Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puchong Jaya (B)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 3°02′37″N 101°37′34″E / 3.043541°N 101.62619°E / 3.043541; 101.62619

SMK Bandar Puchong Jaya (B)
Lokasi
Jalan Tempua 3, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Daerah Petaling, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, sekolah kerajaan
Moto"Disiplin Usaha Jaya"
Nombor sekolah0380620463
Kod sekolahBEA8657
PengetuaMohd Redzwan bin Hassan
GPK Pentadbiran dan AkademikMohd Salwai bin Ismail
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridRamziah binti Husin
Penolong Kanan KokurikulumRohaida binti Attan
Faks0380620487
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puchong Jaya (B) atau ringkasnya dikenali sebagai SMK Bandar Puchong Jaya (B) merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Selangor, Malaysia. Sekolah ini terletak di Jalan Tempua 3 dalam kawasan perbandaran Bandar Puchong Jaya dalam Daerah Petaling.[1][2][3] SMK Bandar Puchong Jaya (B) merupakan salah satu sekolah yang terletak di bawah authoriti Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana.[2][3]

Kod sekolah bagi SMK Bandar Puchong Jaya (B) ialah BEA8657. Status sekolah ini merupakan sekolah yang terletak di kawasan bandar dan merupakan sekolah kerajaan. Pada Julai 2021, SMK Bandar Puchong Jaya (B) memiliki jumlah keseluruhan pelajar sebanyak 1161 orang.[2] Ia terdiri daripada pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Terdapat sebanyak 67 orang guru yang bertugas di SMK Bandar Puchong Jaya (B) pada bulan Julai 2021.[2]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

SMK Bandar Puchong Jaya (B) terletak di Jalan Tempua 3 dalam kawasan perbandaran Bandar Puchong Jaya di kawasan poskod Puchong. Keduduka sekolah ini terletak di berdekatan dengan persilangan dua jalan raya iaitu Jalan Tempua 3 dan Jalan Tempua 5. Bangunan sekolah ini terletak bertentangan dengan Kondominium La Vista (La Vista Condominium) di belah utara. Terletak juga berhampiran dengan sekolah ini ialah IOI Mall Puchong Jaya, kawasan komersial Jalan Kenari, kawasan perdagangan 1 Puchong (1 Puchong Business Park), stesen LRT IOI Puchong Jaya, dan Apartmen Sri Kesidang.[1] Kedudukan koordinat geografi bagi SMK Bandar Puchong Jaya (B) pula terletak di 3°02′37″N 101°37′34″E / 3.043541°N 101.62619°E / 3.043541; 101.62619.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Peta Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puchong Jaya (B)". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e "Senarai Sekolah Rendah dan Menegah Jun 2021". Kementerian Pendidikan Malaysia. 30 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 24 September 2022. Dicapai pada 30 Disember 2023.
  3. ^ a b "Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puchong Jaya (B), Puchong". APAC Directory (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Februari 2024.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]