Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara 3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (3) Sekolah Kluster Kecemerlangan
Lokasi
Petaling Jaya, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kluster Kecemerlangan
MotoBerusaha Bersatu Berjaya
Ditubuhkan1 November 2001
Nombor sekolah0377276166
Kod sekolahBEA8643[1]
PengetuaZuraidah binti Ismail
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Nasiroh binti MD Yusof
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridCik Woo Kean Lean
Penolong Kanan KokurikulumPuan Haniza Abdul Rahman
Faks0377267199
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (3) merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Persiaran Bukit Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Bangunan-bangunan sekolah diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri pada 7 November 2001 oleh Dinamik Maju Corporation Sdn. Bhd.

Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (3) mempunyai 643 pelajar lelaki dan 613 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1256 orang.

Pada tahun 2014, bilangan pelajar telah mencapai 1300 orang, dengan 649 pelajar lelaki dan 651 pelajar perempuan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (3) mempunyai seramai 72 orang guru,10 kakitangan sokongan, 4 pengawal keselamatan dan 10 pekerja swasta pada tahun 2013.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bangunan-bangunan sekolah diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri pada 7 November 2001 oleh Dinamik Maju Corporation Sdn. Bhd.

Sekolah Menegah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (3) merupakan Sekolah Rintis Projek Khas Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Pada tahun 2005, edisi pertama majalah sekolah yang berjudul Versatile diterbitkan.

Mulai tahun 2007, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (3) mempunyai Kelas Rancangan Khas; dan mata pelajaran ICT, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil turut dimasukkan dalam jadual waktu.

Pada tahun 2008, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (3) telah memasuki The Malaysian Book of Records dalam kategori Longest Banner of Patriotic Messages.

Pada tahun 2011, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (3) dan kepala Sekolah Menengah Atas 1 Balikpapan telah menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) untuk memupuk kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua sekolah.

Pada tahun 2013, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (3) telah mempersembahkan muzikal Havoc on Harmony Lane sempena pesaraan Puan Azizah binti Yusoff di Damansara Performing Arts Centre.

Pengetua[sunting | sunting sumber]

  • Puan Tan Wat Eng - Januari 2001 sehingga 19 Ogos 2005
  • Puan Azizah binti Yusoff - 22 Ogos 2005 sehingga 5 Mac 2014
  • Hajah Misliah binti Kulop - 1 April 2014 sehingga 11 Mac 2016
  • Puan Zuraidah binti Ismail - 21 Mac 2016 sehingga kini

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sejak tahun 2006, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (3) menjadi sekolah terunggul dalam sukan bola keranjang di daerah Petaling Utama. Para pemain bola keranjang sekolah amat berbakat, sehingga berpeluang untuk bermain di peringkat antarabangsa.

Pada tahun 2013, Sekolah Menengah Kebangsaan telah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 7 dalam kebitaraan bola keranjang dan sains.

Visi[sunting | sunting sumber]

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi[sunting | sunting sumber]

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Wawasan[sunting | sunting sumber]

Bersama-sama mencapai pendidikan cemerlang, berketrampilan, berdisiplin, berakhlak mulia dan serba boleh.

Piagam Pelanggan[sunting | sunting sumber]

Kami warga sekolah bertekad dengan penuh iltizam, berikrar dengan sepenuh daya usaha untuk:

  • Menyediakan pendidikan yang terbaik kepada pelajar-pelajar berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah perpaduan bangsa Malaysia.
  • Menentukan pelajar-pelajar mendapat pendidikan yang sama dan tanpa mengira latar belakang agama dan keturunan.
  • Mewujudkan pelajar-pelajar yang berbudi pekerti, bertatasusila dan berhemah tinggi dan serba boleh.
  • Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk pelajar-pelajar.
  • Menjadikan warga pendidik dan kakitangan yang peka, responsif dengan kehendak dan keperluan pelajar dan juga mengamalkan perkhidmatan yang berteraskan sifat penyayang.

Waktu Pejabat[sunting | sunting sumber]

Isnin - Khamis[sunting | sunting sumber]

8.00 a.m. - 1.00 p.m., 2.00 p.m. - 5.00 p.m.

Jumaat[sunting | sunting sumber]

8.00 a.m. - 12.15 p.m., 2.45 p.m. - 5.00 p.m.

Sabtu, Ahad dan Cuti Awam[sunting | sunting sumber]

Tutup

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (3),
Persiaran Bukit Utama, Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
 Malaysia

Lokasi GPS[sunting | sunting sumber]

3.140104,101.606159 (Lat: 3° 8' 24.3744", Log: 101° 36' 22.1724")

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]