Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Razali Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Razali Ismail
Lokasi
 Malaysia Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu, Malaysia, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaanSekolah kluster kecemerlangan
MotoBerilmu Beriman Bertaqwa
Nombor sekolah6096246885
Kod sekolahTEA3120[1]
Pengerusi PIBGHaji Ibrahim Bin Muda
PengetuaArman Bin A Razak
GPK Pentadbiran dan AkademikHajah Rafidah Binti Aziz
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMuhammad Masri Bin Malik @ Maarof
Penolong Kanan KokurikulumSuhaimi Bin Abdullah
Faks6096317192
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Razali Ismail atau nama lamanya Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar telah ditukar nama menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Razali Ismail sempena memperingati Nama mantan ahli parlimen kuala terengganu yang juga timbalan menteri pendidikan ketika itu. Majlis pertukaran nama ini telah disempurnakan oleh YAB Dato'Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak (perdana menteri Malaysia). Sekolah ini memiliki 443 pelajar lelaki dan 520 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 963 orang. Ia mempunyai seramai 78 orang guru..2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Dato'Razali Ismail(SMKDRI)mula dibuka pada 1Disember 1995,mempunyai 5 blok bangunan serta sebuah makmal ICT,kantin,surau dan Dewan. Dibuka secara rasmi pada 3 januari 1996.Tuan Haji Adnan Bin Mohd Noor selaku pengetua pertama,Bilangan pelajar seramai 220orang,16orang guru dan 3orang staff sokongan.GPK Pentadbiran pertama:En Roslan Bin Awang.GPK pentadbiran kedua:En Bakat Bin Mamat.GPK Hem kedua:Pn Hajah Zainun Binti Abdullah.GPK kokurikul pertama:En Ali Bin Abu Bakar. SMK Dato'Razali Ismail merupakan sebuah sekolah kawalan daerah kuala terengganu. Pada tahun 2002 projek pembinaan 2Blok bangunan tambahan mula dilaksanakan ekoran pertambahan bilangan pelajar,iaitu Blok F dan G.Mulai tahun 2012 SMKDRI telah diisytiharkan sebagai sekolah "Feader" yang telah ditetapkan oleh jabatan pendidikan negeri terengganu.Keputusan PMR 2011 mencapai keputusan terbaik semenjak penubuhan SMKDRI,seramai 38 pelajar cemerlang PMR2011 telah dibawa lawatan ke sarawak.Pada 25jun 2012 SMKDRI telah menjadi tuan rumah pertandingan pantun peringkat kebangsaan.Pada 2julai 2012 pemverifikasian sekolah kluster kecemerlangan telah dijalankan oleh jemaah nazir.Keputusan SPM 2013 dengan pencapaian GP 2.94 merupakan sejarah pencapaian terbaik sekolah dan kejayaan ini telah menjulang nama SMKDRI dengan menerima Anugerah sekolah harian terbaik SPM 2013.Pada tahun 2014 SMKDRI telah dianugerahkan Sekolah kluster kecemerlangan(SKK) fasa 8,Sekolah juga telah terpilih antara 14 buah sekolah diNegeri terengganu untuk melaksanakan PISA.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengaah Kebangsaan Dato' Razali Ismail telah dianugerahkan sebagai Sekolah kluster kecemerlangan(SKK) fasa 8 pada 28 jun 2014. Sekolah ini juga dikenali dengan nama SMKDRI/Razalian'S. Pada Tahun 2012-Muhammad Khairul Azam Bin Kamarul Zaman murid tingkatan 3Al-Khazani telah mewakili Kontinjen Terengganu dalam kejohanan SUKMA 2012 dalam acara angkat berat dan Azizatul Asma Binti Dato' Abdullah pelajar tingkatan 4 dalam acara Equestrian.Azizatul asma telah mendapat johan dalam acara tersebut.Azizatul asma juga telah menjuarai tempat kedua dalam pertandingan Equestrian Remaja Dunia. Pasukan badminton sekolah bwh 15 dan 18 telah mendapat naib johan dalam pertandingan badminton Peringkat Kuala terengganu selatan(KTS). SMKDRI juga telah berjaya mencapai pelbagai pencapaian dalam bidang akademik,kokurikulum dan Sukan di peringkat Antarabangsa,Kebangsaan,Negeri Dan Daerah.

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

Haji Hashim bin Abd Rahman (2006-2008)
Haji Mohd Bin Abu Bakar (2008-2010)
Puan Hajah Zah Binti Mohamad (2010-2011)
Hajah Rokiah Binti Hassan (2011-2017)
Haji Khairi Bin Mohd Noor (2017-sekarang)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar
Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon: 6096246885
Fax: 6096317192

Lagu SMKBandar/SMK Dato' Razali Ismail[sunting | sunting sumber]

Lagu SMKDRI/Razalian'S:

Sentiasa menuju kecemerlangan :bersama(Gedung Watan Jaya)
Dari lembaran sejarah
Telah pun dibuktikan
Gedung lambang keagungan
Anak watan jaya
Warganya berdedikasi
Cekal dan berdikari
Budi perkerti mulia
Suci hati nurani
Chorus
Berilmu beriman bertaqwa
Pegangan hidup kami
Sentiasa menuju kecemerlangan bersama
Jadi arah tujuan
Dibidang kurikulum
Sentiasa gemilang
Dibidang kokurikulum
Tetap diutamakan
Sentiasa Menuju Kecemerlangan Bersama
SMKDRI...SMKDRI...SMKDRI.....

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]