harian Daerah - Pertama
  • Seluruh Sekolah Daerah - Ke-6
  • Seluruh Sekolah Negeri - Ke-9

Keputusan STPM 2010

  • Peratus Kelulusan : 100%.
  • Pelajar Terbaik :
  • Nur Diyana bt Merican (GPK 3.83).
  • Pencapaian peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 3( Sila klik perkataan pertengahan)

Pencapaian kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Hoki

  • Pada tahun 1988, terpilih mewakili negeri Terengganu dalam kejuaraan sekolah-sekolah Malaysia.
  • Menjuarai pada peringkat MSSDKTS pada tahun 1988, 1989 & 1990.

Bola sepak

  • Pertama kali beraksi pada peringkat separuh akhir dalam Pertandingan Bola Sepak MSSDKTS Kategori 18TKB tahun 2011.
  • Menjuarai Kalam Jamai'e
  • Menjuarai Pertandingan Bola Sepak MSSDKTS Kategori 18TKB tahun 2013 buat kali pertama apabila menundukkan sekolah kluster dalam sukan iaitu SMK Sultan Sulaiman dengan jaringan 2-1.
  • Menjuarai pertandingan alunan kerohanian anjuran Syarikat Telaga Biru yang dianjurkan di Kuala Lumpur.
  • Mendapat Anugerah khas juri bagi festival muzik gamelan negeri terengganu 2019.
  • Johan pertandingan nasyid semperna karnival pantai terengganu 2019.
  • Tempat Ke-3 Festival nasyid sekolah-sekolah KPM peringkat negeri terengganu 2019.
  • finalis Pertandingan Dai Voice Asian 2019 di Thailand.
  • anugerah gangsa bagi kategori muzik gamelan di Festival Kesenian Muzik Sekolah-sekolah peringkat kebangsaan 2017.
  • naib johan bagi PROGRAM PENGKARYA MUDA EDISI PENULISAN DSN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT NEGERI 2019
  • Johan dan penerima 2 anugerah khas juri bagi

Pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna( CIP ) Peringkat Kebangsaan 2019

  • anugerah naib johan bagi Pemilihan anugerah pembaca anugerah nilam peringkat daerah Kuala terengganu 2019
  • Johan Tilawah Al-quran bagi Karnival Dakwah Pengakap Peringkat Kebangsaan 2019
  • Tempat ke-3 pertandingan nasyid bagi Karnival Dakwah Pengakap Peringkat negeri 2019
  • Naib johan pusingan olimpik berkumpulan bagi

Kejohanan Memanah kebangsaan anjuran MSN peringkat kebangsaan 2019

  • Johan Tilawah Al-quran bagi Karnival Dakwah Pengakap Peringkat negeri 2019
  • Anugerah GANGSA bagi

KEM SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

  • Naib Johan bagi pertandingan

Qiraat Sab'ah Bittaranum Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah KPM Peringkat Negeri Terengganu 2019

  • Anugerah naib johan bagi PERTANDINGAN HAFAZAN MAJLIS IHTIFAL SEK² (MISS) DAERAH KT 2019
  • Tempat ke-3 bagi cabaran keselamatan siber peringkat kebangsaan 2019
  • naib johan dan tempat ke-3 bagi Karnival bakat silat pra-remaja & remaja peringkat negeri terengganu.
  • Tempat ke-3 bagi Pertandingan deklamasi sajak negeri terengganu 2019
  • Johan bagi Cabaran interaktif kelab pengguna sekolah peringkat negeri terengganu 2019.
  • tempat ke-3 bagi Pertandingan bicara berirama negeri terengganu 2019
  • Anugerah gangsa bagi pertandingan Kejuaraan 1 sekolah 1 silat kebangsaan 2019
  • Anugerah johan bagi Pemilihan Memanah MSST peringkat negeri terengganu

2019

  • Tempat ke-3 bagi pertandingan kedah international lego robotics bowling competition 2019

Trivia[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek
Jln Budiman, Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 609-6235155
Faks = 609-6264268

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]