Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh
Moto "Kecemerlangan Tekad Kami"
Ditubuhkan 1 Januari 2004
Dirasmikan 1 Januari 2004
Jenis Sekolah Menengah Harian
Pengetua Encik Mohd.Yusri bin Seman
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Puan Hajah Kamisah binti Ali
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Muhammad Radhi bin Masah
Penolong Kanan Kokurikulum Puan Rohila binti Ibrahim
Lokasi Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka
Kemasukan Pelajar 1112 murid (2017)
Nama singkatan S.M.K.A.K
Laman sesawang Laman SMK Ayer Keroh
Telefon (+6)06-2325157
Faks (+6)06-2313721


Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh (dikenali sebagai SMKAK) ialah sebuah sekolah menengah harian yang dibina di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Kedudukan sekolah yang strategik memudahkan para pelajarnya kerana berdekatan dengan kemudahan-kemudahan asas.

Sejarah sekolah[sunting | sunting sumber]

Bangunan SMK Ayer Keroh

Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh mula beroperasi pada tanggal 1 Januari 2004 di tapak yang ada sekarang iaitu di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Lokasinya berhampiran dengan Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) serta berada dalam lingkungan kawasan Hang Tuah Jaya yang merupakan pusat pentadbiran Negeri Melaka yang baru. Tenaga pengajar SMKAK terdiri daripada 17 orang guru sementara 4 orang kakitangan bukan guru pada tahun 2004. Kini,[bila?] tenaga pengajar telah bertambah seramai 46 orang guru dan 8 orang kakitangan bukan guru.

Pelajar-pelajar SMKAK ialah lepasan SK Ayer Keroh, SRJK(C) Ayer Keroh, SK Bukit Beruang, SK Demang Husin, SK Jalan Datuk Palembang, SMK Bukit Baru, SMK Tinggi St. David, SMK Bukit Katil, SMK Munshi Abdullah dan SMK Tun Mutahir. Pada tahun 2004, sekolah ini hanya menerima pelajar tingkatan satu, dua dan empat iaitu seramai 246 orang sahaja. Namun begitu pada tahun 2006, bilangan pelajar meningkat sebanyak 516 orang manakala jumlah kelas ialah 23 buah serta sebuah kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

Secara umumnya, SMKAK terdiri daripada 10 blok iaitu blok A (Pentadbiran), blok B (bilik darjah), blok C (bilik darjah), blok D (bilik makmal), blok E (bengkel), blok F (bengkel), blok G (kantin), blok H (stor sukan), blok K (surau) dan blok L (dewan serbaguna). Keluasan tanah kawasan sekolah ialah 7.55 ekar (328,878 kaki persegi), keluasan binaan (bangunan berbumbung) 9,556.17 meter persegi (102,859 kaki persegi) dan harga binaan sekolah ialah RM13.8 juta yang dibina mengikut konsep "Design & Rebuild".

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

Lagu rasmi sekolah[sunting | sunting sumber]

Kecemerlangan tekad kami
Cogan Kata, lambang jati
Semangat generasi Berjaya

Di sini, kami putera dan puteri
Berusaha, terus maju dan
Teroka era baru

Cita-cita tinggi menjulang
Mendukung hasrat ibu pertiwi
Membina Malaysia jaya
Aman makmur harmoni

Oh sekolah yang ku cinta
SMK Ayer Keroh
Moga kita direstui oleh
Yang Maha Esa, Ayah bonda

Semangat waja kan bertakhta
Di hati kami Cemerlang, Gemilang dan Terbilang .

Maklumat sekolah[sunting | sunting sumber]

Alamat surat menyurat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh
Taman Tasik Utama, 75450
Ayer Keroh, Melaka

No. telefon / faksimili[sunting | sunting sumber]

  • No. telefon: (+6)06-2325157
  • No. faksimili: (+6)06-2313721

Informasi ICT[sunting | sunting sumber]

Alamat e-mel:

  • smkayerkeroh@sekolah.mmu.edu.my
  • umict_smkak@yahoo.com.my

Visi dan misi sekolah[sunting | sunting sumber]

Visi:

SMK Ayer Keroh akan menjadi sekolah cemerlang di peringkat negeri Melaka menjelang tahun 2010.

Misi:

Ke arah melaksanakan sistem pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang mempunyai daya ketahanan tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara.

Dasar kualiti sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK Ayer Keroh percaya dan yakin bahawa:-

Sikap dan pemikiran yang profesional Semangat bekerjasama berpasukan Budaya kerja yang cekap, adil dan berhemah

Boleh memberikan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti tinggi kepada pelajar, ibu bapa dan masyarakat untuk memenuhi matlamat pendidikan negara.

