Sekolah Menengah Kebangsaan Bakong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bakong
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 1409, Miri, 98008, Miri,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERAZAM
Nombor sekolah6085744227
Kod sekolahYEE4301
Faks6085743203


Sekolah Menengah Kebangsaan Bakong atau nama ringkasnya SMK Bakong, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 1409, Miri.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bakong memiliki 592 pelajar lelaki dan 726 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1318 orang. Ia mempunyai seramai 72 orang guru.2009

Bemula di Camp JKR Temam pada tahun 1981.[sunting | sunting sumber]

Melihat kepada keperluan untuk mengadakan sebuah sekolah menengah di daerah Bakong ini sendiri, masyarakat setempat yang diketuai oleh Ketua Masyarakat, Encik Wahed bin Jimlos telah sebulat suara untuk mengutus permohonan ke Kementerian Pelajaran Malaysia agar Kementerian mengambil tindakan segera untuk mendirikan sebuah sekolah menengah di sini. Permohonan tersebut telah mendapat perkenaan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Justeru, lahirlah Sekolah Menengah Kebangsaan Bakong pada tahun 1980.

Sementara menunggu pembinaan sekolah yang dijanjikan tersebut siap, Sekolah Menengah Kerajaan Bakong bertapak di lokasi sementara, iaitu di Kem Jabatan Kerja Raya, Sungai Temam. Bangunan yang diperbuat daripada kayu, dengan bumbungnya daun atap merupakan permulaan bagi SMK Bakong. Pada tahun pertama penubuhannya, Sekolah Menengah Kerajaan Bakong hanya mempunyai 10 orang tenaga pengajar (termasuk pengetua) dengan hanya 115 orang pelajar. Genap 2 tahun bertapak di Kem Jabatan Kerja Raya, bermulalah lembaran baru sejarah Sekolah Menengah Kerajaan Bakong di kawasan yang lebih strategik dengan kemudahan infrastruktur dan prasarana yang lebih canggih dan anggun serta tidak ketinggalan lebih selesa iaitu di lokasi sedia ada sekarangan pada tahun 1982.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bakong
Peti Surat 1409, Miri
98008, Miri
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6085744227
Fax = 6085743203

Pautan luar[sunting | sunting sumber]