Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi
Lokasi
Jalan 2, Bandar Baru Bangi, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah03-89250245
Kod sekolahBEA4603[1]
Faks03-89251590
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru atau nama ringkasnya SMK Bandar Baru Bangi, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi memiliki 1077 pelajar lelaki dan 1030 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2107 orang. Ia mempunyai seramai 111 orang guru.2009

Ia terletak berhampiran Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Bandar Baru Bangi telah dibuka pada 1 Januari 1983 dan beroperasi dengan satu sesi sahaja. Ketika itu bilangan gurunya adalah seramai 11 orang dengan 161 orang pelajar. Mereka belajar di tingkatan 1 dan 2 serta ditempatkan di dalam 2 blok bangunan dengan 16 buah bilik darjah. Para pelajarnya pula terdiri daripada anak-anak penduduk sekitar Bandar Baru Bangi. 90% pelajarnya terdiri daripada pelajar-pelajar Melayu. Sekolah ini telah mula membuka kelas tingkatan 4 pada tahun 1986 untuk memenuhi keperluan pembelajaran pada masa itu, walaupun sekolah telah mula mengeluarkan pelajar lulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) sejak tahun 1984 lagi. Tingkatan 4 aliran sains dimulakan pada tahun 1990. SMK Bandar Baru Bangi telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad, Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 pada 15 Oktober 1990. Manakala pada 1 Mac 1994, status sekolah ini telah dinaiktarafkan dari Gred B ke Gred A pada 1 Mac 1994. Kawasan sekolah ini adalah seluas 11.2 ekar / 4.53 hektar.

Apabila kerajaan Malaysia melancarkan projek Multimedia Super Corridor (MSC), Sekolah Bestari adalah sebahagian daripada projek itu. Sejak itu, konsep pembelajaran Bestari adalah satu topik yang hangat diperkatakan di antara tenaga pengajar dan pelatih dalam Malaysia. Fasa pertama bagi memulakan operasi Sekolah Bestari adalah pada tahun 1999. SMK Bandar Baru Bangi telah dipilih untuk menjadi sekolah perintis bagi memulakan program Sekolah Bestari ini, sehubungan dengan status sekolah Bandar. Sehubungan dengan itu, SMK Bandar Baru Bangi telah mendapat sebuah makmal komputer bestari.

Pada tahun 2000, aliran Information Technology (IT) diperkenalkan kepada pelajar tingkatan 4 dan subjek Literasi Komputer untuk pelajar tingkatan 1. Sebuah lagi makmal didirikan menerusi sumbangan PIBG. Pada tahun 2003, SMK Bandar Baru Bangi telah memenangi Anugerah Sekolah Harapan Negara kategori Sekolah Menengah Luar Bandar peringkat Negeri Selangor dan Johan Peringkat Kebangsaan pada tahun 2004. Manakala pada tahun 2005, SMK Bandar Baru Bangi telah mendapat tempat ketiga Anugerah Kualiti peringkat Kebangsaan dan menerima Anugerah Lestari peringkat kebangsaan pada tahun 2006. Keceriaan SMK Bandar Baru Bangi telah mendapat perhatian daripada pihak pengarang majalah Anjung Seri apabila terpilih menjadi penghias ruangan cantik dan ceria di majalah Anjung Seri keluaran Mac 2007.

SMK Bandar Baru Bangi terletak di Jalan 2/1, Bandar Baru Bangi. Sekolah ini beroperasi pada 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang di mana sesi pagi untuk pelajar tingkatan 3,4 dan 5 sementara pada sesi petang untuk pelajar tingkatan 1 dan 2. Jumlah pelajar setakat tahun 2011 adalah seramai 2089 orang yang diuruskan oleh 118 staf akademik dan 14 orang staf bukan akademik. Pelajar-pelajar ditempatkan di 51 kelas dengan purata 46 orang pelajar untuk setiap kelas.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Juara plate rugby mssd 2017 selepas menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian di peringkat akhir

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi
Bandar Baru Bangi
Selangor, Malaysia
Telefon = 03-89250245
Faks = 03-89251590

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]