Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 607, Bintulu, 97008, Bintulu,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBandarian Progresif
Nombor sekolah6086332615
Kod sekolahYEA9101
Pengerusi PIBGEncik Edwin Wong Ing Hoe
PengetuaPuan Rubiah binti Haji Taip (2021)
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Valerie Soon Lai Meng
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Marzuki bin Kipli
Penolong Kanan KokurikulumPuan Muni anak Manai
Faks6086313851


Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu atau nama ringkasnya SMK Bandar Bintulu, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 8 Jalan Tun Hussein Onn, Bintulu.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu memiliki 1204 pelajar lelaki dan 1187 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2391 orang. Ia mempunyai seramai 123 orang guru.2009

Latar Belakang Sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK Bandar Bintulu bermula pada awal tahun 1982, dipimpin oleh Pengetua Tuan Haji Bakeri Yusuf dengan berkongsi bangunan dengan SRK Kampung Baru, ketika itu SMK Bandar Bintulu hanya mempunyai 8 orang guru dan 5 buah kelas sahaja iaitu kelas Peralihan dan Tingkatan 1.

Pada 8 Ogos 1988, sekolah ini telah berpindah ke tapak baru, di KM8, Jalan Tun Hussein Onn. Pada tahun 1996, sekolah ini telah dinaikkan taraf ke Gred A.

Kini SMK Bandar Bintulu mempunyai 71 buah kelas, 2600 pelajar dengan tenaga pengajar 152 orang dan 15 orang staf sokongan.


Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Bandar Bintulu

Sekolah yang mulia

Di sini kami bercita-cita

Memaju bangsa Negara

Sekolah Menengah Bandar Bintulu

Sekolah yang berjasa

Kami berdoa semua sejahtera

Kekal abadi sentiasa

Kepada sekolah kami ingat

Hati semarak penuh semangat

Segala didikan kami hargai sangat

Pelajaran baik disambut hangat

Wahai Sekolah Menengah Bandar

Namamu tetap mengharum

Doa dan harapan kami sandar

Kemuncak cita-cita menguntum

Kepada sekolah kami ingat

Hati semarak penuh semangat

Segala didikan kami hargai sangat

Pelajaran baik disambut hangat

Demi Sekolah Menengah Bandar

Pendidik pelajar satu hati

Menegak memurni janji dan ikrar

Hiduplah kekal abadi

Hiduplah kekal abadi

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu
Km 8 Jalan Tun Hussein Onn,
Peti Surat 607,
97008, Bintulu
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6086332615
Fax = 6086313851

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]