Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi
Lokasi
 Malaysia Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, SEPANG, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Moto"Berilmu, Beriman, Sahsiah Terbilang"
Nombor sekolah+60387068849
Kod sekolahBEA9604[1]
Pengerusi PIBGDato' Hj. Helmy bin Arshad
PengetuaRosmahwati Binti Sanusi
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Roziana Binti Aminorlah
Penolong Kanan KokurikulumPuan Salma Binti Mohd Noor
Faks+60387068851
Laman sesawang
Sekolah Amanah KOHORT November 2015


Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi atau nama ringkasnya SMK Bandar Baru Salak Tinggi, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Salak Tinggi Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi.

Pada 2016, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 1930 orang dan mempunyai seramai 156 orang guru.

Lambang Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Buku : Sumber ilmu / kecemerlangan kukurikulum
  • Pen  : Alat menyalurkan / mengembangkan ilmu
  • Menara : Lambang kemegahan / kehebatan sekolah
  • Kubah : Kesepaduan ilmu dunia dan akhirat
  • Roda : Kecermerlangan sains dan teknologi
  • Gelang : Kecermerlangan
  • Warna Merah : Keberanian menghadapi cabaran
  • Warna Biru : Kecintaan terhadap ilmu dan antara insan
  • Warna Kuning  : Cemerlang dan gemilang

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Bandar Baru Salak Tinggi (SMKBBST) ditubuhkan pada tahun 2001 dan mula beroperasi pada 3 Januari 2001. Sekolah ini merupakan sekolah menengah kelima yang ditubuhkan di daerah Sepang. Pada peringkat awal, bilangan pelajar adalah seramai 73 orang iaitu terdiri daripada dua kelas Tingkatan Satu. Bilangan tenaga pengajar pula seramai 13 orang termasuk tiga orang pentadbir. Tuan Haji Hisamuddin b. Husnin merupakan pengetua pertama sekolah ini. Pada masa itu, hanya seorang pembantu tadbir sahaja yang ditugaskan di SMKBBST.

Oleh sebab bangunan SMKBBST belum siap sepenuhnya, sekolah ini terpaksa ditumpangkan di bagunan SMK Seri Sepang. Pada 11 Jun 2001 barulah SMKBBST berpindah ke bangunan baru, bilangan pelajar SMKBBST semakin meningkat dari setahun ke setahun. Daripada jumlah pelajar seramai 73 orang pada tahun 2001, bilangan pelajarnya telah meningkat kepada 1050 orang pada tahun 2005, bilangan kelas telah bertambah kepada 37 kelas yang terdiri daripada empat kelas Tingkatan Lima, lima kelas Tingkatan Empat, sembilan kelas Tingkatan Tiga, sepuluh kelas Tingkatan Dua, lapan kelas Tingkatan Satu, dan satu kelas Pendidikan Khas.

Bagi menampung keperluan pelajar khususnya pelajar yang tinggal berjauhan dengan sekolah, asrama putera dan asrama puteri telah disediakan. Asrama SMKBBST mampu menumpang seramai 250 orang pelajar dan mula beroperasi pada tahun 2002. Sekolah ini juga merupakan sekolah pertama yang ditubuhkan di daerah Sepang yang menawarkan kelas khas aliran Bahasa Arab pada tahun 2002. Seterusnya pada tahun 2003, kelas pendidikan khas mula dibuka. Bagi menggerakkan sokongan dan peranan ibubapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan. Encik Jamil bin Hj. Saad telah dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Penaja yang seterusnya dilantik sebagai Yang Dipertua PIBG SMKBBST yang pertama.

Dalam bidang kokurikulum pula, pada tahun 2005 sebuah makmal komputer yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran (kini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan) mula beroperasi dan setahun selepas itu, mata pelajaran Teknologi Maklumat (IT) mula diperkenalkan kepada pelajar tingkatan empat sebagai subjek elektif bagi memaksimumkan penggunaan prasarana ini. Pada tahun 2006, subjek Pendidikan vokasional iaitu subjek: Hiasan dalaman turut ditawarkan kepada pelajar tingkatan empat. Hal ini bertujuan mewujudkan kesinambungan antara pelajar yang mengambil jurusan Sains, Sastera, dan Kemahiran bagi mempersiapkan diri dengan kemahiran yang boleh digunakan apabila tamat tempoh persekolahan nanti.

Pada tahun 2006 juga, SMKBBST maju selangkah lagi ke hadapan dengan penubuhan kelas Tingkatan Enam. Sebagai permulaan, hanya 2 kelas yang ditawarkan iaitu kelas aliran Sains yang dinamakan 6 Ibnu Sina dan kelas aliran Sastera iaitu kelas 6 Al-Farabi. Pada tahun 2007 pula, SMKBBST sekali lagi melakar sejarah apabila buat pertama kalinya kelas Tingkatan 4 jurusan Sains Tulen Agama diperkenalkan. Sekolah ini telah menjadi sekolah harian pertama di daerah Sepang yang menawarkan kelas aliran Sains Tulen Agama.

Pada tahun yang sama juga, persekolahan sesi petang telah mula dilaksanakan dengan bilangan pelajar seramai 250 orang dan 11 guru sahaja.

Dengan komitmen yang tinggi antara pihak sekolah yang dikemudi oleh Tuan Hj. Mohamad Yusri bin Dahrumi serta PIBG yang dipimpin oleh Tuan Hj. Helmy bin Arshad, ia telah meletakkan nama SMKBBST sebaris sekolah terbaik di Malaysia apabila pernah dicalonkan sebagai Sekolah Cemerlang Kategori Asrama Harian.

Asrama[sunting | sunting sumber]

Bagi menampung keperluan pelajar khususnya pelajar yang tinggal berjauhan dengan sekolah, asrama aspura dan asrama aspuri telah disediakan. Asrama SMK Bandar Baru Salak Tinggi mampu menampung seramai 250 pelajar dan telah mula beroperasi sejak tahun 2002. Terdapat 6 dorm yang disediakan bagi menampung pelajar aspura manakala 7 dorm disediakan untuk pelajar aspuri.

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Berazam untuk :

  • Melonjakkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum melalui pendekatan yang berkesan dan inovatif.
  • Melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, dan memiliki sahsiah cemerlang melalui pelbagai program yang efektif.
  • Memupuk budaya kerja yang berintegriti dan berusaha mengadakan permuafakatan bestari dengan pelbagai komuniti setempat.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi
Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi
Selangor, Malaysia
Telefon = +60387068849
Fax = +60387068851

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]