Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (2)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 3°08′21″N 101°36′39″E / 3.139251°N 101.61086°E / 3.139251; 101.61086

SMK Bandar Utama Damansara (2)
Bangunan luaran sekolah, 2021
Lokasi
Jalan BU 1/11, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Daerah Petaling, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, sekolah kerajaan
Moto"Berilmu Bertaqwa"
Nombor sekolah0377105286
Kod sekolahBEA8658
PengetuaMohd. Hijazi bin Mohd. Harawi[1]
GPK Pentadbiran dan AkademikNorzi bin Saari[1]
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridNorita binti Muhammad[1]
Penolong Kanan KokurikulumSalawati binti Ahmad Ghazali[1]
Faks0377105287
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (2) atau ringkasnya dikenali sebagai SMK Bandar Utama Damansara (2) merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Selangor, Malaysia. Sekolah ini terletak di Jalan Bandar Utama (BU) 1/11 dalam kawasan perbandaran Bandar Utama dalam Daerah Petaling.[2][3][4] SMK Bandar Utama Damansara (2) merupakan salah satu sekolah yang terletak di bawah authoriti Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Utama.[3][4]

Kod sekolah bagi SMK Bandar Utama Damansara (2) ialah BEA8658. Status sekolah ini merupakan sekolah yang terletak di kawasan bandar dan merupakan sekolah kerajaan. Pada Julai 2021, SMK Bandar Utama Damansara (2) memiliki jumlah keseluruhan pelajar sebanyak 912 orang.[3] Ia terdiri daripada pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Terdapat sebanyak 61 orang guru yang bertugas di SMK Bandar Utama Damansara (2) pada bulan Julai 2021.[3]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

SMK Bandar Utama Damansara (2) terletak di Jalan BU 1/11 dalam kawasan perbandaran Bandar Utama di kawasan poskod Petaling Jaya. Kedudukan sekolah ini terletak di berdekatan dengan persilangan dua jalan raya iaitu Lebuh Bandar Utama dengan Jalan BU 1/11. Sekolah ini terletak bertentangan dengan bangunan Centre Point Bandar Utama di belah selatan. Sekolah ini juga berhampiran dengan beberapa institusi pendidikan yang lain seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara 3, Universiti First City, Sekolah Kebangsaan Bandar Utama Damansara 2 dan Kolej Tingkatan Enam Bandar Utama. SMK Bandar Utama Damansara (2) juga terletak berhampiran dengan Kondominium Pelangi Utama, Pangsapuri Pelangi Ara dan Dataran Pelangi.[2] Kedudukan koordinat geografi bagi SMK Bandar Utama Damansara (2) pula terletak di 3°08′21″N 101°36′39″E / 3.139251°N 101.61086°E / 3.139251; 101.61086.[3]

SMK Bandar Utama Damansara (2) dapat dicapai dengan menggunakan bas perantara MRT Laluan Kajang dari stesen MRT Bandar Utama ke Mutiara Tropika; iaitu laluan T811 dalam Koridor Damansara, dengan melewati sekolah ini. Hentian bas SMK Bandar Utama Damansara 2 (kod hentian – PJ542) merupakan hentian bas paling hampir dengan sekolah ini.[5][6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Barisan Kepimpinan Sekolah | SMK Bandar Utama Damansara (2)". sites.google.com/moe-dl.edu.my/smkbud2bea8658. SMK Bandar Utama Damansara (2). 2022. Dicapai pada 15 Februari 2024.
  2. ^ a b "Peta Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (2)". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  3. ^ a b c d e "Senarai Sekolah Rendah dan Menegah Jun 2021". Kementerian Pendidikan Malaysia. 30 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 24 September 2022. Dicapai pada 30 Disember 2023.
  4. ^ a b "Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (2), Petaling Jaya". APAC Directory (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Februari 2024.
  5. ^ "MyRapid - Bus Kiosk | T811" [MyRapid - Hentian Bas | T811]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  6. ^ "Rapid KL - Bus Info: Feeder Bus For MRT Kajang Line" [Rapid KL - Maklumat Bas: Bas Perantara untuk MRT Laluan Kajang]. myrapid.com.my (dalam bahasa Inggeris). Prasarana Malaysia Berhad. Dicapai pada 28 Januari 2024.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]