Sekolah Menengah Kebangsaan Bakti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bakti
Lokasi
Jalan Kubang Menerong, 13300, Tasek Gelugor, Mutiara Timur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6045731080
Kod sekolahPEE2056[1]
Pengerusi PIBGEN AHMAD ISMAIL B ABDUL RAHIM
PengetuaTn Hj. Suhaimi bin Abdullah
GPK Pentadbiran dan AkademikTn Hj Zolkifli bin Husain
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTn Hj. Muhamad bin Hashim
Penolong Kanan KokurikulumTn Hj Jafri bin Abdul Karim
Faks6045734758
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google
PERTANDINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI

Sekolah Menengah Kebangsaan Bakti atau nama ringkasnya SMK Bakti, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Kubang Menerong.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bakti memiliki 773 orang pelajar lelaki dan 722 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1,495 orang. Ia mempunyai seramai 93 orang guru.2009

Pada Tahun 2015 bilangan kelas adalah sebanyak 43 buah kelas yang terdiri daripada 3 buah (Kelas Aliran Agama), 4 buah kelas Pra-U. Bilangan guru keseluruhannya seramai 98 orang. Bilangan pelajar secara keseluruhannya pula ialah seramai 1,415 orang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada awal tahun 1969, kerja-kerja pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Gelugor dimulai di atas satu kawasan seluas 4.8 hektar, di belakang Pusat Kesihatan Tasek Gelugor dan bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor. Pada peringkat awal, dibina dua buah blok bangunan dua tingkat dan sebuah kantin serta padang permainan dan siap dibina pada akhir tahun 1970.

Pada bulan Januari 1971, Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Gelugor mula dibuka dengan menerima pelajar di sekitar Tasek Gelugor untuk persekolahan tingkatan satu dan dua dalam aliran Melayu, dan ‘remove class’, ‘form one’ dan ‘form two’ dalam aliran Inggeris. Terdapat 10 buah kelas yang menampung 341 orang murid dan 15 orang guru dan 4 orang pekerja. Guru Besar (sekarang Pengetua) yang pertama ialah Encik Wan Din bin Wan Abdul Rahim dan Penolong Kanan ialah Encik Ahmad bin Rejab, kerani Miss Chong, dengan dibantu oleh pekerja am Encik Zainon bin Abu Bakar, Encik Ali bin Lazim, dan kemudian Encik Mohd Taib bin Shariff. Dua bangunan yang ada ketika itu ialah bangunan Marikh dan Musytai.

Nama Sekolah[sunting | sunting sumber]

Pada peringkat awal, sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Gelugor tetapi kemudiannya diubah kepada satu nama lain. Satu mesyuarat penting diadakan antara Guru Besar (Encik Wan Din bin Wan Abdul Rahim) dengan Ahli Jawatankuasa dan Pengerusi Jemaah Tadbir, Encik Mohamad Idris pada tahun 1978 telah bersetuju menukarkan nama sekolah ini kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Bakti. Dengan demikian, nama sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Bakti mulai tahun 1978. Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Gelugor pulak diambilalih oleh sekolah baharu yang dibina di sebelah Jalan Pokok Tampang dan dibuka pada 2021 bagi mengurangkan kesesakan pelajar di sekolah ini.

Lencana[sunting | sunting sumber]

Lencana sekolah telah dicipta oleh Cikgu Shuib Talib pada tahun 1971, yang menggunakan warna merah, kuning dan hijau di samping moto “Progresif dan Produktif”. Bendera sekolah kemudiannya dicipta pada tahun 1972 dengan berdasarkan warna merah, hijau dan kuning serta lencana sekolah di tengahnya.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

AKADEMIK

SPM 2016 GPS 6.2

PERTANDINGAN EUROINVENT 2018

SPM 2017 GPS 5.84

SPM 2018 GPS 5.91

SPM 2019 GPS 5.86

KOKURIKULUM

  1. Pasukan Bola Sepak SMK Bakti menjadi johan dua tahun berturut-turut pada 2011 dan 2012.
  2. Naib Johan Cemerlang Kokurikulum kategori Persatuan Peringkat Negeri Pulau Pinang 2018.
  3. Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa. 2 GOLD MEDAL. [1]

MAKLUMAT BILANGAN GURU/STAF

GURU AKP
2018 90 15
2019 92 15
2020 91 15

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bakti
Jalan Kubang Menerong
13300, Tasek Gelugor
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6045731080
Faks = 6045734758

Bilangan Enrolmen dan Kelas[sunting | sunting sumber]

  1. 2017 - 1,350 murid - 42 kelas
  2. 2018 - 1350 - 42 kelas
  3. 2019 - 1390- 43 kelas
  4. 2020 -1350- 42Kelas

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]