Sekolah Menengah Kebangsaan Baru Bintulu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Baru Bintulu
Lokasi
Peti Surat 1547,, 97010, Bintulu,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSebaru Terbaik Mantap Hebat
Nombor sekolah6086334529
Kod sekolahYEA9102[1]
PengetuaFatimah Wan Adini
GPK Pentadbiran dan AkademikDayang Faridah Binti Awang Sam
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridSalmiah Bt. Mahli
Penolong Kanan KokurikulumSafrina Binti Masni
Faks6086334540


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Baru Bintulu dahulunya dikenali sebagai Sekolah Kerajaan Baru Bintulu. Sekolah ini telah dirasmikan pada 3 Januari 1989. Pada waktu tersebut, SMK Baru merupakan sebuah sekolah menumpang iaitu berkongsi bangunan dengan SRK Kpg Baru. Tapak dan bangunan sekolah ketika itu adalah bekas bangunan SMK Bandar Bintulu dan terletak di Kampung Baru yang kini menempatkan bangunan baru SK Kampung Baru Bintulu yang telah beroperasi pada 18 Februari 2013.

Pengetua pertama sekolah ini ialah Allahyarham Encik Rosli Bin Jolhi yang berkhidmat dari tahun 1989 sehingga 1994. Tugas beliau sebagai pengetua disambung oleh

Encik Mat Noh Bin Haji Minan dari tahun 1994 sehingga 1995. Lagu sekolah,

‘Sekolah KebanggaanKu’ adalah ilham dan ciptaan beliau. Sebaik sahaja beliau berpindah, tempat beliau diganti oleh Tuan Haji Ismail Bin Jaya yang mengetuai SMK Baru Bintulu pada tahun 1995. Encik Awangku Omar Bin Awangku Yahaya pula adalah Pengetua seterusnya, iaitu dari tahun 1995 sehingga 1996. Encik Mohamad Kasim Bin Arbain yang merupakan Pegawai Pelajaran Sarikei pada masa sekarang adalah Pengetua SMK Baru Bintulu yang ke 5 dan paling lama iaitu selama 9 tahun. Beliau juga merupakan Pengetua yang menerima dan membangun SMK Baru Bintulu ke bangunan baru di Bukit Kemunting selepas beberapa tahun menumpang di SMK Bintulu.  Beliau menerajui sekolah ini dari tahun 1996 sehingga 2005. Sebaik sahaja beliau berpindah,  Encik Zainuddin @ Merjedi Bin Kuan mengambil alih sebagai Pengetua pada tahun 2005. 

Pada Julai 2006, Puan Hajah Serina Binti Sauni yang ketika itu memegang jawatan sebagai Pegawai Pelajaran Bahagian Bintulu dipindahkan ke SMK Baru sehingga Ogos 2009 sebagai Pengetua. Pada November 2010 sehingga Jun 2011, Encik Then Chiew Nyeiw telah dipindahkan dari SMK Tung Hua, Sarikei ke SMK Baru Bintulu sebagai Pengetua. Bermula Jun 2011 sehingga kini, SMK Baru diterajui oleh Puan Rahani @ Rohani Haji Daud sebagai Pengetua.

Sekolah yang bermula dengan seramai 243 orang pelajar dan dua kelas Peralihan serta

6 kelas tingkatan 1 dengan 14 orang guru sahaja, kini beroperasi dengan 2000 lebih pelajar, 64 buah kelas dan 146 orang guru serta 13 orang kakitangan bukan guru pada tahun 2014. Lokasinya terletak di atas Bukit Kemunting, mengadap Sungai Kemena dan Bukit Kemunting di belakangnya, ia mula membangun dan merealisasi impian masyarakat di sekitarnya. Pihak Pentadbiran dan warga sekolah sentiasa berusaha membangun sekolah ini agar setanding dengan sekolah-sekolah yang lain. Dengan sokongan PIBG dan masyarakat setempat, era baru, pentadbiran baru yang berwawasan, SMK Baru Bintulu dengan warganya terus menapak dan maju ke depan untuk misi yang seiring dengan NKRA dan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Program yang mantap dan mengambil kira situasi semasa SMK Baru Bintulu telah dirangka sama ada dalam bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum, sahsiah, modal insan dan laluan selepas pelajar tamat persekolahan oleh Pengetua, Puan Rahani@Rohani Haji Daud demi melihat sekolah tidak ketinggalan dari pelbagai aspek. Kekuatan SMK Baru Bintulu terletak pada semangat, pemuafakatan dan kepimpinan tertingginya yang berkarisma. Kekuatan ini menepis segala kelemahan dan akan membawa SMK Baru Bintulu terus maju ke depan seiring dengan usianya ke 25 tahun pada tahun 2014.

Tanggal Ogos 2014, genaplah 25 tahun SMK Baru Bintulu beroperasi. Seiring dengan sambutan Jubli Perak, SMK Baru Bintulu telah banyak melakar kejayaan nan bersinar bak motto Vaie Bersinar Terbilang. Antara pencapaian & kejayaan tersebut ialah mendapat anugerah New Deal pada tahun 2013, mendapat pelbagai anugerah oleh kelas KAA di peringkat negeri, mewakili negeri dalam pertandingan PPDa kategori Laluan PPDa, aktif menjalankan aktiviti BCCC bersama dengan sekolah diluar negara. Tahun 2015, SMK Baru terus melakar sejarah. Buat kali ke 3 SMK Baru Bintulu telah terpilih mewakili Negeri Sarawak dalam Pertandingan Laluan PPDa Peringkat Kebangsaan. Semoga SMK Baru Bintulu terus mencipta sejarah tersendiri dalam memartabatkan pendidikan berkualiti pada masa hadapan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Baru Bintulu
Peti Surat 1547,
97010, Bintulu
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6086334529
Fax = 6086334540

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Notable Alumni[sunting | sunting sumber]