SMKA Tun Hajah Rahah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Rahah
Fail:Smka simpang lima emblem.gif
Lokasi
Jalan Sg. Nipah Baroh
Simpang Lima, Sungai Besar
,
Sabak Bernam
,
 Selangor


 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan Agama
Sekolah Kerajaan
MotoDisiplin Teras Kejayaan
Ditubuhkan1979
Nombor sekolah60332242894
Kod sekolahBRA6002[1]
PengetuaEn. Jaafar Bin Rajuli (dahulu)

En. Jeffree Bin Dollah Humari (dulu) Pn. Haryati Binti Borham (dahulu)

En. Amir Nazari Bin Suleiman (kini)
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Zaleha
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Md Nazri
Faks60332243423
Laman sesawang
Map


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang Lima atau nama ringkasnya SMKA Simpang Lima atau SEMASIMA, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Sg. Nipah Baroh, Simpang Lima dalam daerah Sabak Bernam, Selangor.

Pada 2009, SMKA Simpang Lima memiliki 253 pelajar lelaki dan 368 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 621 orang. Ia mempunyai seramai 54 orang guru.2009

SMKA Simpang Lima merupakan sebuah sekolah asrama harian yang menempatkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). SMKA Simpang Lima juga merupakan sebuah sekolah yang amat sesuai bagi para pelajar yang amat berdedikasi, dan mempunyai daya pemikiran yang kreatif serta inovatif bagi melahirkan seorang insan yang mampu mengharumkan nama negara dari segi Agama dan Bangsa dan Negara.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mula dibina pada tahun 1979 dan siap pada tahun 1982. Komplek sekolah ini terletak di Kampung Sg Nipah, Mukim Pancang Bedena, Sabak Bernam, Selangor, kira-kira 12 kilometer dari pekan Sungai Besar. Mula digunakan untuk persekolahan pada bulan Januari 1982

Pada tahun 70an, Bahagian Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor merancang untuk membina Sekolah Menengah Vokasional di Selangor dengan pembiayaan Bank Dunia. Kawasan yang dikenalpasti adalah antara Pekan Sabak Bernam dan  Pekan Kuala Selangor  untuk tapak sekolah tersebut. Hasil perbincangan dengan Majlis Tindakan Daerah dan wakil-wakil rakyat tempatan, satu kawasan di Kampung Sungai Nipah, Simpang Lima seluas 19.75 ekar telah dipilih sebagai tapak untuk pembinaan.

Pemilihan tapak tersebut adalah berdasarkan beberapa faktor seperti; tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri yang belum dibangunkan dan kewujudan sebuah sekolah vokasional pastinya dapat membantu menggiatkan serta  memodenkan lagi sektor pertanian di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, apabila sekolah ini dibuka, ia merupakan sebuah sekolah menengah biasa, bukan sekolah menengah vokasional pertanian sepertimana yang dirancang.

Perancangan bagi membina sekolah menengah vokasional gagal dijalankan dan dijadikan sekolah menengah biasa yang bernama SMK Simpang Lima. Sekolah ini berlangsung hanya selama 6 tahun sahaja apabila ia ditukar lagi kepada sekolah menengah agama dalam tahun 1988.

PENUKARAN NAMA SEKOLAH

Mulai 1988, nama sekolah ini telah ditukar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Lima kepada nama ia sekarang, iaitu SMKA Simpang Lima. Sekolah ini ditukar secara berperingkat menjadi sekolah menengah kebangsaan agama berasrama. Cadangan ini diterima oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia (ketika itu) dan Jabatan Pendidikan Selangor atas cadangan Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam dan dikuatkan lagi dengan sokongan PIBG sekolah ini. Keputusan tersebut menggembirakan lagi penduduk setempat dan umumnya penduduk Daerah Sabak Bernam. Alasan yang dikemukakan bagi cadangan tersebut ialah:-  


