Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar
Lokasi
FELDA Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahBantuan Kerajaan
MotoHidup Berilmu
Ditubuhkan1974
Nombor sekolah07-8931980
Kod sekolahJEA 3042
PengetuaEn. Farzeli Bin Che Mat Mustafa
Faks07-8933313
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar merupakan sebuah sekolah menengah di Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Ia mula ditubuhkan pada tahun 1974 sebagai cawangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab, Kota Tinggi yang bertempat di FELDA Air Tawar 1 dan ditadbirkan oleh seorang Penyelia.

Pada tahun 1976, cawangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Air Tawar dengan menggunakan lambang sekolah sendiri. Pada tahun ini sekolah ini mula ditadbir oleh seorang pengetua. Pada tahun ini juga pelajar-pelajar mula menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran buat pertama kalinya di sekolah ini. Pelajar yang lulus dan mampu telah dihantar ke Sekolah Menengah Laksamana dan Sekolah Menengah Tun Habab untuk melanjutkan pelajaran mereka di Tingkatan 4 dan 5.

Pada tahun 1978, Sekolah Menengah Rendah Air Tawar yang bertempat di FELDA Air Tawar 1 telah dipindahkan lokasinya ke FELDA Air Tawar 2 sehinggalah sekarang. Pada awalnya sekolah ini dibina di atas sebuah tapak seluas 13.5 ekar dan hanya mempunyai 2 buah bangunan, sebuah bengkel dan sebuah kantin. Pada tahun 1983, sekolah ini dikenali sebagai SM Air Tawar sahaja kerana telah mempunyai pelajar-pelajar Tingkatan 4. Kumpulan pelajar pertama yang menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pertama di sekolah ini adalah pada tahun 1984.

Sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Ke-4 pada 29 Jun 1985 bersamaan dengan 10 Syawal 1405 Hijrah. Pada tahun 2009, sekolah ini telah ditambah dua bangunan tiga tingkat untuk menampung jumlah pelajar yang semakin ramai. Tujuan seterusnya ialah untuk mengadakan satu sesi iaitu hanya sidang pagi sahaja. Sehingga 2006 seramai 10 orang pengetua dan 2 pemangku pengetua telah bertugas mentadbir sekolah ini iaitu:

  • 1. En. Abdullah Bin Hj. Nasir (1976)
  • 2. En. Ismail Bin Johari (1978)
  • 3. En. Samsi Bin Nasir (1982)
  • 4. En. Ahmad Bin Mohd Nor (Pemangku-1985)
  • 5. En. Zainal Bin Nong (1986)
  • 6. Tn. Hj. Yusuf Bin Ab. Rahman (1989)
  • 7. Tn. Hj. Ishak Bin Isnin (Pemangku-1991)
  • 8. Tn. Hj. Abd. Karim Bin Harun (1992)
  • 9. Tn. Hj. Wan Ismail Bin Wan Ahmad (1995)
  • 10. Tn. Hj. Marsono Bin Legino (1999)
  • 11. Tn. Hj. Abd. Kadir Bin Basiran (2004)
  • 12. En. Ramlan Bin Abdul Rawi (2006)
  • 13. En. Zakaria Bin Abd. Jalil (2013)
  • 14. Pn. Hjh. Suwarti Binti Agus (2017)
  • 15. En. Farzeli Bin Che Mat Mustafa (2017)



Kemudahan yang ditawarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar adalah seperti berikut:-

  • 8 buah Makmal Sains (termasuk Makmal Biologi, Makmal Fizik dan Makmal Kimia)
  • 3 buah Makmal Komputer (MKYSI, MKICT, MKSTIC)
  • 3 Bengkel Kemahiran Hidup
  • Pusat Sumber Sekolah
  • Bengkel Reka Cipta
  • Bengkel MPV (Tanaman Makanan & Katering)
  • Bilik Kaunseling

Alamat surat menyurat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar
Felda Air Tawar 2,
81920 Kota Tinggi,
Johor Darul Takzim
Malaysia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]