Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Zaidi
| Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Zaidi المدرسة تون احمد زيدي الثانوة الدينية الوطنية | |
|---|---|
Logo rasmi SMKA Tun Ahmad Zaidi. | |
| Lokasi | |
| Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya,, 93050 Kuching, Sarawak Malaysia | |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Asrama/Harian |
| Moto | الإتقان في العمل Al-Itqan Fil 'Amal Tekun/Bersungguh-sungguh dalam pekerjaan Mahabbah Inspirasi Transformasi |
| Nombor sekolah | +6082-312578, +6082312618 |
| Kod sekolah | YRA1303 |
| Pengerusi PIBG | Puan Aeida Nurhafidzah Binti Zahili |
| Pengetua | Puan Balinda binti Husaini (Pemangku Pengetua) |
| GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Balinda binti Husaini |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Zamri bin Arifin |
| Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Abang Rahabidin bin Abang Sulaiman |
| Faks | +6082-445397 |
| Laman sesawang | https://smkatunaz.edupage.org/ |
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Zaidi atau nama ringkasnya SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, SMKA Tun Ahmad Zaidi atau TUNAZ, merupakan sebuah Sekolah menengah agama yang terletak di Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak.
Pada 1991, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Zaidi memiliki 331 orang pelajar lelaki dan 436 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 767 orang. Ia mempunyai seramai 63 orang guru.
Pada tahun 2024, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Zaidi telah menggapai peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada 3.10 meningkat ke 2.90. Ini meningkatkan nama sekolah sebagai sekolah berprestij dan cemerlang, serta bagi Majlis Islam Sarawak kerana membuktikan bahawa ia dapat melahirkan anak-anak wawasan yang berilmu, beramal dan berakhlak. Mereka juga dapat membuktikan bahawa terdapat ramai pelajar cemerlang dalam bidang yang terpilih, ada yang meneruskan pelajaran ke menara gading (universiti) di Mesir, Jordan dan Amerika, kata PK Pentadbiran dan Akademik selaku Pemangku Pengetua, Ustazah Balinda binti Husaini pada program Pendaftaran Tingkatan 1 bagi sesi 2026/2027.
Pada tahun 2025 juga, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Zaidi telah memperbaharui pentadbiran atas sebab pencen Ummi Zainab sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Zaidi. Berikut ialah Guru-guru Ketua Bidang dan Guru Cemerlang yang telah berusaha meningkatkan dan membantu pelajaran murid-murid;
Ketua Bidang Addin: Puan Ustazah Jamaliah binti Abdul Jalil
Ketua Bidang Bahasa:
Ketua Bidang Sains dan Matematik:
Ketua Bidang Kemanusiaan:
Kaunselor Sekolah: Encik Mohd. Fakhrol, Puan Bibi Diyana
Guru Cemerlang: Encik Bong Tien Onn, Bidang Sains dan Matematik, Asas Sains Komputer
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Contoh dan sudut pandangan bahagian ini mungkin mempunyai sikap berat sebelah yang meluas atau perlindungan tidak seimbang ke arah satu atau lebih kawasan-kawasan yang khusus. |

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Zaidi berjaya ditubuhkan atas perjuangan pemimpin masyarakat Islam di Sarawak khususnya di Kuching yang mempunyai kesedaran untuk memajukan pendidikan Islam di Sarawak. Masyarakat Islam perlu memiliki ilmu duniawi serta pendidikan Islam untuk membolehkan mereka maju dalam segala aspek kehidupan dan seterusnya menjadi ummah yang disegani oleh masyarakat lain dalam negeri yang berbilang bangsa ini. Penubuhan sekolah ini juga diharap dapat melahirkan umat Islam yang berkualiti dan menjadi golongan pemimpin Islam yang akan meneruskan dan mengekalkan kepimpinan Islam yang sedia ada pada hari ini. Sebelum sekolah ini ditubuhkan, Sekolah Datuk Abdul Rahman (SEDAR) telah dibuka untuk memberi peluang kepada kanak-kanak Islam yang gagal melanjutkan pelajaran mereka di sekolah kerajaan kerana gagal dalam peperiksaan ‘Common Entrance’. Namun apabila ‘Common Entrance’ dihapuskan pada tahun 1974, SEDAR pun ditutup.