  1. Ramai murid lepasan tahun enam yang cemerlang atau baik keputusannya dalam daerah Sabak Bernam tercicir dari  memasuki sekolah berasrama penuh yang ada kerana sebab-sebab tertentu.
  2. Kebanyakan sekolah berasrama penuh terletak jauh dari Sabak Bernam dan Tanjung Karang menyebabkan keluarga pelajar  merasa terbeban untuk sentiasa dapat melawat mereka
  3. Ibu bapa semakin cenderung untuk menghantar anak mereka ke sekolah menengah agama, walhal bilangannya terhad di kawasan luar bandar, terutamanya sekolah menengah agama yang ada kelas menengah atas dan berasrama.
  4. Untuk membina sebuah sekolah menengah kebangsaan agama berasrama penuh memerlukan kos yang tinggi.maka, bangunan sekolah ini sesuai untuk penjimatan kos.
  5. Oleh kerana tanah sekolah cukup luas, maka hasrat untuk membina sekolah menengah agama dapat dilaksanakan dan kos dapat dikurangkan (kos pembinaan asrama dan bangunan sekolah sahaja).

Pengambilan pertama bagi SMKA Simpang Lima ini dibuat dalam tahun 1988 dengan kemasukan seramai 112 orang pelajar tingkatan satu dan ditempatkan di asrama-asrama yang menggunakan bilik-bilik darjah yang diubahsuai. Urusan pemilihan dan kemasukan mereka diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Unit Pendidikan Islam berdasarkan kecemerlangan pencapaian mereka dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Mereka belajar bersama pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Lima yang sedang meneruskan persekolahan mereka sehingga tamat di tingkatan lima pada tahun 1991.

Pada tahun 1992, 4 (empat) buah blok asrama khas setinggi 3 tingkat telah dibina bagi menempatkan para pelajar yang selama ini ditempatkan di dalam bilik-bilik darjah yang diubahsuai. Sebuah dewan makan juga dibina sekali bagi melancarkan lagi pengurusan asrama..

Sesudah itu, dengan berkat kegigihan ahli jawatankuasa PIBG sekolah dan masyarakat setempat serta masyarakat umum, sebuah surau yang sederhana besar memuatkan kira-kira 500 orang pelajar dapat dibina di kawasan sekolah. Kewujudan surau tersebut telah dapat menambahkan lagi kelancaran aktiviti pelajar terutama aktiviti dan urusan keagamaan serta kerohanian.

Pada tahun 1998, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui RMK 6 telah meluluskan suatu peruntukan pembinaan satu blok bangunan sekolah 3 tingkat  dan 2 blok bangunan asrama setinggi 3 tingkat untuk pelajar putera dan puteri, sebuah lagi dewan makan, sebuah tangki air dan dua buah gelangang permainan serbaguna bagi menambahbaikkan lagi pengurusan dan pentadbiran serta kecemerlangan SMKA Simpang Lima. Kewujudan blok-blok asrama baru tersebut sesungguhnya telah melegakan banyak pihak, khusus para pelajar sendiri yang selama ini tinggal secara agak bersesak. Kini mereka di tempatkan secara lebih selesa dalam blok-blok bangunan asrama yang baru. Selain dari itu, pihak PIBG juga telah menguruskan pembinaan sebuah lagi surau untuk pelajar puteri dan akhirnya dapat dibina dan digunakan dalam tahun 2000.

Dari sudut akademiknya SMKA Simpang lima telah mewujudkan pembelajaran tingkatan 6 sejak tahun 1993 di mana anak sulung sekolah ini telah mula memasuki universiti-universiti tempatan dan luar negara mulai tahun 1995 hinggalah sekarang.

SMKA Simpang Lima terus maju dan berkembang dengan penuh kecemerlangan.

Selamat maju jaya dan semoga terus gemilang.

Moto Sekolah Dan Visi Serta Misi[sunting | sunting sumber]

Moto Sekolah :[sunting | sunting sumber]

Disiplin Teras Kejayaan.

Visi :[sunting | sunting sumber]

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.

Misi :[sunting | sunting sumber]

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang Lima
Jalan Sg. Nipah Baroh, Simpang Lima
Selangor, Malaysia
Telefon = 60332242894
Fax = 60332243423

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]