Sekolah Menengah Kebangsaan Bandau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandau
Lokasi
Peti Surat 524, 89108, Kota Marudu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoILMU KECEMERLANGAN HIDUP
Nombor sekolah6088663985
Kod sekolahXEA5103
Pengerusi PIBGEn. Jimson Majemal
PengetuaEn. Peter Semudin
Faks6088661885
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Bandau atau nama ringkasnya SMK Bandau, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak berdekatan dengan perumahan.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandau memiliki 310 pelajar lelaki dan 310 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 620 orang. Ia mempunyai seramai 43 orang guru.2009

SMK Bandau telah ditubuhkan pada 13.01.2000. Pada mulanya sekolah ini ditubuhkan kerana tidak dapat menampung bilangan pelajar di SMK Tandek yang semakin ramai (sekolah cawangan SMK Tandek). Kini SMK Bandau menjangkau 10 tahun usianya di bawah pimpinan Pn.Sharina Bt Mohd. Majimin iaitu pengetua yang ketiga. Dengan permohonan Pn.Sharina Bt Mohd. Majimin bersama pihak terlibat bagi menubuhkan bangunan baru sejak 10 tahun lalu (iaitu pada tahun 2010), akhirnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersetuju dengan cadangan untuk membina dan menempatkan SMK Bandau dengan peruntukan RM34juta.

Sejak dengan penempatan baru Smk Bandau, terdapat peningkatan serta kemajuan yang ketara pada tahun berikutnya. Pelajar Smk Bandau telah mencapai peningkatan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sukan. Guru Smk Bandau juga lebih tekun dalam tugas pengajaran mereka.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Selain itu, SMK Bandau juga terkenal dengan pencapaian Sukan Catur di daerah Kota Marudu. SMK Bandau digeruni kerana semua pemain-pemain caturnya bersifat agresif semasa bermain catur. Faktor psikologi, iaitu cara menggerakkan buah catur dan cara mereka berinteraksi dengan pesaing mereka menunjukkan sifat agresif mereka. Pernah terjadi semasa tahun 2012 beberapa orang pelajar yang bertemu dengan pemain catur dari SMK Bandau di meja catur. Antara pemain catur yang pernah melayakkan diri ke peringkat antarabangsa ialah Irfan Kee Charles.

Seterusnya, SMK Bandau juga mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan kadar kesalahan disiplin yang paling rendah di antara sekolah di Malaysia. Ini disebabkan oleh peraturan sekolah SMK Bandau. Setiap pelajar yang melanggar peraturan dalam sekolah akan diberi surat amaran. Dan sekiranya pelajar mengulangi kesalahan yang sama sekali sahaja lagi pelajar akan di buang sekolah. Dalam pada itu, SMK Bandau adalah sekolah harian di Malaysia yang memulakan hari persekolahan dengan perhimpunan setiap hari.

Pencapaian Sukan[sunting | sunting sumber]

Baru-baru ini, Smk Bandau telah direkodkan dalam mencapai pencapaian sukan terbaik dalam kedudukan 42 terbaik diantara 100 sekolah. Pelajar Smk Bandau juga telah mencapai sukan olahraga kebangsaan tiga kali. Pelajar juga pernah beberapa kali merekod larian terpantas di peringkat antarabangsa.

Smk Bandau terkenal dengan pencapaian sukan amnya, Merentas Desa khususnya. SMK Bandau adalah satu-satunya sekolah yang menghantar pelajar tebanyak di seluruh Malaysia untuk merentas desa dalam peringkat kebangsaan iaitu sebanyak 7 orang pelajar pada tahun 2014. Antara penamanya ialah Ayeliah Rubidi dan Mexron.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandau
Peti Surat 524
89108, Kota Marudu
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088663985
Fax = 6088661885

Pautan luar[sunting | sunting sumber]