Penutupan SEDAR tidak mematahkan semangat pemimpin masyarakat Islam untuk meneruskan perjuangan mereka bagi memajukan pendidikan Islam di Sarawak. Penubuhan Lembaga Darul Falah pada tahun 1981 yang bertujuan antara lainnya mengembangkan pendidikan di kalangan masyarakat Islam di Sarawak sekali lagi memberi peluang kepada pemimpin masyarakat Islam untuk merealisasikan hasrat mereka. Datuk Anis bin Haji Abot yang dilantik menjadi Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak pada tahun 1985 telah berusaha untuk meneruskan perjuangan pemimpin masyarakat Islam tempatan untuk menubuhkan sekolah agama di Sarawak.
Atas usaha yang gigih itulah tertubuhnya Sekolah Rendah Agama Majlis Islam pada tahun 1985. Proses penubuhannya dipercepat apabila pihak ibu bapa murid-murid SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan semakin mendesak pihak Majlis Islam supaya menubuhkan sebuah sekolah menengah agama bagi membolehkan anak-anak mereka meneruskan pelajaran peringkat menengah di sekolah yang sama. Kejayaan Yang Berhormat Datuk Abang Haji Johari bin Tun Abang Haji Openg dan Yang Berbahagia Datuk Anis bin Haji Abot dalam meyakinkan pihak kerajaan negeri pada masa itu tentang kepentingan penubuhan sekolah ini dan cara pentadbirannya amat signifikan.
Ekoran daripada kejayaan tersebut, pihak Majlis Islam Sarawak telah melantik al-marhum Tuan Haji Khalid Kaderi sebagai pegawai yang akan bertangungjawab untuk mengendalikan urusan pendaftaran dan menjaga kepentingan dan keperluan sekolah ini. Sekolah ini didaftarkan sebagai sebuah sekolah bantuan kerajaan. Dengan itu Majlis Islam Sarawak melalui Jabatan Agama Islam Sarawak akan bertanggungjawab terhadap pembangunan fizikal sementara urusan pentadbiran, kurikulum dan ikhtisas, penempatan murid dan guru adalah di bawah kawalan pihak Jabatan Pelajaran Sarawak. Walaupun tujuan utama pembukannya pada ketika itu adalah untuk menempatkan murid-murid SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, namun sejajar dengan hasratnya untuk melahirkan ummah yang berkualiti, sekolah ini juga telah menerima murid-murid Islam dari sekolah rendah kerajaan di sekitar Bandar Kuching pada masa itu.
Sekolah yang baru dibuka itu telah menumpang di beberapa buah bilik darjah di SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan sehinggalah premis tetapnya siap dibina pada tahun 1997. Pada 31 Januari 1997, sekolah ini telah berpindah ke premis baru ini yang terletak bersebelahan dengan SK (A) Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan di atas tapak seluas 80 ekar dengan kos binaannya sebanyak RM20 juta. Sekolah ini telah dirasmikan pada 19 Mei 1997 oleh Timbalan Perdana Menteri, YB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim. Selaras dengan peruntukan Akta Pendidikan 1991, semua sekolah menengah telah dijadikan sekolah menengah kebangsaan, sekolah ini telah bertukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Agama Majlis Islam Sarawak. Semasa perayaan sambutannya yang ke-10 tahun pada 6 Jun 2001, sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Zaidi sebagai memperingati ketokohan, sumbangan dan jasa al-marhum Tun Datuk Patinggi (Dr.) Ahmad Zaidi Adruce bin Muhammed Noor, Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang kelima.
Organisasi Sekolah
[sunting | sunting sumber]Direkodkan sumber tahun 2025.
Pada tahun 2025, Sekolah Menengah Kebansaan Agama Tun Ahmad Zaidi telah membuat beberapa organisasi tetap bagi jawatankuasa utama yang membantu sekolah seperti guru, Majlis Pemimpin Murid, dan Ahli Majlis Tertinggi.
Adalah penting untuk diingatkan bahawa organisasi ini diwujudkan berasaskan sumber tahun 2025. Organisasi Majlis Pemimpin Murid dan Ahli Majlis Tertinggi akan berubah setiap tahun.
