Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Perda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Perda
Lokasi
Bandar Baru Perda, 14000, Bukit Mertajam,, Mutiara Timur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6045306094
Kod sekolahPEA0012
Faks6045306054


Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Perda atau nama ringkasnya SMK Bandar Baru Perda, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Bandar Baru Perda.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Perda memiliki 552 pelajar lelaki dan 508 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1060 orang. Ia mempunyai seramai 70 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum tahun 2002, ibu bapa yang menetap di Taman Hj Mohd Amin, Pmtg Batu dan Kebun Sireh telah menghantar anak-anak mereka ke SMK Sama Gagah dan SMK Permatang Rawa, jarak yang agak jauh dari rumah. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan telah membina sebuah sekolah menengah di Bandar Baru PERDA. Sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru PERDA atau singkatannya SMKBBP.

SMKBBP terletak kira-kira 2 kilometer ke arah Barat Bandar  Bukit Mertajam dan 10 kilometer arah Timur Bandar Butterworth. Kawasan perumahan yang berada di Bandar Baru PERDA ialah Kondominium Mutiara dan Pangsapuri Permata.

SMKBBP terletak di daerah Bukit Mertajam dan sekolah ini dibuka pada 2 Januari 2002. Sekolah ini dibina berlandaskan Rancangan Jabatan Pendidikan Menengah di kawasan Bandar Baru PERDA. Tapak asal sekolah ini adalah sawah padi milik orang kampung yang dibeli oleh pihak Aseania.

Namun Kerajaan telah memperolehi tapak berkenaan dari Aseania dan membangunkan sebuah sekolah yang mempunyai keluasan 12,227,076 meter persegi bersamaan dengan 302 ekar. Pemaju yang bertanggungjawab mendirikan SMKBBP ialah Syarikat Bintang Sdn Bhd dengan pemantauan oleh pihak JKR Daerah Seberang Perai Tengah.  Bangunan asal dibina ialah 4 blok bangunan 4 tingkat, lengkap dengan 6 buah makmal sains, sebuah makmal komputer serta bengkel kemahiran hidup.

SMKBBP mula beroperasi dengan 127 orang pelajar Tingkatan 1 dan 11 orang guru serta 2 orang staf sokongan. Pada tahun 2003, seramai 87 orang pelajar Tingkatan 4 mula ditempatkan. Calon PMR dan SPM pertama adalah pada tahun 2015. Bilangan pelajar semakin bertambah dari tahun ke tahun dan SMKBBP mampu menampung sehingga 1000 orang pelajar dalam satu masa.

Individu yang bertanggungjawab dalam menyelaras dan menguruskan SMKBBP pada awal pembukaan sejak 2002 ialah Encik Abdul Rashid Bin Haji Mansor yang kemudiannya dilantik sebagai Pengetua pada 1 Julai 2003.

Lencana dan bendera sekolah telah dicipta oleh Tuan Syed Jaafar Bin Syed Abdul Aziz setelah mendapat pandangan dari Penyelaras Sekolah pada waktu itu iaitu Encik Abdul Rashid Bin Haji Mansor serta dibantu oleh 2 adik beradik beliau iaitu Puan Azizah Binti Haji Mansor ; Guru Pendidikan Seni Visual dari SMK Datuk Haji Ahmad Said dan Encik Azhar Bin Haji Mansor ; Penolong Kanan SK Tok Bedu. Keterangan mengenai Bendera dan Lencana sekolah ada disertakan bersama. 

=Pencapaian[sunting | sunting sumber]

JOHAN PESTA PANTUN PERINGKAT ZON PADA TAHUN 2013

JOHAN CHORAL SPEAKING PERINGKAT ZON PADA TAHUN 2012

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Perda
Bandar Baru Perda
14000, Bukit Mertajam
Pulau Pinang,  Malaysia
Telefon = 6045306094
Fax = 6045306054

Pautan luar[sunting | sunting sumber]