Piagam pelanggan sekolah[sunting | sunting sumber]

Dalam merealisasikan Visi Sekolah, maka kami dengan penuh iltizam berjanji akan melaksanakan hak-hak pelanggan kami seperti berikut;

Kepada Pelajar:
Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan serta memberi peluang dengan adil dan saksama untuk mencapai kecemerlangan diri.

Kepada Masyarakat:
Memberi layanan mesra dan mewujudkan hubungan kerjasama yang baik ke arah peningkatan kecemerlangan pendidikan.

Kepada Negara:
Sentiasa berusaha ke arah pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020.

Kekuatan sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Binaan bangunan yang canggih dan tersendiri berasaskan Design & Build
  • Lokasi yang strategik berdekatan dengan pelbagai kemudahan asas
  • Keputusan PMR terbaik kategori sekolah harian di kawasan Ayer Keroh
  • Pencapaian cemerlang dalam pelbagai pertandingan di peringkat kawasan dan negeri
  • Masalah disiplin yang rendah
  • Kadar kehadiran yang tinggi
  • Warga pendidik yang komited dan berpengalaman
  • Kerjasama yang erat daripada pihak PIBG, komuniti dan institusi pengajian tinggi yang berdekatan

Kejayaan 2017[sunting | sunting sumber]

Bulan Merdeka 2017[sunting | sunting sumber]

Galeri Sejarah[sunting | sunting sumber]

Keris Melayu

Keris, senjata tradisional bagi masyarakat Melayu. Fungsinya untuk mempertahankan diri seseorang daripada diserang oleh musuh dan menjadi satu alat penting yang harus dibawa ke mana-mana sahaja. Keris, bagi masyarakat Melayu, bukan sahaja bertujuan untuk sebagai alat untuk memelihara diri daripada sebarang ancaman, namun dijadikan sebagai suatu lambang kekuasaan mahupun kemegahan seseorang. Malah, ketika berdirinya kesultanan Melayu, keris menjadi simbolik yang penting dalam adat-istiadat masyarakat Melayu. Sebagai contoh, Keris Taming Sari menjadi suatu lambang kehebatan pahlawan Melayu pada zaman dahulu. Pada hari ini, keris turut digunakan sebagai alat untuk membuat persembahan silat di majlis-majlis perkahwinan bagi masyarakat Melayu. Nilanya masih diangkat oleh masyarakat Melayu walaupun zaman berganti zaman.

Tepak Sirih

Tepak sirih merupakan barang perhiasan yang penting semasa berlangsungnya upacara rasmi khususnya dalam masyarakat Melayu. Tepak sirih ini dianggap sebagai salah satu warisan Melayu yang mempunyai nilai dan maksud yang tersendiri. Bahagian dalam tepak sirih dibahagikan kepada dua bahagian dan diletakkan di dalamnya bahan-bahan seperti pinang, kapur, gambir, tembakau, cengkih, daun sirih dan kacip. Fungsi lain bagi tepak sirih ini ialah bagi mengapur sirih dan bahan-bahan yang terdapat dalam tepak sirih harus disusun dengan tertib dan mengikut aturan atau langkah dalam mengapur sirih.

Bakul Sia

Bakul Sia merupakan bakul tradisi bagi masyarakat Baba dan Nyonya khususnya di negeri Melaka. Bakul ini mempunyai pelbagai jenis tujuan pada zaman dahulu, adakalanya digunakan untuk tujuan majlis perkahwinan dan dijadikan sebagai pemberian hadiah kepada saudara-mara terdekat. Tujuan Bakul Sia ini adalah untuk menyimpan makanan.

Kapal Layar

Kapal layar merupakan suatu alat atau binaan yang dibentuk untuk memudahkan pelayaran dan penjelajahan seseorang menggunakan jalan laut. Alat pengangkutan seperti ini amat popular digunakan ketika berlakunya era penjelajahan dan pelayaran menggunakan jalan air. Pemerintah sesebuah kerajaan mengarahkan anak-anak buahnya untuk belayar keluar dari sesebuah empayar bagi membolehkan mereka mengetahui dan melihat dunia luar. Segala ilmu dan maklumat yang dimiliki mereka akan memudahkan mereka untuk melakukan aktiviti pelayaran akan datang sekiranya jalan-jalan laut telah diketahui terlebih dahulu. Kapal layar bukan sahaja membawa manusia untuk pergi ke suatu tempat, malah alat pengangkutan laut ini turut berperanan membawa barangan seperti barangan rampasan perang. Kapal layar berfungsi mengikut haluan angin dan mempunyai pelbagai jenis bentuk, saiz dan fungsi, bergantung kepada keperluan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]