Pentadbiran dan Pengurusan
======================
[sunting | sunting sumber]Pengetua
======================
[sunting | sunting sumber]Persatuan Ibu Bapa dan Guru
-Yang di-Pertua PIBG
-Timbalan Yang di-Pertua PIBG
======================
[sunting | sunting sumber]Guru Penolong Kanan
-Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik
-Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
-Penolong Kanan Kokurikulum
======================
[sunting | sunting sumber]Ketua-ketua Bidang
-Ketua Bidang Addin
-Ketua Bidang Sains dan Matematik
-Ketua Bidang Bahasa
-Ketua Bidang Kemanusiaan
-Guru Cemerlang
======================
[sunting | sunting sumber]Guru-guru
-Guru Subjek
-Guru Ganti
-Guru Bimbingan dan Kaunseling
======================
[sunting | sunting sumber]Berikut jadual di atas ialah organisasi pentadbiran dan operasi sekolah bagi perguruan. Boleh dirujuk jadual di atas untuk maklumat am sekolah, tetapi informasi yang tepat belum disahkan oleh pihak sekolah.
Majlis Pemimpin Murid
======================
[sunting | sunting sumber]Ahli Majlis Tertinggi
- Pengerusi Am Majlis Pemimpin Murid
- Pengerusi BADAR Majlis Pemimpin Murid
- Pengerusi Asrama Majlis Pemimpin Murid
- Timbalan Pengerusi Am Majlis Pemimpin Murid
- Timbalan Pengerusi BADAR Majlis Pemimpin Murid
- Timbalan Pengerusi Asrama Majlis Pemimpin Murid
- Setiausaha Am Majlis Pemimpin Murid
- Setiausaha BADAR Majlis Pemimpin Murid
- Setiausaha Asrama Majlis Pemimpin Murid
- Bendahari Am Majlis Pemimpin Murid
- Bendahari BADAR Majlis Pemimpin Murid
- Bendahari Asrama Majlis Pemimpin Murid
======================
[sunting | sunting sumber]Majlis Pemimpin Murid
- Ahli Am Majlis Pemimpin Murid
- Ahli BADAR Majlis Pemimpin Murid
- Ahli Asrama Majlis Pemimpin Murid
- Ahli PSS dan SPBT
======================
[sunting | sunting sumber]Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Kebanyakan calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) dari tahun 2007 hingga 2012 mendapat kelulusan dalam semua mata pelajaran. Bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari tahun 2007 hingga 2012 pula, kebanyakan calonnya mendapat kelulusan dalam semua mata pelajaran.[1]
Lagu sekolah
[sunting | sunting sumber]Lagu rasmi sekolah yang berjudul 'Al-Itqan Fil Amal' telah dicipta pada tahun 2003. Satu pertandingan mencipta lirik bagi lagu sekolah telah diadakan pada tahun yang sama. Sejumlah penyertaan daripada para pelajar dan guru sekolah telah diterima. Lirik yang dicipta oleh Ustaz Firdaus Abdullah telah terpilih menjadi juara dan digunakan secara rasmi. Melodi lagu tersebut telah dicipta oleh Prof. Mohd Fadzil Abdul Rahman, seorang pensyarah seni muzik dari UNIMAS. Lirik lagu Al-Itqan fil Amal adalah seperti berikut:
Sekolah kami yang unggul berdiri megah
Di atas panji-panji ikrar satu ummah
Berjuang, belajar berpaksikan satu fikrah
Untuk kejayaan diri dan juga sekolah
Ayuh kawan kita tekadkan ketaqwaan
Jadilah insan yang berguna dan beriman
Mendakap kesungguhan melahirkan keterampilan
Menyahut cabaran anak-anak wawasan
Sekolah kami menuju kejayaan
Membuka jalan ke arah ilmu pengetahuan
Berilmu, beramal tonggak kehidupan
Setiap insan iltizamkan kecemerlangan
Al-Itqan fil Amal menjadi satu wadah
Berjuang, berjihad mentamadunkan ummah
Diiringi doa bertawakal pada Allah
Kejayaan kami jadi matlamat sekolah
Kejayaan kami jadi matlamat sekolah
Kejayaan kami... jadi matlamat sekolah.
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Zaidi
- Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya,
- 93050 Kuching
- Sarawak,
Malaysia - Telefon = 6082312578
- Faks = 6082445397
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Analisis Peperiksaan Awam SMKA Tun Ahmad Zaidi". SMK Agama Tun Ahmad Zaidi. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2015. Dicapai pada 27 Mac 2013. Unknown parameter
|dead-url=ignored (bantuan)
